Wednesday, May 27, 2009

utk menjadi lebih HEBAT... lebih luar biasa bagus..

cepat betul masa berlalu... even aku tak ada keja kat opis ni (hmm... mcm makan gaji buta), tp mcm2 menda nak dibuat time kat opis ni sbb kalo harapkan bila balik rumah, memang tak terbuat la.. tgh sambil2 study utk preparation attend interview company secretary license next month. hmm.. berdebar2 rasa.. org sblm2 ni berkali2 pergi interview baru lulus, dpt lesen. kuat betul semangat diorg ni. aku kena jd mcm diorg jugak.



mlm ni nak pi beli brg2 utk order karipap sardin jumaat ni. mlm semalam konon nak pi beli tp lepas maghrib tu tergolek atas katil sbb ngantuk sangat2. nasib baik hubby balik cepat, so dia yg jaga baby. separuh hari semalam menguruskan mega projek. mental n fizikal letih, penat. btw, for the time being, projek karipap ni dihold sbb aku nak concentrate more on my mega project. this mega project adalah titik ukuran kpd semangat dan impian aku utk berjaya.



semalam amat bermakna dlm hidup aku. mcm2 perkara baru aku blaja. aku rasa otak aku di'stimulate' 100%, amat bagus utk otak aku jd luar biasa bagus. ilmu yg aku dpt memang sangat2 berguna. selain tu, aku jd berani utk berkomunikasi dan berinteraksi dgn org lain.



hari ni ada rasa lega sbb semua yg berlegar2 dlm kepala dan semua perancangan dah memasuki tahap pelaksanaan. banyak betul dugaan walaupun pd peringkat perancangan, tp kena kuatkan jugak semangat ni. (thanx to hubby cos dia slalu jd penasihat n kalo part negotiate, dia mmg bagus) jangan cepat patah semangat. jgn menyerah kalah sblm mencuba utk berjaya danbelum tentu lagi gagal. berkali2 aku ckp pd diri aku, yg apa yg aku buat ni tak susah dan aku bole buat. semua risiko ada jln penyelesaian dan bole diatasi. kalo kita terus pikir 'susah', maka akan susah la jadinya. ia bergantung kpd bagaimana kita melihat sesuatu itu. kalo aku lihat dgn kaca mata cerah, maka cerah la masa depan tu.



kalo nak berjaya, kita kena keras hati, semangat kena kental, kena degil utk teruskan usaha ke arah impian yg ingin kita capai. aku sedang merealisasikan imaginasi aku slama ni. cuma aku terkilan sbb org yg bersama2 aku blm cukup kuat mentalnya utk menghadapi cabaran yg ada. tak apa, diorg ni takkan mematahkan semangat aku. kalo diorg meletakkan duit sbg ukuran kejayaan diorg, tp aku meletakkan usaha dan semangat yg berkobar2 utk mencapai kejayaan. apa pun, destinasi terakhir kami sama iaitu kejayaan. aku akan ubah skit persepsi diorg, n motivate diorg skit2.



nak buat bisnes ni bukan cukup sekadar dgn duit yg ada, tp yg penting usaha, semangat dan ilmu utk berjaya. kalo terlalu bersandarkan kpd duit utk membuat duit, takut nnt sekejap je berjaya, lps tu kecundang. mega projek aku ni utk jangka masa yg panjang. hmm... namanya pun 'mega', so ia memang besar maknanya bg diri aku.



alhamdulillah dgn rezeki pd masa ini... aku amat bersyukur sgt2... ade je rezeki yg dtg walau tak besar, tp ia adalah rezeki Allah yg tak terhingga nilainya.



tgh tunggu satu job.. setiap yg aku buat adalah satu pengalaman dan ilmu yg amat berharga. byk benda baru yg aku perolehi. aku rasa HEBAT! tersangat hebat sbb aku skit2 dpt manipulate diri aku utk menghasilkan sesuatu yg baik.
projek dua hala sibu-bp akan 'melebarkan sayapnya'.. (cewahhh... bangganya ngan words ni.. sbb bg aku ini adalah satu kejayaan jugak).. bersyukur sgt2 sbb dipertemukan dgn partner yg memang bole diharap dan mempunyai kemahuan yg sama. senang berurusan dgnnya sbb dia tau apa yg aku nak, n dia tau apa yg patut dia buat dgn sedikit pantauan. BAGUS!
projek ngan gomen pulak, alhamdulillah company aku dah msk listing, n tgh que utk the upcoming project. n dgn doa dan harapan 'XXXL' construction projek akan at last sampai ke tahap pelaksanaannya walaupun asyik ditangguh. lambat btl la gomen ni! dgn penuh doa n harapan jugak agar dpt satu lg projek dr YB. ni la yg plg susah nak dpt ni. tak pe la, try je la.. tak rugi apa pun.
cukup setakat ni psl projek2 aku. tgh merancang utk vacation end of this yr, kalo ada rezeki dan diizinkan Allah. :)


No comments: