Monday, December 07, 2009

$$$ :D

alhamdulillah... aku baru berjaya menang tender satu projek. masuk dua quotation utk dua projek, tp menang satu je. alhamdulillah, bersyukur sgt2. Allah menguji aku dgn bermcm2 dugaan lately, tak sangka Allah juga makbulkan doaku utk dapat projek ni. betul, Allah uji kita utk duga sejauh mana kita sabar dan tabah mengahdapinya sebelum Dia nak anugerahkan kita sesuatu yg kita pinta.
bukan aje rasa gembira, tp rasa nak nangis bila dpt call kata aku dapat tender tu. rasa sedih sbb Allah makbulkan jugak permintaan aku. ya Allah, limpahan rezeki Mu ini amat tak ternilai. Kau Maha Mengetahui setiap yg berlaku. sesungguhnya Kau mengaturkan sesuatu itu tepat pd masanya. walaupun sebelum itu, Kau duga aku dgn bermcm2 dugaan. rupanya Kau ada perancangan yg lebih baik untukku.
aku doa agar projek tu akan berjalan lancar nanti. amin.

Monday, November 30, 2009

celebration of 1st birthday baby aina


kononnya nak buat aqiqah utk aina, tp masa dah suntuk sgt, jd just buat birthday dia je. aqiqah terpaksa di postpone ke satu tarikh yg x pasti lagi. kena tgk kelapangan dulu.



tak sangka kejap je masa berlalu. sedar2 baby aina dah setahun, dah besar. i started to miss my little baby. aina tengah memapah sekarang ni. hmm.. bila la nak berjalan ni. tak tau la mcm mana kalo dia dapat kaki nnt sbb skrg ni pun x reti nak duduk diam. kalo dudukkan dia kat baby chair, lama skit, alih2 dah berdiri nak kuar. tak takut langsung. kalo dibawak berjalan, kdg2 nak turun merangkak kat bawah. ishhh... dia ingat mcm kat rumah ke??



celebration birthday aina dibuat hari raya haji lepas. ramai sedara mara yg balik kg, jd ramai la yg dijemput sama. raya haji kali ni mak tak ngunjung ketupat, tp terus panggil sedara mara terdekat dtg ke rmh celebrate skali. jd juadah kali ni adalah juadah hari raya - ketupat, lepat, serunding, rendang, lodeh n sambal kacang. aku masak mee hoon sup.

frust sbb tak dapat order kek tweety utk baby aina. SR dah tak buat gambar tu. yg ade cuma gambo ben-10 n pokemon kalo tak silapnye. hmm.. tak sesuai langsung.

rasa seronok sgt raya haji tahun ni sbb dpt berkumpul sedara mara. kalo ari tu buat aqiqah skali, tentu lg seronok. tak pe, insya allah ada rezeki nanti.

Tuesday, November 24, 2009

sekali lagi...

setelah jiwa kacau berada di pesimpangan T, keputusan dah dibuat. aku akan melangkah keluar skali lagi dr company ni setelah 8 bln di sini. kdg2 rasa mcm bersalah sbb meninggalkan company ni. hubby kata mayb sbb di saat2 aku perlukan kerja, company ni yg sedia ambik aku smula. sebenarnya bukan soal diorg ambik aku kerana simpati, tp aku datang tepat pd masa diorg memerlukan. Allah telah aturkan begitu.
aku harap kali ni aku terus melangkah keluar dr sini. mudah2an Allah tentukan sini adalah hentian sementara saja bagiku. buat apa aku nak rasa bersalah sbb resign?? sbb diorg pun ambik kesempatan dr keadaan aku masa tu untuk ambik aku bekerja dgn gaji yg kecik. potongan epf pun sikit, elaun pun tak de potongan epf. bukan ke tu maknanya diorg pun bukan baik sgt?? kalo lah diorg pentingkan aku, diorg takkan buat begitu pd aku. kontrak pun tak ade. annual leave pun sampai sekarang tak ada jugak. tak ada jaminan langsung.
aku masih dibayangi peristiwa lepas, yg aku kira aku dah buat satu kesilapan yg amat besar dlm hidup aku dgn resign dr sini, kemudian keja kat tempat baru yg aku bertahan cuma 4 bulan aje. last2 aku dibuang gitu je, yg menyebabkan aku kehilangan pendapatan selama sethn. sehingga lah aku terpaksa keja semula kat sini. nasib baik kat sini ade kosong, kebetulan budak yg replace aku dulu tu resign, so aku just replace dia pulak. rasa mcm terhutang budi kan??.. skali pikir, mcm tu la, tp byk kali pikir, tak begitu sebenarnya. tu semua ketetapan Allah. hanya Allah aje yg tahu hikmahnya.
aku harap kali ni, aku takkan berpatah balik ke sini semula. harap2 tak ade sesuatu yg menyebabkan aku terpaksa berpatah balik ke sini. cukuplah apa yg berlaku dulu. trauma dibuatnya. hmm.. sejarah takkan berulang kan?? kalo berulang pun, jalan citernya pasti berbeza.
aku pasrah dgn ketentuan Allah. aku hanya mampu merancang, tp Allah ada perancangan yg lebih baik utkku. tak semestinya apa yg aku anggap terbaik itu benar2 baik utk aku. tentu ada sebab knape Allah aturkan begini hidupku. aku pasrah dan redha. Allah dah pun membuka satu jalan lain untukku. aku kena pikir positif. lagi pun setelah aku timbang2, mmg lbh byk yg pros dr cons nya. mudah2an semuanya baik2 saja. insya-allah...

Friday, November 20, 2009

jiwa kacau

AaahhHHH... i can't sleep since last nite. jiwa kacau. got migraine this morning. have taken 2 pain killer just now. dun know which one is the correct path. pikir2 balik, IF i never resign from this company, i'm still safe here. konon nak grab for the better life, tak sangka alih2 samething which i never expect happened. my life turning down. huhhh... the whole life change.
semua tu menjadikan apa yg berlaku hari ni. IF i never made the decision.. maybe apa yg berlaku sekarang won't happen kan??.. but this is life... i'm planning but Allah has better plan for me. shud i regret or appreciate for what has happened??.. confused!
kadang2 adalah menjadi satu kepayahan bila kita tiba2 jadi aset penting bg other parties. masing2 nak merebut kita n then kita tak tau which one is the best. aduhhhh.... sakit kepala ni nak memikir. pasti ada kos melepas jugak kali ni. the only kos melepas is the weekends. no more lazy saturday, which is saturday means money. the motivator said kerja la selagi kita masih kuat untuk bekerja, carilah duit selagi kita masih terdaya, even kadang2 sehingga terpaksa mengorbankan sebahagian kesenangan. until one day, kesenangan itu milik kita, that is the rite time, we slow down and take a rest for a while. :)

Wednesday, November 11, 2009

31st birthday

alhamdulillah.. bersyukur pd Allah kerana aku dapat menyambut hari lahir yg ke-31. syukur kerana aku masih dapt bernafas di bumi ini.. masih dapat menerima ucapan slemat hari lahir drp semua yg mengingati aku. rasanya mcm dah lama tak pernah dapat wish sebanyak hari ni. tak sangka jugak dapat birthday present yg best drp mak yah. dapat surprise wish from someone yg aku expect dia tak tau pun birth date aku. hmm.. so touching. sometimes kita tak ingat pun org tu, tp tiba2 rupa2nye dia selalu ingatkan kita, especially on our birthday.
i'm counting the days to my baby aina's birthday next week... tak sangka umo aina dah nak masuk setahun. rasanya mcm baru semlm melahirkannya. :)

Thursday, October 01, 2009

kenangan lalu yg amat dirindui

dua generasi..



baby aina & baby eecha




mama aina & arwah mama eecha



arwah mama eecha & mama aina

kenangan lalu menggamit kembali...

raya ari tu ke kota tinggi, terasa begitu syahdu skali. kalo dulu, tiap kali raya, ati berkobar2 tak sabar nak ke kota tinggi, nak jumpa arwah uji, tp tahun ni, terasa ati ni kosong. timbul pulak rasa sedih di ati ni.. sjk dr dlm perjalanan lagi, pikiran asyik menerwang pd kenangan lalu... zaman kanak2.. raya terasa begitu seronok skali menanti kepulangan arwah uji sekeluarga.. tiap2 tahun baju raya kami sama, arwah atuk yg belikan. sedondon. nanti la bila ade kelapangan aku carik gambar2 raya kami dulu utk diabadikan kat sini.

sampai di halaman rumah mak arwah, tak ade lagi orang yg seringkali menanti di muka pintu menyambut kami. yg ada cuma mak, bapak dan adik arwah aje. sedih rasanye. terasa kosong, kurang seorang dlm keluarga kami. petang tu sempat ke rumah ibu mertua arwah, dapatla jumpa suami dan anak2 arwah. rasa kehilangan. dlm pikiran terus mengimbas kenangan2 lalu bersama arwah... tiba2 mata terpandang ke gambar arwah sekeluarga yg tergantung di dinding. terasa rindu menggamit ati... terngiang2 suara arwah masa berbual kali terakhir masa dia datang beraya ke rumah aku. serasa peristiwa itu spt baru semlm berlalu. tak sangka bulan depan genaplah setahun arwah pergi menghadap ilahi.

memijak kaki di rmh mak arwah, menyebabkan kenangan lalu bermain di pikiran ni. terbayang saat2 gembira masa kecik, main pondok2 di anjung rumah papan. walaupun kini rmh papan tu dah tak ade, dah berganti rumah batu, tp ia tak mampu menghapus kenangan indah aku bersama arwah. melalui jalan2 ke rumah mak arwah, mengingatkan aku yg satu waktu dulu kami pernah berjalan kaki beriringan melalui jalan2 itu ke kedai. masih ingat lagi, tiap kali pergi kedai, mesti ade org tanye "sape ni??.. sedara ke??".. arwah akan kata "haah.. ni sedara kita dr bt pahat"..

seronoknye masa beraya waktu kecik2 dulu. tak sabar menunggu kepulangan arwah uji sekeluarga ke rumah atuk aku. raya tak bermakna kalo arwah tak balik. dia lah teman sepermainan aku dr kecik. hubungan kami erat. dulu2 komunikasi ke felda amat terhad. cuma surat jd penghubung. kami tak pernah terputus hubung. slalu bertulis surat sehingga lah aku kat U. cuma hubungan kami agak renggang skit bila arwah kawin. dia mcm terlupa pd aku. rupa2nye itu adalah cara utk dia pergi tinggalkan aku selamanya. kenangan bersamanya tak mampu aku lupakan dan kenangan itu amat mencengkam hati ni bila diingati.. aku rindu padanya...

al-fatihah...

salam aidilfitri 2009

hmm.. lama tak post any n3 kat blog ni... banyak yg berlaku tp tak berkesempatan nak bercerita kat sini.

gambar raya 2009 ni blm ade yg proper. tak sempat nak bergambar pd raya pertama hari tu. akibatnya ntah bila la dpt bergambar utk this year. malas dah nak berbaju raya semata2 nak bergambar. ni gambo baby aina masa beraya kat kota tinggi sabtu lepas. pinjam walker baby eecha. terasa syahdu raya kali ni sbb arwah mama baby eecha tak de beraya bersama tahun ni.

baby aina dah 10 bulan. kejap je masa berlalu. alih2 dah besar dah aina. dah merangkak, baru nak blaja bangun, pegang kat kerusi meja. tp blum berjaya berdiri lg. excited bila nampak kucing, tp bila kucing dah dekat, takut la pulak. suka makan. suap ape je, dia makan. paling suka aiskrim.

hmm... gini rupanya anak pompuan aku... mcm cina. org komplen baby aina idung pesek, suruh sepit bg mancung. nak buat mcm mana, idung mama pun pesek gak. dah nasib baby dapat genetik mama. tak pe la.. bersyukur dgn anugerah allah ni. yg penting baby mama cukup sempurna, tak de cacat celanya. org kata mata sepet mcm jepun, mcm cina.. tak kisah la.. ramai org tertarik pd baby aina. kalo p mana2, org cina pun sibuk tegur baby aina yg cute ni. heheh.. so mama bangga ade baby mcm baby aina.. jd perhatian org ramai. sooo... ape yg penitng???.... keCUTEtan baby! idung pesek, mata sepet pun, baby tetap cute! :)

Monday, August 17, 2009

reunion 2009

Date: 08 Aug 2009
Vanue: Saujana Utama (host-asma)
kali ni aku bercuti pjg, semata2 nak jumpa kawan2 lama yg dah lama tak jumpa. pi kl dr sabtu , sampai la ke rabu. kebetulan rabu tu hubby ade game bola utk bdk2 KFC yg dia train. so smbg la terus smpi ke rabu.

lewat bertolak ke saujana utama. kesian salmi n nida tunggu. kalo tak silapnye tak jumpa nida n salmi sejak konvo thn 2000! alih2 jumpa, masing2 dah beranak. anak salmi br 3 bln, anak nida dah 2 thn lbh, n nida tgh pregnant 2nd baby. asma, the host pulak, dah jumpa bln mei last yr, masa aku tgh pregnant.

kami dijamu dgn nasi tomato n mee kari, hasil air tgn asma. kawan aku yg satu ni, mmg tak berubah. kalo masak, mesti manis! so kari yg dimasak, amatla manis rasanye. tp alhamdulillah, kenyang ari tu. siap dinner skali.

salmi n nida dah balik, tp kitorg still stay kt rmh asma, smpi lps isyak br balik. seronok rasanye jumpa roomate lama. yg pernah tido sebili, sebantal, sekatil. hahahaa.. pernah buat keja giler2.. hmm... tp skrg bila jumpa smula, dah jadi bini org, dah beranak pinak!

sakan bergambo. kitorg dah mcm selebriti ari tu. heheh.. cuma anak2 asma je tak de dlm gambo, dah tido kepenatan. insya allah, next yr, bole la plan utk reunion ni lg. aku tak brape suka jumpa skali ramai sbb kalo ramai sgt, susah nak berciter, tak puas. kalo skit2 mcm ni, sempat la berborak2.


Date: 09 Aug 2009
Vanue: Puncak Jalil (host-noha)

ni la rmh my best fren noha. akhirnya smpi jugak ke rmh dia. ni juadah yg dh di request awal2 lg - western. mmg sedap hingga menjilat jari. aku mkn guna tgn je, br rasa puas. heheh.. tp si montet la pulak meragam, kacau je mama dia tgh menjamu selera. ptg tu, kitorg continue la mkn smpi abis.

aiman kata "mushroon soup achik noha sama mcm kt pizza hut.. sedap"



ni montet yg dah meragam, sbnrnye nak tido. lega skit rasa bila dia dah tido.