Friday, December 30, 2005

Berlabuhnya Tabir 2005

Esok adalah detik2 terakhir tahun 2005. Aku rasa mcm baru semalam melangkah masuk ke tahun 2005. Segala yg berlaku sepanjang tahun, masih lagi segar dalam ingatan aku. Mcm baru ditempuhi. Rupa2nya dah setahun berlalu.

Tahun 2004, aku lalui dengan penuh cabaran. Kenangan pahit terlalu banyak, tak kurang jugak kenangan manis. Bila melangkah ke tahun 2005, aku tinggalkan segala kenangan itu dengan harapan agar tahun 2005 aku jadi insan yang lebih matang dalam mengharungi hidup. Alhamdulillah, aku berjaya menjadi insan yg tak mudah melatah bila musibah datang. Aku lebih berhati2 dengan yg ada di sekeliling.

Tahun 2005 membuka lembaran baru dalam hidup aku. Pertama kali pregnant, pertama kali melahirkan dan pertama kali bergelar ibu. Pertama kali juga perut ku dilapah untuk mengeluarkan seorang bayi bernama Muhammad Alim Aiman…

Disebalik itu, ada juga titik2 hitam yg tak diundang… Walau bagaimana pun, aku belajar dari pengalaman lalu. Kali ini, aku lebih tabah dan sabar. Doa selalu dipanjatkan kepada-Nya, buat petunjuk ke arah kebenaran..

Dalam ketenangan melalui liku2 hidup, ada masanya sesuatu yg tak diduga pula yg berlaku. Semuanya aku hadapi dengan tawakal kepada Allah.. Redha atas setiap nikmat, rahmat dan ujian yg diberi-Nya.

Selamat tinggal tahun 2005… Banyak yg aku diajar dan belajar… Untuk bekalan aku mengharungi tahun 2006… Segala kenangan di tahun 2005 telah aku simpan kemas dalam memori ingatan. Buat petunjuk dan pedoman di kala memerlukan… Buat kenangan di kala kesunyian...

Thursday, December 29, 2005

FaMiLy Day BR 2005

Agenda: Hari Keluarga BR 2005
Tarikh: 17 – 18 Disember 2005
Tempat: Peranginan Tamukami, Pantai Balok, Pahang.


Pukul 5.30 pg aku dah bangun, nak bersiap sbb semua staff opis hubby kena berkumpul kat opis pukul 7 pg. Breakfast kat restoran sebelah opis hubby. Kitorg semua bertolak dari BP pukul 8.30 pg.

Pukul 9.30 pg, kitorg break kat Segamat, persimpangan ke Muadzam, Pahang. Tujuannya supaya mana2 yg tercicir dr konvoi boleh saing smula untuk teruskan perjalanan ke Pahang. Anyway, ade sebijik kereta yg dah salah jalan, ikut syok sendiri. Semua orang ikut jalan Segamat, dia ikut jalan Tangkak! Pada hal, sebelum bertolak, bos dah bagi taklimat. Sebijik kereta pulak dah terbabas ke Muadzam. Mentang2 wife dia orang Kelantan, so dah biasa lalu jalan ni, dia buat suke dia! Gasak lah..

Masuk ke persimpangan ke Muadzam, hujan mula turun. Walaupun tak berapa lebat, tp cukup susah nak berkonvoi. Nasib baik, Aiman sambung tido smula.

Pukul 1 ptg, nampak lah signboard ni….

Alhamdulillah, dah sampai. Sakit pinggang dok 5 jam dalam keta. Nasib baik lah Aiman still tido lagi… Tetiba handphone hubby berbunyik…
Ko tunggu situ. Nanti aku patah balik ke Bandar. Ko kat mana tu???…. Aku ambik ko.


Aiman baru bangun tido, mase tengah tunggu kawan hubby yg tersesat; kat Shell Beserah...


Hampeh!!!… Kitorg tak check-in pun, tp kitorg patah balik ke Bandar Kuantan. Ambik kawan hubby yg tersesat. Ntah camne, konvoi yg sepatutnye disertai lebih kurang 25 bijik keta, dah bercerai2… jadi kumpulan kecik. Yg kelakar tu, yg tersesat tu pulaknye orang yg incharge security. Camne lah dia sendiri boleh tersesat???…. Last2 hubby pulak yg dok selamat kan dia! Hubby kata, kena ambik dia sbb dia ni jenis jarang berjalan. Kesian. Kalo takat bg direction, nnt dia tak paham. So, kitorg sampai semula ke resort pukul 2 ptg. Dah lah penat, lepas tu, management resort tu kata bilik kitorg belum ready lagi. Kena tunggu. Tunggu punye tunggu, last2 dah pukul 3 ptg.

Masuk ke bilik, ingatkan nak lepak2… golek2 atas katil. Badan dah penat. Pinggang dah rase nak patah! Skali bukak pintu, laaa…. Katil single 2 bijik… ok lagi tu, boleh la dirapatkan.. Tp yg buat ati panas, bumbung bocor! Banjir kat dalam bilik. Bukak paip, nak mandi kan Aiman, air panas pun tak de. Bayang tv pun tak ade jugak! Dah lah aktiviti petang tu dibatalkan sbb hujan, nak guna dewan, dah ade orang booked. Kesian Aiman, mandi menggigil2. Anak aku ni dah lah tak tahan sejuk. Kat rumah pun mandi, ade heater, ni kat resort, kena mandi air sejuk pulak! Dah lah kettle pun tak de!

Malam tu, dinner pun biasa2 aje. Memang tak best langsung. Makan pun tak puas. Cam makan kat restoran biasa je. Ade pertandingan ikat tie, tp aku kalah. Ade orang ikat lagi kemas dan cantik. Hubby masuk pertandingan karaoke. Tema tahun ni, lagu dangdut.

Senyum lah, senyumlah… Ahai, chek mek molek…

Hubby menari ala2 Dato’ M Daud Kilau…. Gelek punye gelek…. and the winner is…. my hubby!!!… Yey..yeyyy.. tak sangka this year dapat 1st prize!

Esok paginya, kitorg tak mandi sbb ari hujan, air panas tak de. Terus turun breakfast, and then sukaneka kat tepi pantai… antara acara yg ade: acara untuk couple – baling n tangkap telur, baling gelung ke pasangan.. acara kanak2 – rebut jajan paling banyak… acara individu – lari dalam guni (lelaki), lari bawak bola ping pong guna chopstick (pompuan)… dan macam2 lagi acara..

Kitorg dalam group biru. Hubby jadi leader. Ni lah muke2 kitorg yg tak mandi pagi!

Tetap maintain gituu....

Petang Ahad, kitorg bertolak balik dari sana pukul 2.30 ptg. Sampai rumah pukul 7. Penat sangat. Lepas tu, hati memang tak rase puas mcm family day yg lepas2.. Kali ni memang hampeh! Semua org merungut. Nak buat mcm mana, dah tersilap pilih tempat…

Tata... babai...

Pagi ni aku bagun awal. Pukul 7.30. (awal ke???... ehhh... awal sesangat lah ni sbb slalunye alarm aku bunyik pukul 7.35!). Itu pun sbb Aiman merengek2. Mata masih pejam, tp asyik kejap ngiring kanan, kejap balik ke kiri. Marah sbb hidung sumbat. Selesema. Hubby pun bangun awal sbb susukan Aiman. Pendek kata, memang cepat lah ari ni kitorg get ready.
Pukul 8, hubby dah siap mandi. By that time, sepatutnye aku dah boleh mandi pulak. Tp sbb nampak masih awal lagi sbb slalunye mandi pukul 8.15, so aku pun prepare sandwich. Tengah2 buat tu, Aiman pulak buat hal, dia tarik besen mak aku rendam cili kat atas sink. So, terpaksa lah cepat2 bersihkan air yg tumpah.
Siap2, last2 jam pukul 8.30. Bila dah lambat, tergesa2 tu, aku dah terlupa nak kiss Aiman. Kewajipan yg slalu aku buat tetiap ari, aku tinggalkan ari ni. Aku betul2 dah lambat. So, aku just babai je Aiman dari keta. Yg sedih tu, slalunye Aiman buat derk je bila aku babai dia. Tp ari ni, dia siap tata aku. Sampai lah aku jalan. Baru lah teringat yg aku belum kiss dia lagi! Nak patah balik dah lambat. Jalan je lah...
*************
Semalam petang Aiman bukan main seronok dapat naik motor first time nagn hubby... Pusing2 keliling taman. Aku pun ikut skali. Naik lenguh tangan pegang Aiman.....
*************
* Sorry lah, Aiman... Mama betul2 nak cepat tadi...

