Tuesday, July 26, 2005

Syukur.....

Entah kenapa malam tadi Aiman bangun pukul 2 pg. Walaupun dia tak nangis, tapi aku still terjaga bila terdengar suara dia. Macam biasa, kalau aku tengok muka dia bila dia baru bangun tido, sure dia senyum... Hmm... agaknya dia geli hati tengok muka blur aku di tengah malam buta tu.. Maklumlah tengah dok sedap dibuai mimpi dalam pelukan hubby... tetiba, dia kacau daun! Ishhh... macam-macam rasa ada - marah, geram... tapi bila tengok dia senyum sampai nampak gusi, timbul rasa sayang yang teramat. Hilang rasa marah & geram. Rasa sesal bertandang... Sesal kerana terlupa untuk bersyukur.

Apa yang nak aku citer hari ni ialah "syukur"..... Merenung muka Aiman yang chubby tu, aku ternampak diri aku dan hubby. Betapa banyak onak duri yang telah aku dan hubby tempuhi, sejak hampir 13 tahun yang lalu, sampai lah ke hari ini. Dari mula-mula kita orang kenal, bercinta, bertunang, kahwin dan akhirnya dapat permata hati.

Aku teringat saat-saat di mana aku begitu rindukan kehadiran permata hati buat penyeri hidup aku dan hubby. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Walau sebaik mana pun perancangan kita untuk hidup kita, tapi aku rasa Allah lebih bijak merancang hidup kita. Alhamdulillah juga kerana kerinduan kepada Aiman menjadikan diriku dan hubby lebih dekat dengan-Nya. Aku percaya jika kita tak putus-putus berusaha dan meminta daripada-Nya, satu hari nanti, pasti Dia akan memakbulkan permintaan kita. Syukur sekali lagi kerana Allah memberi aku peluang untuk menjadi seorng wanita bergelar "mama".

Untuk Aiman, mama minta maaf kerana kadang-kadang mama terlupa untuk bersyukur di atas kurniaan-Nya. Dengan izin-Nya, Aiman hadir menerangi hidup mama dan papa. Mama minta maaf kerana kadang-kadang dek kepenatan dengan rutin harian, mama tak senang dengan karenah Aiman. Sedangkan masa mama meminta kehadiran Aiman daripada-Nya, mama telah berjanji untuk menjadi ibu yang sesempurna mungkin untuk Aiman.

Aiman, mama dan papa pilih nama "Aiman" yang bermaksud "yang bertuah" kerana kami rasa bertuah menjadi papa dan mama kepada Aiman, dengan harapan Aiman akan membawa tuah dalam hidup kami... Doa mama, agar Aiman jadi anak yang soleh yang taat kepada Allah.

** Untuk kawan-kawan yang telah bergelar mama, dan yang bakal jadi mama... "Bersyukur lah kerana diberi peluang untuk menjadi mama... kerana tak semua orang berpeluang menjadi mama dengan mudah"

1 comment:

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » »