Tuesday, February 26, 2008

balik

mama: aiman, nnt mama dah tak balik lunch cam ni. mama dah keja jauh. ptg baru mama balik.
aiman: ok
mama: aiman paham tak mama cakap??
aiman: pahammm..
mama: nnt mama dah tak jumpa aiman lagi mcm ni. ptg baru mama jumpa aiman.
aiman: nnt aiman tinggal sorg. nangis aiman. tak de kawan. mama nangis. mama sorg2 kat opis.
alahai... bengang betul la tak bole balik lunch ni sbb yg utamanya tak dapat jumpa aiman. rindu! bukan jauh sgt pun, tp sbb jalan jam, jadi perjalanan 15 min, dah jadi lama. mcm mana pun, aku akan cuba balik ari jumaat sbb lunch break 2 jam, sure sempat sampai rumah.

Friday, February 22, 2008

aiman happy & sedih


.... bila dah relek, boring la pulak kat opis ni. tak de keja langsung. nak surf internet pun dah penat, malas. terbayang2 je rumah. bestnye la kalo kat rumah. bole layan aiman main Thomas & Friends yg baru beli malam tadi. at last aiman dpt jugak rewards utk mission diaper-free dia. tido mlm tadi pun, sibuk suruh letak train tu dlm bilik. hmm.. biasalah. kalo ade mainan baru je, mesti bawak tido dlm bilik.

pg tadi, bagun mintak susu, siap remind aku "mama, baik2, jgn pijak thomas aiman"

pg td aku nak pi keja, dia terus bangun, main train. tak nak sambung tido lagi lepas susu.


ptg semlm, aiman main tembak2 ngan aku.


"aiman tembak mama. darah. mama mati."


"kalo mama mati, sape nak buatkan susu aiman? kalo mama mati, aiman tak bole jumpe mama sampai bila2."


aiman terus nak nangis, peluk aku.


"aiman nanak mama mati." aiman dah start nangis.


"aiman nanak mama mati. aiman sayang mama."


sedih pulak aku rasa. tak sangka dia faham ape yg aku cakap.


"mama pun sayang aiman. mama tak mati lah."


baru lah aiman senyum, n then sambung main semula.


Tuesday, February 19, 2008

azura vs zack

huhhh.. baru lah dpt bernafas... setelah kebizian yg berterusan sejak 01.01.2008 yg lalu, campur ngan problem2 family etc. keja aku dah settle semlm, kurang 10 min pukul 5.30 pm, semua report siap disubmit via email. automatik aku rase tenang, happy... lapang dada... yup, that's the real words to explain what i felt yesterday. rupa2nya perasaan tak nak balik ke rumah ptg sbb keja yg tak siap2, and then bila dah kat rumah, punye lah bercinta nak pi keja, rupa2nye disbbkn oleh pressure ngan keja! heheheee... baru lah semlm dpt detect ape puncanye.

so i got 10 days to relax phisical n metal before we pack up to transfer to new office building on 1st march. sib baik brg2 aku cuma 3 kotak je tak termasuk pc. cuma report final acc je. tak de menda2 lain. kertas yg bukan2 kepunyaan kawan aku dulu, semua nak dispose je. pening kepala aku tengok kertas semak2 yg tak filing, main longgok2 gitu je, tak tau ape purpose.

okay, ari ni aku nak citer psl azura vs zack, new version - azura is zack's staff. as a boss, zack memang best sbb he won't monitor his staff. he 'trusts' his staff 100%, which sometimes leads to trouble when he doesn't check his staff's work. one thing, as the boss, for sure dia ade ego dia. tak kan dia nak tunjuk yg dia tak tahu kan?? tp yg patisnye he is ZERO when it comes to system application!

dah sebulan setengah aku kat sini, tp aku kdg2 masih tak dapat sependapat dgn dia. bila ade report yg tak okay sbb last year report salah, dia tak nak terima yg kesalahan tu di carried forward dr last year yg mana report tu dibuat oleh org sblm aku. eeeiii... pening kepala aku membetulkan report sepjg thn lps. semua kena buat sendiri. dia nak tunjuk pun, dia tak tau. dia cuma bgtau "ni salah. kena betulkan."

atr kata2 zack yg betul2 menusuk kalbu azura:
"saya tak nak cakap psl keja dia sbb dia memang expert. tp saya nak awak ikut cara saya. kita ubah cara ni start ari ni."
"saya tak kan confirmkan kalo saya tak berkenan."
"saya trust staff saya 100%. so jgn buat silap. kalo silap, saya tak nak responsible."

yg terbaru - aku suruh dia checking report aku sbb nnt next week dia ngan GM kena present. dia kata tak payah lah check. kalo ade salah nanti betulkan. kalo salah, awak byr seringgit utk satu salah. aku jwb tak nak. aku tak nak responsible. dia kena checking sbb dah lah aku 1st time buat, nak checking sendiri pun aku teroverlook sbb blm familiar area mana yg suppose kena check, takut ade yg tertinggal.

hmm.. in terms of as a friend, dia memang ok. boleh gurau2. tp bab keja, aku tak nampak keprofessionalan dia sgt sbb dia tak nak responsible. skali tu bila opismate aku tanye dia tak check dulu ke sblm sign, dia kata "hanya org yg buat keja je yg tau keja dia. saya tak buat keja ni, so saya tak tau. saya sign je la."

hmm... masih lagi bole sabar. jgn sampai satu ari nanti, aku tinggi suara kat dia. asyik2 nak trapped aku je!

afterall, keja ngan company melayu ni lain benor environment nye ngan kat opis chinese. kat sini, makan, makan, makan... siap masak2 lagi, makan ramai2. nak makan ke nak berbual satu opis dengar pun tak kisah, janji keja siap. lagi lah bos aku jenis tak kisah staff nak surfing ke makan ke berbual ke. janji keja betul ngan siap.
btw cousin aku rina, patah tulang rahang dan ari ni akan menjalani second operation at hospital putrajaya. doakan dia selamat dan kembali pulih dan normal seperti sedia kala.

Friday, February 15, 2008

tahun 2008

dah sebln setengah msk ke thn 2008. rasa masa terlalu cepat berlalu. bermulanya tahun baru thn ni, maka bermulanya hidup baru aku. banyak yg berubah. masih lagi menyesuaikan diri dgn hidup baru. next month opis aku pindah jauh. maka akan bermula lagi satu episod baru. kuar pg, balik ptg. kesian kat aiman.
dlm thn ni jugak byk sgt yg berlaku. baru sebulan setengah, tp dah byk yg berlaku melibatkan diri sendiri n family, baik belah hubby n belah aku. lepas satu, satu dugaan. walaupun tak terlibat secara langsung, tp sbg sebahagian dr family, tempiasnya tetap ada.
ditambah dgn kesibukan keja di tempat baru, semua ni amat meletihkan mental dan fizikal. penat sgt. aku blm ade break lagi sejak 01.01.2008 ari tu. mana nak catch up keja, pd masa yg sama, kena catch up family. aduhhh... nak cuti tak bole sbb probation 6 mth. mudah2an aku sabar hadapi dugaan ini.
hmm.. rasanye lps dah confirm nnt, (doa byk2 agar aku dpt confirmation) aku nak pi holiday. insya-allah kalo ade rezeki. nak take a break. dgn ape yg berlaku dlm sebln setgh ni, aku jd takut nak hadapi hari depan sbb byk sgt perkara2 di luar jangkaan berlaku. aku slalu doa agar aku tabah hadapi semua ni.
byk yg aku nak citer, tp masa tak mengizinkan. byk lagi report yg aku blm siapkan, selain dr amendments utk report2 yg dah siap tp blm finalise utk submission. nak buat entry psl zek vs azura pun blm sempat. nnt la kalo ade mase, aku buat.

Saturday, February 09, 2008

tag - handbag

lama baru ade masa nak buat tag mar. tak sempat la. nasib baik la ari ni keja half day, lepas tu aku sengsorg kat level 3 ni. sunyi sepi. kesian aku, nasib staff baru gini la. org lain dok cuti, aku dok jadi jaga opis. ingatkan kat tempat baru, idak le menjadi 'jaga' opis. rupanye, baru sebulan lbh, dah kena jadi jaga, mcm opis lama gak. bos aku semalam dtg keja, tp pagi2 dah bagitau yg dia half day. hmm.. tinggalkan citer dia sbb aku janji buat entry lain psl zek & azura kan??


ok la, mari kita tengok apa yg ada dlm handbag aku yg cikai, beli kat chow kit ni. ape menda2 nye yg aku letak sampai tali bag aku dah nak putus even baru sebulan dipakai setiap hari.


bag ni memang aku sengaja carik yg besar dan luas dalamnya sbb aku nak sumbat segala barang dlm tu. malas nak bawak beg lain utk barang aiman. haa... yg kaler light brown tu bukan nye panties aku ek?? tp itu spender hero kenit aku, aiman. sejak dia dah diaper-free ni, kena la bawak spare spender, kot2 dia terkencing sebelum sempat pi toilet. ade bekas tupperware kosong and spray air botol kecik. ni utk tadah kencing aiman sbb susah nak bukak seluar. nak bukak seluar, kena bukak sandal/ kasut dia dulu. leceh. so, tadah je, then spray air kat 'situ' dia.


kalo pi jalan2, aku sumbat skali botol air ngan botol susu dia dlm beg ni. aiman tak boleh kalo jalan2, tak bawak plain water ngan susu. nanti dia marah.

selain tu ade, wet tissue ngan pocket tissue sbb aiman suka beli aiskrim ngan coklat, makan kat keta atau pun sambil jln2 pi shopping. selain tu kat pocket kecik dlm handbag, ade handphone yg jugak cikai sbb aku memang langsung tak interested ngan handphone, pakai je apa yg ada. sepanjang aku pakai handphone dr sejak matriks sampai sekarang aku cuma pernah beli handphone 2 kali je. itu pun sbb hubby tak belikan. selama ni aku pakai handphone hubby yg dia dah tak nak. that's y aku rasa kedekut sgt nak kuar duit beli handphone. baik aku beli menda lain.

dlm poket lagi satu ade, pencungkil gigi sbb aku memang menggunakannye lepas makan. aku tak reti guna floss. dah la gigi aku ni jarang2, hmm... makin jarang lah kena cungkil! ade minyak kapak ngan pil ponstan, which is menda yg paling penting bagi aku sbb aku slalu sakit perut ngan sakit kepala. kat situ jugak aku letakkan pengetip kuku. tak sempat nak ketip kuku kat rmh, slalu buat kat opis.

dlm poket berzip pulak ade sepasang stoking. ni utk waktu kecemasan terutamanya bila sejuk air-cond kat opis, kaki aku slalu tak tahan. jadi tinggal sarungkan aje. bersama tu ade, sehelai plastic bag kecik utk kegunaan mase emergency.



of course ade wallet bonia yg dah buruk giler. sempat buruk sbb original kan? kalo cap chow kit or 'PS' dah lama arwah kot. heheh. lepas tu ade 2 menda ni yg aku slalu bawak ke hulu ke hilir - pendrive & card reader. aku tak slalu bawak make up sbb aku tak pandai make up. kalo aku bawak pun cuma compact powder ngan lipstik je. itu pun kalo aku pi jalan jauh atau keluar lama yg menyebabkan muka aku berminyak.

so nampaknya aku kena carik beg lain sbb kalo lah tetibe je tali beg aku putus time aku guna, malu pulak aku dibuatnye. hmm.. ni lah padahnye, konon nak jimat, skali tu tak tahan la pulak. ke.... aku yg ganas sgt guna?? bukan tak de beg lain, tp yg lain tu kecik utk kegunaan sekarang. lagi sejak ade anak ni aku dah malas nak tukar2 beg pi keja sbb byk sgt harta benda kat dlm tu. mase dulu, tiap2 ari tukar beg pi keja sampai org tanye tak tertinggal barang ke. tp sekarang dah tak de mase nak punggah2 barang dr satu beg ke satu beg.

Monday, February 04, 2008

toilet training

at last misi diaper-free aiman sblm umo aiman 3 thn dah tercapai. dlm mase 3 hari, aiman dah buang air kecik ngan besar kat toilet. dlm mase tu, 3 kali aiman terweewee dlm seluar. sekali mase kat BP mall n 2 kali kat rmh. lps2 tu, alhamdulillah, blm pernah lagi. tido mlm pun, kalo dia terjaga, even pukul 2 pg, dia akan kejut, cakap nak kencing. lps tu bangun pg, baru lah dia kencing. tak nak kencing kat pampers.

mula2 tu dah janji kat dia, kalo dia dah tak pakai pampers, nak belikan dia thomas & friends. bila dia dah pandai tu, dia tuntut. tp mama ngan papa blm ade budget lg, so belikan dulu train biasa. sebenarnye dia dah ade train sblm ni, tp dah jahanam. tinggal rail nye je. mase pi carrefour ari tu, nampak ade set train kecik, bentuk ala2 thomas, siap ade mata, mulut semua. reganye cuma rm7 je. so, mama belikan je tu dulu. itu pun, aiman dah happy sgt. tp br 2 jam main, aiman dah pomen, kasik patah, tayar dah tercabut etc. ni yg lemah ni. aiman mmg ganas bab mainan.

sekarang ni mama ngan papa rasa happy sbb aiman dah pandai buang air kecik ngan besar kat toilet. tak la malu kalo org tanye "masih pakai pampers lagi ke??" so mama ngan papa proudly cakap "aiman dah pandai buang kat toilet".