Wednesday, December 28, 2005

TQ

Pagi Ahad tu aku bangun dengan penuh ceria, tak sabar nak pi tempat yg hubby janjikan semalam….

Dalam keta, balik dari tempat itu..

Abang, thanx ek???..
Hmm… tak pe. Setahun 2 kali je..
Next year, budget tambah lagi ek??.. Heheh…


My beloved Hubby….,
Thanx for the present… You always know my tastes…

Friday, December 23, 2005

Flying Colours



Congrates to my only girl cousin – Ryna scores 8As in PMR.

Bravo
Ke mana tumpahnye kuah kalo tak ke nasik, kan???….

(kuah = aku lah, nasik = Ryna) Smile





Thursday, December 22, 2005

Keja

Keja bertimbun-timbun... Overload!!!.....
Sakit kepala!!!.... Tension!!!.....

Friday, December 16, 2005

TsuNaMi

Tiba2 dari celah2 cermin tingkap nako yang terbukak, aku nampak ombak besar menggulung dari arah laut ke pantai. Aku nampak dgn jelas krn tingkap tersebut betul2 menghala ke pantai. Kedudukan kami memang tidak jauh dari pantai. Aku nampak orang2 di pantai bertempiaran lari. Tika itu, langit dah semakin gelap. Seolah2 hari akan kiamat. Bunyi deruan ombak menuju ke arah kami membuatkan aku rasa begitu takut sekali. Ternyata, nyawa kami ketika itu seperti telur di hujung tanduk. Aku nampak ombak besar menuju ke arah kami.

Tiba2 ku yg ketika itu sedang mendukung Aiman dapat merasakan tolakan ombak yg begitu kuat. Tp aku sedaya upaya cuba bertahan dan memeluk erat anak ku yg satu ini. Aku cuba menggapai tangan adik ku, tp tolak ombak lebih kuat drp segala tenaga aku. Sekelip mata saja, aku nampak semua orang terbaring lesu. Aku jadi amat takut. Aku kejut satu per satu.. Aku keluar dari bangunan itu, aku ternampak bapak sedang terbaring. Aku menangis, menjerit2, mengejutkannya…

Sedang aku menagis teresak2 tu.. Aku terasa ada sesuatu mencuit2 lengan ku… kemudian aku terdengar suara esakan Aiman… Aku buka mata… Aiman merengek nak susu.. Laaa… rupanye aku bermimpi! Dahsyat sungguh mimpi Tsunami aku ni…

Tak tau lah camne aku boleh termimpi menda2 ni.. mayb sbb aku tengok citer Cinta Tsunami ari tu agaknye. Mungkin jugak sbb aku terlalu takut….

Since the day I received the e-mail on Tsunami; which is said to happen sometimes in December or January, I got this Tsunami Phobia! We’ll be going to Cherating tomorrow to join my hubby’s office family day. I once told him, whether we could cancel the trip cos I read something on tsunami forecast. I even printed it for him to read.

He seemed care less about it. Insya-allah, tak de ape…

I’m so worry, scary… though the e-mail maybe just rumors, I still have the bad feeling that if it’s true, will the government announce it to us???…. I don’t think so… They, at the first place, the first who will run for safety.. and we… will hardly survive here. If there’s an announcement, I just can’t imagine how all of us trying to move to the safer place, in a big crowd… the one just like in the Independence Day film… Ohhh… I can’t imagine that!

First time aku dapat berita Tsunami end of last year, aku selalu bayangkan camne kalo aku ade mase tu. Takutnya… bila maut memburu, kita tak dapat lari ke mana2… I even dreamt bout it! Teruk betul fobia aku ni!

Al-Fatihah kepada mangsa2 Tsunami… dan mudah2an Allah sentiasa memelihara kami di bawah lindungan-Nya.. Insya-allah.

Wednesday, December 14, 2005

LaWak of the day

…………

Macam mana kes Selesa Utusan S/B? Yg under ‘sponse’ program?

Sponsor program???….
Selesa Utusan sponsor foreign worker sape???… Mana ade..

Ha… sponse program, Mr. Huang Yu Fu…

Oooo… foreign spouse application tu ke?..

* ‘sponse’ = spouse… salah pronunciation.

****************

Kak H kata, semalam anak bos aku ni minak dia drawkan ‘er’. Kak H tak paham. Mak dia (bini bos aku) kata, ‘er’. Kak H still tak paham. Lepas tu, dia kata, telinga.

Laaa… patut lah anak dia salah pronouce, rupenye mak dia ngajar ajaran sesat!

Aiman yg cerewet

Semalam petang kitorg bawak Aiman pi Baby shop. Tujuan utama nak beli susu (btw harga susu dah naik RM2!.. kopak... kopak..) ngan pampers. Sambil2 tu, tengok2 jugak mainan baby. Macam2 aku tunjuk kat Aiman, itik getah yg berbunyik.. Aku picit2 kat depan muka dia... Jeling jap, lepas tu, buat derk je. Yg dia khayal, tengok kipas angin kat kedai tu! Last2, aku tak beli satu mainan pun. Yg ade kat rumah pun, dia mainkan kejap je, lepas tu dia buang...
Pelik betul lah. Yg Aiman suke sangat main remote control, handphone.... Paling suke bila handphone bunyik je, mesti tertoleh2 carik. Lepas tu, kalo org tengah cakap kat phone, tak kira lah phone rumah pun, dia akan diam, tengokkan org... Macam lah dia paham ape kita cakap!
Malam semalam pulak, kitorg makan kat warung Jai. Dari rumah lagi, aku dah berkira-kira nak orderkan Aiman tahu goreng ngan jus buah. Try dudukkan Aiman kat highchair, boleh... nampak Aiman comfortable je. Ok lah tu.. Mula2 bagi dia rase apple juice.. skali, 2 kali... ok... dah banyak kali, Aiman buat muka kerut2.. gigil2 kepala ngan bahu... masam! Lepas tu hubby bagi pulak tahu. Suap je kat mulut Aiman.... 'Uwekkk'.. macam nak muntah... tiba2... 'Uwekkkk...' kali ni abis semua keluar. Banyak betul Aiman muntah! Sampai kena baju, menitis kat lantai! Ishhh... buat malu betul lah! Nampak je aku nak bagi apple juice kat dia, terus kelip2 mata, paling tempat lain... tak nak lah tu!
Tak lama lepas tu, hubby try pulak bagi Aiman telur dadar... Mula2 masuk mulut dia, dia kelip2 mata, macam nak ter'uwek' lagi.. tp lepas tu, dia kemam2... rase telur tu.. last2 dia kunyah2.. telan! So, Aiman makan telur dadar je lah... Memilih betul anak aku ni!

Tuesday, December 13, 2005

Kepala baru & selera Aiman

Aku tengah kat dalam bilik mak aku, bila tiba2 je, ade kepala tersembul kat celah2 langsir pintu bilik… Punye lah terkejut. Aku nampak kepala bulat… kepala sesaje… tak de badan… dah macam kepala ‘toyol’! Rupa2nye, kepala anak aku sendiri! Aiman, Aiman… nasib baik aku tak de heart attack, kalo tak, mau pengsan dibuatnye! Hubby yg tukang sorong kepala Aiman ke dalam bilik. Elok2 je, kepala yg tersembul! Lepas tu si budak kenit ni, cume senyum lebar, tak bersuara! Nampak lah gigi Aiman yg sebatang baru nak keluar tu…

Aiman baru gunting rambut petang semalam. Jadi kepala Aiman nampak bulat semacam. Nasib baik tak botak licin, kalo tak, sure aku geli nak sentuh kepala dia! Dah bertambah bulat muka Aiman… So unlucky cos aku tak dapat masukkan gmbr Aiman kat sini sbb pc aku ni tiba2 tak boleh read card reader. Hampeh!

Ahad lepas pulak, first time Aiman makan mushroom soup + breadstick kat pizza hut. First time jugak Aiman duduk kat highchair. Kalo tak, slama ni, aku duduk kan dia kat stroller je… Slalunye jugak Aiman cuma dapat tengok kitorg makan je. Tp kali ni, dia join kitorg skali. Bukan main happy dia. Berselera sungguh makan. Semua yg kat atas meja nak dicapainya.

Sebelum ni, aku pernah bagi Aiman bubur + carrot. Tp bila masuk mulut je, terus nak ter’uwek’… aku letak kicap skit pun, dia masih tak reti nak makan. Bagi whipped potato pun, nak ter’uwek’! Ngada2 betul lah, Aiman ni… Tp bila bagi ribena + koktail + laici + ais, bukan main suka. Kalo bagi pudding koktail ngan air oren juice pun suka, sampai tarik2 tangan aku, nak lagi. Bila aku buatkan ribena tak sejuk… muka dia berkerut2, menggigil2… masam lah tuuu… Aiman tak suka jugak…

Dulu mase aku mula2 pregnant, (belum tau pregnant lagi pun, sbb belum test), hubby asyik dok ajak makan pizza je 3 minggu berturut2… Lepas tu masa aku pregnant pulak, aku boleh makan pizza 3 pcs + 4 pcs garlic bread + 1 bowl mushroom soup + 1 gelas pepsi.. abis licin. Slalunye, aku cuma makan 2 pcs pizza je, lain2 tu semua tak abis… Terkejut hubby, aku buat! Hmm… rupa2nye Aiman yg suka makan pizza….

Friday, December 09, 2005

Dream...

.....

To whom that I start to love.....

Please forgive me..... I'm gonna miss U sooo muchhhh.... Will meet U in my dreams....

* I always dreamt of her... don't know who she is... but she seems so adorable... so cute... Is she my future bb gurl????..... heheh.... (hv to wait until next 2 yrs, tunnggguuuu.........)

Keja, keja, keja....

This week, aku banyak sangat keja. Terasa kelam-kabut lah pulak nak mengorganise keja2 ni. Kadang2 pening kepala sbb semua urgent, tp tak tau nak buat yg mana satu dulu. Dah lah keja aku ni bercampur-aduk jenisnye - ade buat rekod, ade buat application, ade pulak registration.
Tak cukup dgn tu, 'big bos' aku tambah pulak keja aku. Semalam dia suruh aku buat company profile, bukan satu company je, tp utk 3 company under group of companies company aku! Dengar je, aku dah rase nak pengsan. Malasnye nak buat. Dah lama aku tak buat esei... Dah berkarat kepala otak ni nak mengarang!
Keja yg ade pun, masih berlambak2. Siap satu, datang satu yg baru. Tambah pulak ngan assistant yg dah start on maternity leave, so kena take over keja dia. Keja aku ni, kalo time tak de, relek je memanjang, sampai jadi boring. Tp bila dah ade, tak henti2 pulak.
Aku tengah mengarang nak buat background company aku tadi. Tetibe aku blur... tak tau nak citer ape.. nak puji lebih2 company aku ni, ape yg ade???.... Hampeh!.. Kengkonon nak buat citer pasal background every director, tp pikir2 balik, nak citer ape jugak?... Nak citer education? Takat mana education diorg ni???.... Staff kat sini, educationnye lebih tinggi drp diorg ni... Sooo.... aku nak tulis ape????...
Pesanan big bos aku through Skype semlm:
Company Profile utk Aztec, Bwana and Tay & Fun - siapkan sebelum 20 haribulan.
A**** , ada buat apa yg saya mintak tak, bila boleh siap. Buat professional okay.
Eeeiiiii...... aku tau lah dia big bos, tp consider lah skit... bukan senang nak buat menda2 tu. Dah la bagi aku tempoh cume12 ari je, lps tu nak buat utk 3 company. Dah tu lagi, baru order, dah tanye aku dah buat ke tak. Tanye pulak bila boleh siap! Abis tu, dateline yg dia bagi aku tu ape ke mendanye????.....

Thursday, December 08, 2005

Makan, makan.... ikut selera

Sakit perut aku dah baik. Sepenuhnya. Alhamdulillah. Aku dah back to normal. Bila perut dah ok, selera pun balik spt sediakala. Mula lah nak makan itu ini.
Malam semalam, aku ajak hubby makan lamb chop black papper kat 1001 malam. Dulu2 lamb chop kat sini memang best, selain dari harganya yg murah. Tp setelah sekian lama tak makan kat situ, semalam, rasa lamb chop tu dah tak sesedap dulu. Dagingnya mcm rasa daging rebus je! Kecewa betul. Btw, aku still belasah lamb chop tu sampai tinggal tulang! Bersih.
Lepas dah abis lamb chop, aku rasa masih lapar lagi... Oh tidakkkk.... Teruk betul selera aku sekarang ni! Aku mintak hubby orderkan nasi goreng kg pulak. Yg ni memang tastes soooo good. Sedap betul lah even terase pedas. Sebelum tu, hubby dah warning dulu, jangan makan cili api nye. Nanti kalo sakit perut lagi, susah!
Anyway, aku tak puas hati ngan lamb chop tu. Aku nak makan kat tempat lagi satu. Kat sini slalunye memang sedap. Lagi satu choice, kat satu tempat lagi. Ade akak opismate hubby kata, kat situ pun best gak. Eh, tetibe je aku teringat double cheese burger McD la pulak....

Monday, December 05, 2005

Lupa

Pukul 9 pg, aku dah kejutkan hubby. Berkali2 mulut aku membebel, tp hubby still berlengkar kat atas katil. Tambah plak Aiman pun ntah knape masih tak bangun jugak lagi. Aku dah lah sibuk packing baju, siapkan barang2 Aiman, diorg sedap2 je masih berlengkar. Sabar je lah.

At last kononnye nak bertolak dari sini pukul 10, dah jadi pukul 11. Lagi pulak sebelum pegi tu, hubby kena hantar abah dia alignment tayar dulu. Aku dah tak senang duduk, mana taknye, semalam janji ngan Noha, nak bertolak dlm pukul 9 - 10 pg. Aku berkira2, insya-allah sampai pukul 2 nanti.
Aiman dah lama berlayar di lautan mimpi. Biasa lah, anak aku ni kalau masuk keta je, mesti nak tido. Dalam 40 min perjalanan, tetiba hubby kata...
Hmm.. cam ade menda tertinggal lah...
Ape mendanye???... Penting sangat ke? Kalau penting sangat, patah lah balik. Kalau tak, jalan je lah. Dah lambat ni...
Ayang ingat tak abang ade tunjuk resit check-in apartment kat KL nanti, ari tu...
Ade ke??? Ntah...
Tu lah, tak ingatkan abang. Kalau tak de, takut tak leh check-in nanti.. Hmm... camne? Ape2 baik lah patah balik je lah ek?
Aku????.... Dah tak terkata ape.. Nak buat camne, memang kena patah balik jugak. Aduhhhh!!!!..... Dah nak sampai Muar dah ni! Penat... Geram... semua rase ade! Hubby slalu pelupa.
*****************
Akhirnya, kitorg sampai rumah Noha pukul 3 lebih. Sampai2 je, dah nampak makanan terhidang atas meja. Kitorg memang sengaja tak makan mase kat hentian jejantas Ayer Keroh tadi. So, apa lagi, bila Noha jemput makan je, kitorg pun makan lah sehendaknya. Hmm... sedap... sedappppp... Lagi2 kerabu mangga tu! Semua faveret aku, lagi2 ulam pegaga. Tambah plak ade ikan pekasam... Mak aiii... sedapnye. Aku belasah semua yg ada. Tak payah risau perut sakit sbb semuanye memang dibuat khas untuk 'keselamatan' perut aku! Yum.. yummm... thanx Noha.
Gambar ehsan blog Noha... See.... Memang sedap!
Lepas kitorg makan, Aiman plak makan nestum. Sesuap, 2 suap... Skali tu, Kak Nurin pun teringin jugak. So, suap Aiman, suap Kak Nurin plak...
Bab ni yg paling tak best... Aiman sempat buat 'kuih' kat rumah Noha.. Terpaksa lah salinkan diaper. Dah ok semuanye, perut pun dah kenyang, kitorg terus bertolak ke KL, nak check-in plak.

Friday, December 02, 2005

Penutup open house

Selasa malam Rabu lepas ialah kemuncak open house cum marhaban opis hubby, di rumah bos. Start dari 10/11/2005 hingga lah malam Selasa tu. Tetiap malam 2 buah rumah. Even weekends pun ade. Bukan aje kat area Bandar ni, tp dah menjangkau ke pinggir2 bandar, hingga ke daerah lain – Muar – di Serom.

Balik citer penutup open house cum marhaban tadi. Petang tu, every staff opis hubby dah dapat aturcara majlis. Dengan keadaan aku yg tengah pening2 lalat sbb food poisoning, bila tengok aturcara majlis, aku dah rase cam nak pengsan. Start pukul 8 mlm sampai ke 11 mlm. Mak aiiii…. Lamanye…

Malam tu dimulakan dengan bacaan zikir munajat, diikuti marhaban & bacaan doa… Lepas tu menjamu selera. Macam2 juadah – nasi beringin, roti jala, satay dan jugak pizza. Malangnye aku cuma makan pizza 2 keping je. Itu pun tak abis sbb tengah2 makan tu, tetiba aku rase nak muntah. So, aku rehatkan je lah perut….

Sepanjang2 kitorg p marhaban, Aiman tak pernah meragam. Tp ntah kenapa malam tu, Aiman merengek. Nasib baik tak nangis menjerit. Dah lah hujan lebat giler. Hubby bawak Aiman ke kereta, konon nak tidokan. Tetiba terbau something. Check punye check, rupanye, Aiman buat ‘kuih’! Hmm… satu keja plak nak kena salin diaper!

Dalam pada tu, semua tengah sibuk ngan acara berbagi2 jajan dan duit raya kpd kanak2. Lepas tu, acara pemberian green packet utk staff plak. Selain dari tu, every staff ngan spouse dapat aiskrim sorang satu. Bukan yg dlm cup kecik, tp dalam bekas kecik, yg harga dlm $3 tu..

Malam tu, kitorg balik pukul 11… penat.. Masuk keta je, muka Aiman masam semacam. Berkerut kening! Lepas tu, terus dia pejam. Sampai rumah pun, tak bangun. Tido sampai pagi! Kesian dia… Marah agaknye bila dia buat ‘kuih’, mama ngan papa dia buat derk je!

So… aku dah boleh relek2 kat rumah sekarang ni… bestnye…

Masih tak ok

2 hari aku mc. 2 hari tu jugak aku dok melepek kat rumah. Aiman pun, mak aku yg jaga. Akibat food poisoning ari isnin ngan selasa tu, rabu nya, aku terus kong. Sampai sekarang ni, perut aku masih rasa tak selesa. Agaknya, kronik sangat perut aku ni sbb sejak sebelum raye, mase org dok sibuk ngunjung ketupat sampailah ke every week raye, aku kena diarrhea. So, this week, perut aku dah tak boleh tolerate lagi, terus food poisoning. Kalau pi spital, mau aku kena tahan wad ni!
Ari ni plak, aku rase nak demam. Seram sejuk badan ni. Kejap menggigil, kejap panas, berpeluh. Esok aku nak ke kl, tp badan aku cam ni. Takut aku tak larat nak jalan2 je.

Tuesday, November 29, 2005

Aku dah nak kong

Banyak pulak keja aku ari ni. Ade 2 kes yg bos aku nak submit ke kl lusa. Aku terpaksa jugak buat keja, pd hal, aku dah rase cam nak pengsan je gamaknye.
Dah 2 hari aku kena food poisoning. Mak aku ngan hubby dah suruh pi klinik, tp aku malas nak mc, even aku memang dah tak larat sebenarnya. Bila makan je, perut start memulas2... lepas tu rase cam nak muntah... kepala dah pusing2... rase cam dah melayang2 je badan aku ni. Tp aku tahan kan jugak. Buat2 cam org sihat.
Malam ni last open house cum marhaban, kira penutup, rumah bos hubby aku. Every family disuruh pakai cantik2, pakai baju kurung.. Ntah ape yg special malam ni, tak tau lah... Ape pun, aku rase aku cam dah tak de mood ni.. Perut aku rase semacam.. kepala aku pening... aku rase nak tido je... Nampaknye, malam ni aku tak dapat lah makan mcm2... tadi tengahari pun aku cuma makan pau kaya je... itu pun dah rase mcm nak keluar smula.... Teruk betul penangan raye kali ni...

Monday, November 28, 2005

Tikus membaiki labu

Sejak last Friday, pc aku tak ok. Bila aku start je, sampai separuh jalan, tetibe, dia restart sendiri. Berulang2... sampai lah keluar start mode. Bila aku tengah buat keja plak, tetiba je hang... lepas tu network aku terus tak de link... geram betul dibuatnye.
Bos aku kata, hardisk aku rosak. Tp bila dia godek2, katanye virus plak... Godek punye godek, akhirnye siap lah pc aku tengah ari tadi. Tp bila dah pasang semula, network aku tak boleh link ngan pc lain. Bos aku kata, mayb wayer network dah lama, kena gigit tikus agaknye (yg aku pelik tu, zaman tikus masuk bilik aku, dah lama, kalau tak end of last year, early of this year. Tak kan lah baru sekarang ade problem)... So, dia pun tukar wayer... Pun tak boleh gak... At the end, dia biarkan je pc aku... Tak tau cam ne nak buat lah tu!
Tu lah... tak nak hantar kedai... Kengkonon pandai, mentang2 dulu blaja computer kat Taiwan (itu pun sbb tak lulus sekolah kat sini, tu yg kena hantar ke sana tu!).. Knowledge nye seciput, tp semua menda nak buat sendiri... try and error... Last2 jadi cam ni lah... bak kata K H**a; umpama tikus membaiki labu!... Tikus tu - bos aku lah... Labu tu plak, pc aku, yg jd mangsanye!
* Noha, nasib baik pc aku rosak time ko tak de.... kalau tak...

Thursday, November 24, 2005

Hubby's satay....

Even I was not going to the hubby's office open branch, my hubby is so baik to tapau the satay for me... He sent it to my office just now...



The satay are ready for me to 'ngap'...(hubby buatkan).. so easy... masuk mulut - kunyah - telan ..... alhamdulillah.. kenyang...

Wednesday, November 23, 2005

I need a break

I need a break.... Tonight will be the last open house before we continue on this Sunday. 3 days break. I hope I have enough rest during this break. Aku dah penat sangat pi open house. Bukan setakat dekat2 sini je, kekadang tu dah menjangkau ke luar area bandar. Letih makan... letih melayan sakit perut....
Semalam hubby ajak aku datang opis dia on this Thursday - open branch for raye. Macam2 ada... ketupat, lemang, satay... antara larat nak makan ngan tidak je. I just say NO to him... I have enough already... enough weight gain after raye.. my boot-cut jeans dah nampak sendat sangat! Tube yg 1st raye senang je nak masuk kat badan aku, sekarang ni aku rase mcm sarung nangka! Punye lah seksa nak memakainya. Another thing, I had enough stomach ache... keluar masuk toilet je keja nye... makan - 'buang' - makan - 'buang'... nasib baik aku belum kena food poisoning...
I NEED A BREAK.... I just can't wait tomorow...

Tuesday, November 22, 2005

Perut ku sakit Part II

Baru tadi pagi aku post entry pasal perut aku sakit... Balik lunch tadi, perut aku lapar sangat. Ye lah, lepas je makan pisang goreng, aku 'membuang' lagi! Kosong dah perut aku ni. Tengok2, atas meja dah terhidang lauk-lauk ni....



Ikut pusingan jam, dari kiri atas - tumis bendi, rendang ayam, ayam padprik & asam pedas ikan bawal + ikan parang...

Mak aiiii.... hilang rase sakit perut... lupe jap kesakitan nye... Makan, makan dan makan... sampai at the end, tengok2 aku dah makan 2 senduk nasi! Itu pun masih tak rase kenyang2 lagi....

Aku: Knape tak kenyang2 lagi ni???...

Hubby: Tu lah, makan tak baca bismillah....

Aku: Ape plak???....
(Sebenarnye betul kot aku terlupa baca bismillah sbb aku lapar sangat!!...Buruk betul perangai aku ni!)

Aku: Hmm... stop je lah. Tahan je lah. Nanti buncit plak perut ni... Kain dah ketat ni...

Tika aku menaip entry ni, aku dah mula terase perut aku sakit... aduhhhh... tak serik, serik lah aku ni!.. Dah banyak nasihat kawan aku, Noha supaya aku relek2kn perut ni, tp masih degil lagiiiii.... Aku... memang tak boleh hidup tanpa CILI!!!!.....

Perut oh perut knape engkau sakit???...

Perut oh perut, knape engkau sakit?
Mcm mana aku tak sakit, maaakan banyak sangat...
Maaakan banyak sangat.....
Almost every week since sebelum raye, time orang dok sibuk ngunjung, aku dah kena diarrhea. Sehari sebelum raye, mak aku masak ayam masak bombo (masakan orang banjar), aku tak dapat makan, even itu lah satu2nye faveret aku! Langsung aku tak selera nak makan ketupat sbb sehari suntuk tu, aku dah 9 kali 'membuang'!...Peerut aku sakit... peerut aku sakittt....
Last week, perut aku meragam lagi.. Open house, makan BBQ kambing, satay.. ubi rebus cicah sambal tumis, mee siam... minum plak air oren... tambah plak siangnye aku makan betik muda tumis kicap cili api, yg mak aku masak. Ini pun feveret aku jugak. Sebelum pi open house tu, aku dah makan nasi berlauk betik muda ni dulu. Ye lah, mana boleh missed betik muda ni... rugi ooooo.... sedapppp.... Esoknya, again, perut aku sakit.... peerut aku sakittt..... mula lah 3, 4 kali keluar masuk toilet kat opis....
Ari ni pukul 3.30 pg, mase aku bangun buatkan Aiman susu, perut aku terase semacam je... Pepagi aku bangun je, terus masuk toilet... bila dah 'buang', terase perut aku kosong, lapar lah plak.. so, aku breakfast makan pisang goreng cicah sambal kicap plak... sedaappp... sedap... mak aku baru goreng pg tadi... 5 min lepas tu, aduhhhh.... perut aku sakit lagi.... peerut aku sakit... peerut aku sakittt..... malam tadi open house aku makan ape ekkk????... Aku cuma makan mee goreng campur sambal tumis ngan roti jala je... rase nasi lemak sesudu... itu je.... macam mana boleh sakit ni???.... Dah 9 hari berturut2 aku pi open house. Ade 6 hari lagi open house nak kena abiskan... 1 malam, 2 buah rumah...
Perut oh perut.... jangan lah engkau sakit lagi....

Friday, November 18, 2005

Kata Aiman.... Mawi yg tercinta






Khusyuk Aiman tgk CD album baru Mawi... bukan ade gambar Mawi pun. Tp Aiman leka memerhati gambar abstrak yg bergerak2 kat laptop mase on lagu Mawi. Aiman... Aiman....
** Noha, tengok kat kaki kiri Aiman, yg dia pegang tu... ko perasan tak stokin tu???... tu kan stokin yg ko bagi. Tumitnye (yg kaler coklat tua) dah kat tapak kaki dia!!!.... tp stokin tu bagus, lembut n senang kembang...

Thursday, November 17, 2005

Pantang-larang beraye...

Tiap kali aku pi beraye, nak ambik kuih... aku pasti teringat zaman aku beraye mase kecik2 dulu.... eh, mase dalam raye lagi kan? so, ok lah kalau aku citer pasal raye ek???....
Mase aku ngan cousin aku kecik2 dulu, kitorg tak pernah rase berjalan raye dari satu rumah ke satu rumah ngan kengkawan. Arwah atuk aku memang tak biasakan kitorg berjalan ke rumah orang tanpa ade orang tua ikut sama. Mcm mana arwah atuk didik anak2 dia (mak aku ngan Mak Yah), macam tu lah dia didik cucu2 dia. Bukan aje time raye, kalau nak main ngan kengkawan ari2 biasa pun, kitorg tak dibenarkan pi rumah diorg. Diorg je yg boleh datang rumah kitorg. Alasan arwah atuk, tak nak kita buat problem kat rumah org. Malu.
Balik citer raye. Bila pi beraye kat rumah orang plak, kitorg, budak2 kecik ni kena duduk diam2 kat sebelah mak atau bapak. Tak boleh jalan2, ukur rumah orang. Lagi2 kalau masuk bilik orang! Paling PANTANG kalau kitorg makan kuih raye sebelum dipelawa oleh tuan rumah. Bila tuan rumah dah kata, "Minum lah, makan lah kuih. Jemput, jemput...." Baru lah kitorg boleh makan. Tp dengan syarat, kalau nak kuih, kena cakap kat orang yg lebih tua, untuk ambikkan. Macam tu jugak kalau nak minum. Bukan pandai2 sendiri. Jangan harap dapat pegang bekas kuih. Lagi satu, makan kuih pun skit2, tak leh banyak2, abiskan. Ape lagi, kalau buat sepah kat rumah orang.
Kalau kitorg langgar arahan kat rumah orang, balik tu.... siap lah.... ade lah habuan menunggu... Anyway, sbb kitorg ni memang dengar kata, budak baik lah katakan (Cewahhh..) maka tak pernah lah kitorg dapat habuan. Lagipun, every time sebelum pi rumah orang, arwah atuk atau mak aku akan mengingatkan segla PANTANG-LARANG. Kalau berani, buat lah!!!!....
Mcm tu jugak kalau tetamu beraye kat rumah kitorg. Budak2 tak boleh duduk mengadap orang tua. Jangan skali2 nak ikut mcm tetamu, nak minum atau makan sama. Mengacau tetamu memang paling PANTANG bagi arwah atuk aku. Kalau buat jugak, balik je tetamu, hmm... ade lah hadiahnye - rotan!
So, everytime kalau aku pi beraye sekarang ni, aku rase mcm terngiang2 je segala PANTANG-LARANG dulu kat telinga aku... Seolah2 cam arwah atuk masih ade bersama, tetap memerhati tingkah-laku cucu2nye... BTW, arwah atuk aku dah berjaya mendidik anak2 dan cucu2nye dgn adab2 sopan yg tak ternilai harganya. Adab2 yg jarang sgt ibu bapa masakini praktikkan.
Aku bersyukur dapat arwah atuk yg begitu prihatin dengan tingkah-laku cucu2nye. Tp, berjaya ke aku mendidik Aiman sebagaimana arwah atuk dulu????.... Aku seperti mahu arwah atuk hidup kembali dan sama2 bantu aku besarkan Aiman. Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana mak ada di sisi aku, membantu dan menasihati aku dalam membesarkan Aiman.... Terima kasih mak... Terima kasih jugak untuk arwah atuk, Hjh Muslehat binti Abdullah... semoga rohnye dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

Pegang sendiri


Hmm... pandai pun anak mama pegang botol susu. Selama ni, Aiman memang tak nak pegang sendiri, except botol kosong dia. Puas kitorg paksa, tarik tangan dia, tp dia keraskan je tangan dia. Tak nak. Kalau dia nak pegang pun, kejap je. Lepas tu, tetibe dia lepaskan je. Buat muka selamba, kadang2 merengek manja, tunggu orang ambikkan n then masukkan smula dlm mulut dia.








Pagi tadi mase aku nak pakai baju pi keja, tetibe hubby panggil, suruh tengok Aiman pegang botol sendiri. Aiman releks je bila aku snap gambar dia tengah pegang botol tu.... Alahai anak mama...
** Noha, ko perasan tak, Aiman pakai baju yg ko bg tu???... Pakai mase marhaban malam td, lps tu terus buat tido sbb Aiman dah tido mase balik tu.

Tuesday, November 15, 2005

AKU

4 hari lepas, birthday aku. Yg ke brape ek???... Ishhh... dah tua aku ni. Ape yg aku dah buat sepanjang hidup aku? Brape banyak pahala? Brape banyak plak dosa aku? Camne kalau tetiba ajal aku sampai? Dah bersedia ke aku untuk bertemu pencipta aku?
Aku rasa, aku slalu lalai dalam melayari hidup aku. Slalu terlupe untuk bersyukur atas segala nikmat yg Allah kurniakan, slalu rase tak cukup... Slalu meminta2 daripada-Nya... lepas satu, satu... Tapi Allah tak pernah lupekan aku... slalu beri aku rezeki, panjangkan usia aku dan perkenankan permintaan aku, hamba-Nya yg kerdil ni.... Aku malu pada-Nya... kerana aku bukanlah hamba yg terbaik kepada-Nya..
Sepanjang hidup ini, terlalu banyak cabaran, suka duka yg aku lalui. Aku slalu merancang untuk hidup aku, tp rupa2nye perancangan Allah itu jauh lebih baik drp perancangan aku sendiri... Bila aku diuji, aku slalu pikir - kenapa AKU? Bukan orang lain.... Tanpa aku sedar, bila dugaan datang, ia lebih mendekatkan diri aku kepada-Nya, supaya aku slalu ingat dan berdoa kepada-Nya... Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku, diujinya aku supaya aku tidak terus melupakan-Nya...
Di sebalik ujian yg ada, Dia juga memberikan aku rezeki dan kebahagiaan yg tak ternilai... Hidup aku dikelilingi orang2 yg aku sayang dan sayangkan aku. Betapa bertuahnya hidup aku ni... Aku berdoa agar Allah lanjutkan lagi usia ini supaya aku dapat memperbaiki diri aku, jadi insan yg lebih baik sebagai persediaan sebelum bertemu-Nya...
Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana hingga ke saat ini, aku masih lagi bernafas di bumi-Nya, masih bergembira menempuhi liku2 hidup... masih leka dengan keindahan dunia... masih mampu untuk membuat entry ini... untuk tatapan yg sudi membaca...
Terima kasih untuk semua yg ingat birthday aku....

Monday, November 14, 2005

12 hari di hari raya.....

Belakang dari kiri: Hubby, Aiman, Aku, Mak, Bapak, Ucu, Mak Yah, Aqilah & Hapi.
Duduk dari kiri: Rina, Ceni, Afiqah & Didi.
(Missing: Elina, hapi's wife tak dpt cuti raye this year. so, tak ikut balik kg. Adik aku plak, mase ni tengah syok tido, kejut2 pun tak nak bangun!)

Ari ni dah raye ke-12, tp aku belum pernah buat entri raye lagi, kan? Bukan ape, penat sangat raye ni, sampai penat otak aku nak flash back ape yg dah aku buat raye tadi.
Anyway, ni lah family aku belah mak aku. Mak Yah dah macam mak sendiri, macam tu juga, Ucu, dah macam bapak sendiri, anak2 dia, dah macam adik beradik aku. Cam tu jugak family aku pada diorg. Ni aje yg ade utk family gathering pagi raye bagi family aku belah mak. Mak aku cume 2 beradik je. Mak Yah lah satu2nye adik mak aku. So kitorg memang rapat gile...
Belah bapak aku plak memang tak de family gathering sbb bapak aku ni anak tunggal, yg ade semua adik beradik tiri. Ade yg dah pun meninggal. So, kitorg just tunggu anak buah bapak aku datang beraye je, especially raye ke-2. See.... how small my family is...
Normally every year kitorg akan pakai baju kaler yg sama, tp this year, aku cepat sangat beli kain, dah tu terlupe plak nak discuss ngan Elina at the first place... So, jadinye cam ni lah, 2 family pakai baju kaler lain... Lagipun kalau kitorg agree nak pakai kaler merah, aku rase family aku tak boleh kot sbb bapak aku paling tak suke kaler merah. Even pink pun, dia tak suka. Pendek kata, segala kaler yg ade tone merah, bapak aku reject! Hmm... next year nak pilih theme colour ape ek???...
Sepintas kenangan raye 2005:
Raye pertama - tghari balik rumah parents-in-law... kat taman sebelah je... ziarah kubur... balik rumah mak aku.. pi beraye rumah atuk dan nenek sedara belah mak aku...
Raye ke-2 - dok rumah je... noha datang, makan nasi lemak, tp so sori to noha, aku tak dapat beri layanan first class cos ramai sgt tetamu ari tu... anak buah bapak aku 'serang' rumah aku sampai malam.... pak long, chik mas n chik leha (pakcik n makcik hubby) pun datang...
Raye ke-3 - balik kg nyai hubby...
Raye ke-4 hingga ke-11 - asyik pi beraye rumah sedara-mara, kengkawan...
Raye ke-9 - open house cum marhaban kat rumah aku utk opis-mate hubby.. penat, penat...
This week, everyday ade open house cum marhaban kat rumah every staff opis hubby. Satu malam, dua rumah... Perut aku yg slim mase raye ari tu, dah kembang skit2... ishhh... bahaya ni... kena cepat2 pose 6 ni!!!...

Thursday, November 10, 2005

Hapchai... Hadnyai...

Aku: Calling Visa kat mana?
Bos: Kat Hapchai...
Aku: Haaa???... Camne nak spell ni? Sori I tak pernah dengar la..
Bos: Ntah. I pun tak tau.
Aku: Tak pe lah. Nanti I type the form, nak fill in the place of Calling Visa. U nak submit sekarang kan?
Bos: Mcm mana U nak type? U kan tak tau how to spell it????.... (Muka lurus betul...)
Aku: @#*&%$@!!!... I cari lah the spelling. Pandai2 lah.. surf net ke... tanye K H**a ke..
Awat???.... Kalau aku tak reti spell, meaning aku tak yah fill up the form ke?... Camne nak submit application cam tu?
Aku: K H**a, tau spelling Hapchai?...
K H**a: Hadyai ke?
Bos: Haaa.. betul. Hadyai.
Aku: Very Angry







Wednesday, November 09, 2005

Golek...golek...sampai....

Bila Aiman nampak je muka aku balik lunch tadi, dia yg tengah golek2, angkat2 kepala ngan punggung, nak mintak aku angkat. Aku buat derk je...
Kalau terrer, golek la ikut mama masuk bilik ni...
Ko tengok Aiman... Ko suruh dia golek ikut ko, ko ingat dia tak boleh ke? Dia asyik tengok2 ke bilik je...
Mak aku dah membebel. Rupanye, Aiman yg tadi tengah golek kat tengah rumah, dah nak sampai ke sempadan hall rumah aku dia bergolek. Konon nak sahut cabaran aku lah tu... Ishhh... aku ingatkan, dia tak reti nak adjust haluan dia.. rupenye ngan bergolek je, dia boleh...
Aku cam tak caye je Aiman dah pandai nak ikut orang ke mana.. so, aku test skali lagi.. aku panggil2 dia, lepas tu aku sembunyi kat balik langsir...ngendap dia buat ape... mula2 tu dia pusingkan hala badan dia... sambil kepala dia tengok2 kat tempat aku panggil dia.. lepas tu, dia start golek. Sampai kat sempadan nak ke hall, ruangnye sempit, cam sebesar pintu je... dia stop dulu. Tengok2 lagi, sambil tersengih2... dia adjust plak badan dia so that dia boleh pass by ruang sempit tu... ishhh... terrer... terrer.... meeemaaannggg teerrrerrrr....

Tuesday, November 08, 2005

Aiman beraye...

Dr kiri: Aiman, Aqilah, Didi & Afiqah

Kali pertama Aiman beraye... kali pertama Aiman pakai baju raye ngan songkok... (at last siap gak baju raye Aiman, dah pakai pun...) Kali pertama blaja pegang duit raye... Sekarang dah pandai, dapat je duit, tak nak lepas, masuk mulut.... nyonyot2... Bila aku ambik je, terus melalak! Hmm... camne lah tak batuk ngan selesema.... Semua masuk mulut!

Mase ambik gambar ni, Aiman dah penat, dah tak de mood nak senyum. Terpaksa dudukkan Aiman kat corner sbb dia blm pandai duduk lagi... Kasut kotak2 tu, dah nak jahanam Aiman kejakan... Kat kasut tu ade lekat gambar bear, tp Aiman asyik tarik2 bear tu, last2 tanggal... Nasib baik lah kasut tu murah je...


Aiman & Ubat

Ni first time Aiman makan ubat. Alhamdulillah selama ni, Aiman belum pernah sakit. Ntah knape, tetibe kena batuk selesema. Agaknye ramai sangat orang yg angkat dia raye ni. Maklumlah ramai yg baru first time jumpe dia. Masing2 nak dokong ngan kiss Aiman. Yg sibuk nak bergambar ngan Aiman pun ade. Dah mcm model plak anak aku ni... Aiman plak in good mood raye ni. Tak nangis bila ikut orang.


Hubby suapkan Aiman ubat. Mula2 makan ubat kahak, ok lagi, cume cemek2 skit. Aiman belum tahu rase ubat... releks je nganga...

Kontrol macho......

Lepas tu, bila 2nd time, nak bagi ubat selesema, Aiman dah pandai, dia simpan je ubat tu dalam mulut, lepas tu dia luak... Ishhh...

Aiman lepak2 lepas makan ubat...

Wahhh... senang hati nampak....
Tp, lepas2 tu, Aiman dah tak nak makan ubat lagi. Nangis. Kena baringkan, pegang mulut dia. Itu pun, kadang2 dia kumur2 ubat tu... lepas tu luak... teruk betul lah..
Malam semalam aku bawak Aiman pi urut. Rupanye urat Aiman bersimpul kat bahu kiri dia. Kesian, nangis kena urut, sakit agaknya. Tp balik tu, Aiman tido nyenyak.... (ehhh... cam ade liur basi je....)




Tuesday, November 01, 2005

Oh Deepavali.... Oh Baju Raye ku.......

Jalan dah lengang pagi tadi. Cume aku sorang je yg terhegeh2 pi opis. Yg geram tu, bos sendiri datang pukul 9 lebih! Tak de call in pun ari ni. Ye lah, mana ade orang nak keja PH kan? Klien pun tak expect kitorg keja. Sunyi je... Cume lagu raye kat radio Era buat peneman. Sadly I Can't
****************************
Baju Wa belum siap lagi. Makcik mintak maaf bebanyak. Yg sehelai dah siap. Cume yg biru ni belum. Tengah pegang baju Wa la ni, nak jahit tepi.
Hmm... Ok la... Tak pe... Esok je lah.... Making A Wish
"Tak pe"?????...... Ikhlas ke aku ni????..... Terpaksa sebenarnye. Orang dah berlembut. Tak kan nak berkeras plak. Aku hantar kain yg belum siap tu sejak bulan 8 ari tu... Hmmm.... cam ni lah every year. Aku punye sure yg paling lambat siap. Nape ntah. Sbb dia kenal family aku ke, jadi baju aku paling last? Ke sbb aku ni cerewet sgt? Dia takut buat aku punye tak betul?....
Ape pun, lusa dah nak raye, tp baju aku siap esok petang. Makcik tu kata, "petang-petang"... bukan "petang"! Dah lah baju tu yg aku nak pakai pagi raye.... Sad





Monday, October 31, 2005

CouNtDowN RaYe

Lagi 3 ari nak raye. Last weekends memang penat sgt. Sehari suntuk pi shopping, ngan family hubby. Aku ngan hubby pun shopping last kopek utk raye. At last, dpt gak beli sandal. Tak brape berkenan sgt, tp beli gak lah. Lagi pun, harganye murah je. Kalau nak tunggu yg mengikut citarasa, satu je caranye - design sendiri!
* Mar... dah dpt beli kasut belum???....
Ape pun, ati aku dah lega sekarang ni. Everything dah settled. Dari duit raye, preparation raye utk aku, hubby & Aiman; hingga lah ke raye gifts utk family hubby, family aku ngan makcik, pakcik & atuk sedara aku. Begini lah tiap kali raye, memang tradisi family aku, kitorg akan saling memberi raye gifts. Bukan ape, kalau aku nak bagi duit raye kat makcik pakcik & atuk sedara, diorg semua ade duit sendiri, masing2 lagi 'kaya' drp aku. So, the best way - bagi gift utk diorg ni. Slalunye, diorg sure balas hadiah utk aku ngan hubby. Setahun skali.....
Aku teringat mase kecik2 dulu..... Arwah Tok Aji ngan Atuk aku memang pemurah orangnye.. Bila raye je, mesti belikan anak, menantu ngan cucu baju raye. Duit raye tu dah tentu ade. Sehari pose, dpt seringgit. Mana boleh raye, kalau tak de duit raye, kan? Walaupun arwah Tok Aji dah pencen, tp rezeki dia tetap murah... So, memang bertuah lah dapat mak bapak & atuk macam diorg ni...
Makcik pakcik ngan atuk sedara plak bagi duit raye memang tak kurang RM10... alhamdulillah... rezeki. Aku ingat lagi, sehari ntah brape kali kira duit raye. Tiap kali dapat je duit, start la kira. Siap take notes lagi - sape bagi... brape byk... Bukan ape, senang nak budget utk next year plak... Smile
Tp bila aku dah keja, tanggungjawab dah mula terase. Tangan yg slama ni asyik terima je duit raye, dah mula hulur duit plak. Mula lah flash back list yg aku buat dulu - sape bagi... brape byk.... sbb nak membalas. Bila dah kawin, makin bertambah lah budget duit raye sbb family dah makin besar, kengkawan plak dah ade anak... dan semakin beralih tahun, semakin bertambah budget sbb semakin bertambah orang2 baru...
Btw, this year, boleh pungut duit raye utk Aiman... Spaz tak lah asyik keluar je, tak masuk2 cam tahun2 lepas...
Esok aku dah start half day leave... Ari Isnin depan baru naik keja... Malam tadi dah tolong mak aku gantung langsir baru... (mak aku ni every year wajib tukar langsir... tak tukar baju tak pe, janji langsir BARU!!..). So, plan esok & lusa:
  • nak kemas bilik, nak ganti bedsheet... sbb sejak sibuk shopping, hubby dah buat bilik mcm tongkang pecah!
  • nak jahit samping hubby... (baru teringat belum jahit lagi..)
  • nak tolong mak abiskan kemas rumah....
  • nak buka kat rumah kak lin...
  • nak ambik baju raye aku yg tak siap2... Feeling Blue lps tu nak basuh baju tu...
  • nak masak utk mengunjung....
  • nak masukkan duit raye dlm sampul...
  • nak masukkan biskut raye dalam bekas kuih...

........ by the time aku siap buat semua yg dah diplanned tu.... RAYA!!!!...... Wakka Wakka





Friday, October 28, 2005

Baju raye Aiman Part II

Tragedi baju raye Aiman rupanye belum berakhir...
Camne ngan baju Aiman? Ok tak?
Lupe nak bawak balik rumah. K Z*** belum tengok lagi...
Rupa2nye hubby lupe bawak balik baju Aiman. Semalm baru boleh test. Test baju, ok. Just nice. Puas ati aku. Tp bila nak pakai seluar je, tetibe tersangkut kat paras lutut. Aku try regang2kan pinggang seluar tu, still tak leh kembang. Seluar tu tak leh masuk. Sendat paras lutut. Getahnye pendek sangat. Potongan seluar ok.
Hari ni, hubby pulang kat Ida, mintak alter getah seluar tu. Mintak2 sempat lah hendaknye. Kalo tak sempat pun, Ida kena sempat2kan jugak sebab dia dah nak balik Kelantan...

Aidilfitri

Cam raye tahun2 lepas, agenda raye aku memang fix, kalo ubah pun, tak affect ape2 sangat. Aktiviti raye aku start one day b4 raye. Petang tu aktiviti mengunjung (hantar ketupat kat rumah sedara-mara). Slalunye juadah raye mesti ada - ketupat, rendang daging, ayam masak bombo (masakan org Banjar), sambal goreng, sambal kacang ngan serunding kelapa. Aku ngan hubby kena hantar 6 buah rumah - rumah in-law aku, makcik pakcik aku ngan atuk sedara aku. Most of family bapak ngan mak aku memang orang sini. Dok pun dekat2 je. Bapak aku pulak akan ambik turn hantar kat area lain, dalam 2 buah rumah. Mak aku plak delivery girl ke rumah jiran2.
Pagi raye, lepas sembahyang raye, aktiviti makan2, kira breakfast raye kat rumah aku (rumah mak aku lah kiranye tu). Then baru pi rumah parents-in-law aku. 2 min je dah sampai kalo naik keta. Kalau nak adventure, jalan kaki, 10 min dah bole sampai. Tp tak pernah plak jalan kaki slama ni, naik motor pernah lah. Sampai sana, makan2 lagi... Dah kenyang, sessi salam raye plak. Kena ikut turn, yg tua didulukan. Lepas tu dok lah berbaris tunggu yg muda-mudi salam mintak maaf kat kita plak. Nak abis, tengok2 dah dekat satu hall penuh berderet ngan kitorg... Naib baik hubby anak ke-3 (gambar family hubby), kalo tak jenuh lah dok terbongkok2 menyalam orang2 'tua'. So, aku cume duduk je lah, tunggu adik2 hubby take turn.
Lepas salam raye, biasalah, ngan sessi bergambar, sebelum sessi ziarah kubur arwah atuk hubby. Mase tu slalunye dah dekat tengahari. Baliknye, kitorg sambung makan lagi. Lepas zuhur, dalam pukul 2, kitorg akan balik smula rumah aku. Tunggu mak Yah (adik mak aku) n her family datang. Bermulalah sessi salam raye plak. Lepas tu sessi bergambar sebelum kitorg semua pi beraye ke rumah makcik ngan pakcik mak aku. Both atuk nenek aku belah mak bapak aku dah tak de. And then, diorg memang stay kat bandar ni je, memang tak de kg. So, aku memang tak rase kemeriahan raye di kg sampai lah saat aku kawin nagn hubby, dpt raye kat kg nyai dia.
Raye kedua, slalunye rumah aku penuh ngan kunjungan anak buah bapak aku. Penat sangat, tak henti2 sediakan makanan ngan minuman. Biasalah diorg ni tak main lah kalo setakat makan biskut raye je. Mesti nak makan yg berat2. Baru siap hidang makan, dah ade yg mintak air, air dah abis. Baru siap buat air tambah, dah kena tambah makanan plak.... Begitu lah keja aku, dah macam maid gamaknye... Lepas diorg balik, aku bersilat plak membasuh segala pinggan mangkuk! Aduhhh... mau patah pinggang dibuatnye. Tp tak pe lah, raye setahun skali je... Time cam ni lah nak jumpe, tp nak borak panjang, memang tak sempat sbb aku kan ke dah mcm maid?
Ok, tinggal kan citer raye aku....
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kpd semua yg mengenali aku. Maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum aku. Aku pohon maaf atas segala yg menyakiti hati atau mengguris hati korang, terutamanya yg dah lama kawan ngan aku. Aku sentiasa menanti kehadiran korang ke rumah aku.
Untuk Su & Ana... semoga bahagia menyambut syawal ini bersama kehadiran bakal penyeri rumahtangga. Take extra care.
Untuk Noha, Su, Ana, K Huda, Mar, Nila, K Zai.... hati-hati balik raye nanti. Drive carefully...
Untuk Yana K Lin & Rina... duit raye utk Aiman jgn lupe ek? Banyak2 skit, campur yg 3 tahun lepas skali...
Untuk Asma & Salmi.... salam kerinduan drp aku di kejauhan... bila nak jumpe???...
Untuk Zaza... salam kerinduan drp aku di kejauhan... take care... wish u happy always... balik raye ke? send lah gambar terbaru ko...

Thursday, October 27, 2005

Cuti raye

Semalam hubby bagitau yg dia tak dpt cuti this raye. Suppose dia ngan akak kat opis tu discuss, sape nak cuti sebelum ngan selepas raye. Tp akak tu berkeras nak cuti dari 31hb ni smpi lah ke 8hb nnt. Pd hal, hubby cume nak cuti 2hb nnt je cos aku pun tak cuti. Aku memang dah tak de cuti since semua AL aku dah fully utilised mase aku morning sickness early this year.
Problemnye plak, opis aku ni ngan 'baik hatinye' tak ambik cuti deepavali. Meaning kitorg kena keja deepavali nnt, sedangkan the whole Malaysia cuti! Tak ke sengal???... Bila hubby kata dia tak dpt cuti, aku dah tak de mood. Aku kena plan smula cuti aku. Mayb aku take UL on the deepavali and half day on the next day.
Di kala ini, aku rase cam nak nangis, nak meraung..... Pouty sebab...:
  • aku terpaksa ambik UL mase deepavali nnt, sedangkan itu M'sia public holiday!
  • kalau aku tak cuti on the deepavali, aku terpaksa lah bangun pepagi pi keja, sedangkan everybody tengah syok tido lagi and boleh jejalan shopping raye lagi...
  • plan asal aku UL on the day b4 raye, so, gaji aku tolak sehari je... tp dah jadi cam ni, kena lah tolak sehari setengah... itu kalau aku rajin keja. kalau tetibe aku malas, meaning kena deduct 2 days salary! Crying 1

Mentang2 kitorg dok sini, tak yah balik kg, lps tu rumah mak aku ngan parent-in-law plak cume sekangkang monyet je... hubby slalu tak dpt cuti raye, slalu ngan baik hatinye bagi peluang kat org lain utk cuti raye lama2...ape? diorg ingat kitorg tak de sedara-mara ke nak kena ziarah? kitorg still kena balik kg nyai hubby. still ade family gathering... Pouty



Wednesday, October 26, 2005

Satu malam di Warung Jai

Lokasi: Warung Jai
Tarikh: 25 Oktober 2005
Masa: 9.30 mlm
Tengah aku ngan hubby syok kuyah nasi goreng kg ngan roti bom, datang lah seorang yg ku kira spt seorang 'nenek' lah lagaknye ngan 2 org anaknye.. mesti dia ni orang kat area sini je sbb dia cume pakai sweater ngan kain batik. Sempoi sgt nampaknye. 2 orang anaknye tu plak, cume pakai baju layang2 (kaftan) je. Diorg dok kat meja sebelah.
Aku tertengok 'nenek' tu mase dia dok kunyah makanan ngan tengah sedut air guna straw. Aku rase pelik bercampur geli hati tengok dia kuyah cepat, dah lah macam tak de gigi! Tp aku try tahan jugak ketawa aku ni. Ye lah, tak kan nak ketawa kuat2, karang dikatanye aku kurang ajar lah plak! Aku perasan hubby pun dok tengok 'nenek' tu. Ntah camne, tetibe mata aku ngan hubby bertembung. Kitorg nak ketawa, tp tak jd. Masing2 berlakon buat muke selamba... Aku pun teruslah concentrate kat roti bom aku. BTW, d roti bom n hot milo were soooo delicious... even aku sebenarnye tak pose pun siangnya!
Hmm... kalau tak, bakal jadi mak mertua.
Hubby senyum kambing kat aku.....
Ape???.... Sape???....
Aku memang blur abis...
Kalau tak, bakal mak mertua.
Hubby rewind skali lg ape yg dia dok cakap td. Masalahnye aku bukan 'pekak' tp aku tak paham ape dia cakap!
Ape???... tak paham la...
Tu... (sambil mulut muncung kat 'nenek' tadi) kan mak L!
What???... TU???.... Ishhh... nampak tua je, cam 'nenek'. Tp... dia makan.... tengok tak tadi? Kelakar lah!
Aku tak sampai hati nak abiskan ayat kutukan aku pd 'nenek' tu... Aku ketawa, hubby pun ketawa. Cehh... what a small world! Anyhow, HE was d one yg gile bayang kat aku, bukan aku yg nak DIA!... Malas la nak ingat mamat tu.... Hubby memang suke sakat aku ngan BUDAK tu... geram nye...

Kad raya

Hari ni aku nak citer pasal KAD RAYA. Mase aku kecik2 dulu, time nak raye lah paling best rasanye. Malam tujuh likur, dah start pasang lampu hijau merah ngan pelita. Sebulan pose, kejanye dok menulis kad raye. Tiap tahun, aku dapat tak kurang 40 keping kad. Kadang2 tu, orang yg bagi kad kat aku dulu, kiranye diorg ni peminat aku lah..heheh.. aku dok reply je. Paling best bila kita keluar recess, lepas tu, masuk kelas smula, tetibe kat dalam desk ade kad raye... bila bukak, from adik angkat lah, kakak angkat lah... ntah sape2. Hmmm... rase gelemernye aku mase tu!
Itu kisah mase aku sekolah rendah, lebih kurang 20 tahun yg lepas. Bila aku masuk sekolah menengah plak, aku dah tak segelemer mase sekolah rendah dulu. Aku ni low profile orangnye. Tp kali ni, aku dapat kad raye drp boyfriend plak. Tiap tahun, N tak pernah lupe hantar kad raye pd aku. Dia kirim pada cousin aku yg sama sekolah ngan dia. Tak pun, dia akan kirim kat adik dia yg satu sekolah ngan aku. Walaupun kdg2 N dah lama menyepikan diri, tp dia tak pernah lupe hantar kad raye utk aku. Kad N slalu mencuit hati aku, slalu bg aku kad raye kartun. Pernah gak mase raye berkembar ngan CNY, N bagi aku kad raye cina, tp sampai sekarang aku tak tau ape isi kad tu sbb aku tak pandai chinese n then aku tak ambik any initiative to ask my chinese friend. Ada lah dalam 3 ke 4 thn aku dpt kad raye N. Lps tu, kami bawak haluan masing2...
Kad raye drp hubby in yr 1994 paling aku tak dapat lupa. Aku dpt 2 kad raye drp hubby. Malam tu, hubby datang rumah bagi kad raye. Surprisingly together with d cards, was Vochell chocolate. Wowww.... rase dunia ini ANA yg punye!!... romantiknye, sampaikan nak makan cokelat tu pun sayang rasanye..
Sekarang ni? Hmm... dah tak de hantar2 kad raye ni. Nak tulis pun tak sempat. Paling2 pun send e-card je. Lagipun jimat kos, tak yah beli kad, tak yah beli setem.... n then dijamin sampai on d spot! Kalau pos, kadang2 tu lambat sampai, nasib tak baik plak, langsung tak sampai2....