Sunday, July 31, 2005

Kita... selamanya...

"Mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita...Jangan pisahkan aku dan dia. Tuhan tolong lah ku cinta dia. Biarkan kami tetap bersama, di dalam suka dan duka...."

Walau beribu dugaan yang datang, aku yakin dengan berkat doa yang tak putus-putus kepada-Nya; juga dengan berbekalkan ketabahan dan kesabaran, insya-Allah.... Hanya maut yang memisahkan jasad kita, namun cinta ini akan tetap bersama sampai bila-bila walau hayat tidak dikandung badan lagi... Selagi kita masih jujur dan ikhlas menyayangi, selagi itu tiada apa yang akan memisahkan kita melainkan dengan kehendak-Nya...

** Ia cuma mengambil seminit untuk jatuh hati, sejam untuk menyukai, sehari untuk menyintai seseorang... tetapi ia mengambil masa sepanjang hayat untuk melupakannya.... - drp fw e-mail

Saturday, July 30, 2005

Ayang merajuk, Abang pujuk.....

Punya lah geram.. hati panas je. Kata nak sampai rumah pukul 8. Tapi dah pukul 8.30 still tak ada. Bila call, "Lagi 5 minit sampai". Aiman dah nangis nak tido. Dah 2 kali salinkan baju sebab kena muntah. At last pukul 9 baru sampai. Hubby terus ambik Aiman bawak masuk keta. Buat-buat nak berbual ngan aku. Agaknya nampak muka aku masam mencuka, dia pun senyap.

Sampai klinik, hubby yang bawak Aiman untuk injection. Balik rumah pun aku terus tido. Hubby kejut makan pun tak bangun. Tetido depan tv ngan Aiman. Aiman gelisah, mayb sebab panas. Hubby kejut suruh masuk bilik. Malasnya nak bangun sebab terpikir yang belum prepare katil untuk tido. Punya lah terkejut bila masuk bilik, nampak everything is ready. And then, baju nak pakai pi keja besok pun dah siap iron. Huhhh... berbunga hati dibuatnya. Hubby dah siapkan. Mesti nak pujuk sebab tadi janji tak punctual!

Hmm... bagus jugak skali sekala merajuk ni. Selamat... tak payah penat-penat nak iron baju pagi tadi. Pandai pulak hubby matching baju kitaorang. (normally every friday, baju kita orang matching sebab hubby pakai baju melayu) So, pagi tadi sempat lah buat sandwich, buat bekal pi opis. Perut kenyang, hati pun senang. Heheheeee.....;)

** Abang... thanx... Lain kali, kalau ayang merajuk, buat lah cam tu lagi ek???....

Thursday, July 28, 2005

AF3... dah jatuh hati????

Kalau dulu "dah demam?"... kini.."dah jatuh hati?"... Dek kerana dah jatuh hati dengan program realiti ni lah, sales Astro meningkat. Mana taknya, dengan harga yang rendah, makcik-makcik kat kampung asal arwah atuk aku nun kat Kg Pt. Jawa, Pt. Sulong, dah jadi peminat setia AF. Ada yang minat sebab hensem, ada yang minat sebab selalu bawak lagu sedap... hmmm... macam-macam lah. Kekadang tu kelakar bila makcik yang tua ni dah pandai mengkritik, ala-ala Syafinaz gitu! ;) Tak campur lagi yang sanggup perabis credit semata-mata nak vote. Itu lah penangan AF! Hebat.

Kali ni aku tak ikut sangat diari AF. Aku cuma tengok konsert every week, itu pun half way je. Maklumlah bila dah ada si kenit tu, terpaksa lah tolak tepi AF. Anyway, aku tertarik sangat sbb AF3 ni hebat betul citer pasal Mawi. Aku pun tertarik dengan citer-citer dalam e-mail pasal jejaka WORLD ni.

Ini cuma pandangan aku je. Apa lah nak disibuk-sibukkan pasal Mawi berbakat ke tidak. Layak dapat Suzuki Swift ke tak. Apa nak dipertikaikan jumlah vote yang Mawi dapat? Namanya pun vote. Setiap orang admire Mawi dari sudut berbeza. Kalau kita tak suka, ada orang lain suka. Ala.. senang citer, macam masa kita dah jatuh hati ngan hubby kita, or bf kita dulu, yang buruk pada mata orang lain, still nampak perfect giler kat mata kita. Semua orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Susah jugak ek.. ye lah, Mawi dapat top ranking sebab vote peminat pun, orang tak puas hati; Zamarul Hisham menang Pelakon Filem Lelaki Terbaik hasil daripada penilaian juri pun kena pertikai gak. Jadi mana yang menyenangkan hati kita? Ada aje yang tak kena.

Btw, aku nak end celoteh aku dengan satu soalan untuk korang semua..."AF, AF jugak.... citer pasal AP korang expert tak?" ;)

** Psstttt..... korang vote sape????.... Aku???.... Nak top-up pun tak ada duit, ini kan nak vote budak-budak AF!

Tuesday, July 26, 2005

Syukur.....

Entah kenapa malam tadi Aiman bangun pukul 2 pg. Walaupun dia tak nangis, tapi aku still terjaga bila terdengar suara dia. Macam biasa, kalau aku tengok muka dia bila dia baru bangun tido, sure dia senyum... Hmm... agaknya dia geli hati tengok muka blur aku di tengah malam buta tu.. Maklumlah tengah dok sedap dibuai mimpi dalam pelukan hubby... tetiba, dia kacau daun! Ishhh... macam-macam rasa ada - marah, geram... tapi bila tengok dia senyum sampai nampak gusi, timbul rasa sayang yang teramat. Hilang rasa marah & geram. Rasa sesal bertandang... Sesal kerana terlupa untuk bersyukur.

Apa yang nak aku citer hari ni ialah "syukur"..... Merenung muka Aiman yang chubby tu, aku ternampak diri aku dan hubby. Betapa banyak onak duri yang telah aku dan hubby tempuhi, sejak hampir 13 tahun yang lalu, sampai lah ke hari ini. Dari mula-mula kita orang kenal, bercinta, bertunang, kahwin dan akhirnya dapat permata hati.

Aku teringat saat-saat di mana aku begitu rindukan kehadiran permata hati buat penyeri hidup aku dan hubby. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Walau sebaik mana pun perancangan kita untuk hidup kita, tapi aku rasa Allah lebih bijak merancang hidup kita. Alhamdulillah juga kerana kerinduan kepada Aiman menjadikan diriku dan hubby lebih dekat dengan-Nya. Aku percaya jika kita tak putus-putus berusaha dan meminta daripada-Nya, satu hari nanti, pasti Dia akan memakbulkan permintaan kita. Syukur sekali lagi kerana Allah memberi aku peluang untuk menjadi seorng wanita bergelar "mama".

Untuk Aiman, mama minta maaf kerana kadang-kadang mama terlupa untuk bersyukur di atas kurniaan-Nya. Dengan izin-Nya, Aiman hadir menerangi hidup mama dan papa. Mama minta maaf kerana kadang-kadang dek kepenatan dengan rutin harian, mama tak senang dengan karenah Aiman. Sedangkan masa mama meminta kehadiran Aiman daripada-Nya, mama telah berjanji untuk menjadi ibu yang sesempurna mungkin untuk Aiman.

Aiman, mama dan papa pilih nama "Aiman" yang bermaksud "yang bertuah" kerana kami rasa bertuah menjadi papa dan mama kepada Aiman, dengan harapan Aiman akan membawa tuah dalam hidup kami... Doa mama, agar Aiman jadi anak yang soleh yang taat kepada Allah.

** Untuk kawan-kawan yang telah bergelar mama, dan yang bakal jadi mama... "Bersyukur lah kerana diberi peluang untuk menjadi mama... kerana tak semua orang berpeluang menjadi mama dengan mudah"

Monday, July 25, 2005

Ibu, mak, mama, mummy, ummi.....

(Sempena memperingati kasih sahabat ku untuk ibunya yang telah pergi...)

Untuk ibu, mak, mama, mummy, ummi....

Kali pertama
tangan lembut mu menyentuh ku
bibir mu mengucup dahi ku
ada butir-butir mutiara
yang jatuh dari kelopak mata mu

Kau menangis gembira
aku menangis juga
gembira dalam pelukan mu
hangat dan syahdu

Sembilan purnama
kita bersama
merasai denyutan nadi
setiap detik kita kongsi bersama
mana mungkin kasih kita terpisah
walau sedetik cuma

Di kala aku menangis sakit
kau tangisi kesakitanku
sama-sama merasai derita
berdoa agar kesakitan itu
kau pula yang merasa

Di kala aku tertawa gembira
kau tersenyum puas
atas kebahagiaan yang ku rasa
terus berdoa agar kebahagiaan
sentiasa milik ku
walau hidup mu penuh derita

Di mata mu aku tetap sempurna
walau banyak kekurangan ku
Tetap menambat hati mu
walau hati lembut mu
pernah kuguris luka
Kasih sayang mu abadi
penawar duka

Membesarkan ku
penuh cabaran
namun kau tetap tabah
sabar melayan karenah ku
tetap tersenyum dalam kepayahan
kesukaran kau anggap manis
kerana kasih sayang mu
melebihi kasih sayang ku
pada mu

Maafkan aku
kerana selalu lupa
tangan lembut yang membelai ku
bibir yang mengucup dahi ku
pelukan yang hangat dan syahdu
lupa pada tangisan mu
lupa pada gelak tawa mu
lupa pada seraut wajah mu
dalam kesibukan ku
mencari kebahagiaan sendiri

Ampunkan anak mu ini
bukan niat untuk melupakan
jauh sekali untuk menderhaka
hanya tersilap menilai kasih mu
terlalu yakin dengan kasih mu
membuat ku lupa
satu hari nanti kau akan pergi
meninggalkan ku sendiri

Kini aku merasai
apa yang kau rasa
terlihat kasih sayang mu
dalam kasih sayang ku
pada permata hati ku

Ada sesal yang tak terhingga
kerana kasih sayang ku pada mu
tak sesempurna mana
malu pada diri mu
yang mengasihi ku
sepenuh jiwa raga mu

Andai aku bisa dilahirkan semula
tak ingin ku guris luka hati mu
ingin ku bina istana cinta
untuk mu yang sentiasa di hati
janji ku pada mu
kasih ku abadi
sepanjang hayat....

** Nukilan ini juga untuk diriku yang telah 3 bulan bergelar mama kepada Muhammad Alim Aiman, juga untuk mama kepada Nurin Salma - Noha, Ahmad Adam - Nor Hasmaniza, Afif, Aishah & Adlin - Nila, Nur Afiqah Amalina - Kak Lin, Nur Aqilah & Nur Afiqah - Elina, Kak Zai, bakal mama - Ana, insya-allah yg akan jd mama in future - Kak Huda, Su dan Yana...






Titipan Takziah...

Buat sahabat baikku... Nor Hasmaniza....

Takziah atas pemergian ibu tersayang... Semoga rohnya dicucuri rahmat...

"....Selagi nadi masih berdenyut... nyawa masih dikandung badan... ingin ku titipkan salam penuh kasih sayang ini buat ibu yang tercinta.. kasih mu abadi hingga akhir hayat..."

Al-Fatihah..