Monday, December 31, 2007

end of year 2007 = end of employment here.....

today is my last day here. even selama ni memang rase tak sabo2 nak berambus dr sini, tp bila tiba masanye, aku rase sedih pulak. 6 thn lbh keja kat sini, i will say that the most valueable experince i gained here is business experience. cam ne nak manage a business. dapat blaja how chinese doing their business! yg baik, bolehlah diikut, yg buruk, jadikan pedoman agar kita tak tertipu oleh mereka ni.
esok, everything will change. dpt gaji lebih skit, banyak jugak yg perlu dikorbankan. tempat keja akan jadi jauh skit, ade kos2 melepas in order to get more pay. life is about give and take. so, hv to accept the changes to be a better in the future. alhamdulillah, i lost my first chance in bisnes, but allah gives me another chance in my career. ni lah yg dikatakan, kalo allah tak bagi lagi ape yg kita mintak, kadang2 Dia nak bagi rezeki dlm bentuk yg lain pulak. sesungguhnya Dia ada perancangan yg lebih baik utk aku. aku amat bersyukur.
sooo.... tomorrow is a new year and it also means that new office, new environment, new job, new experience. i always think positive, take it as a challenge. kalo nak pikir senang, sampai bila2 aku keja kat opis ni, and forever jumpa dgn org2 yg sengal dan bang*ng.. and bila masanye pulak aku nak improve myself kan? so, tomorrow, if this company nak bankrap ke terlingkup ke ape ke... i don't mind. even if it happens today also, i'm happy. for what they hv done to me, they deserve it! rasakan!

Monday, December 24, 2007

desicion

ari ni aku buat decision yg penting for my own future. mula2 aku rase berat hati, tp tetiba aku ubah pikiran. keputusan yg sama spt yg pernah aku buat 6 thn lepas. with new environment, new job scope, i hope i gain new experience there. business is business. tu citer lain. i must play safe here. wish me luck kay??

Aiman @ Dataran Penggaram BP


......tiada kata yang dapat diungkapkan bila melihat kegembiraan di mata aiman bila kami dapat meluangkan masa bersamanya.... pagi tu celik mata, soalan pertama yg kelaur dr mulut aiman "mama tak keja???"... "tak, ari ni kan ahad. esok baru mama keja". ada senyuman terukir di bibir comelnya. aku dapat bayangkan betapa dia rasa gembira kalau aku ada di rumah sepanjang hari. hmm... anak ku, mama pun asyik sgt menanti saat2 di mana mama tak perlu lagi bekerja. kalau boleh mama nak bersamamu sentiasa...




petang tu balik dari jemputan kahwin, kami ke fountai dataran penggaram. hari selepas hujan, dataran dan rumput2 sekitar masih basah. tak ada sesiapa kecuali sebuah keluarga merakamkan gambar di fountain. selepas itu tinggalkan kami tiga beranak di situ. hmm... seronok. hari pun tak panas, redup sesejuk mata memandang. so apa lagi, dah bawa kamera, why not rakamkan detik2 kegembiraan aiman.
landmark bandar Batu Pahat




seronok aiman berlari2 sbb tak de orang kat sini. ni baru lepas jatuh tersungkur. baju ngan jeans kotor, tali kasut pun terbukak.

hidangan raya

dah lama nak post entry pasal hidangan pagi raya sama ada raya aidilfitri atau pun aidiladha. tp tiap kali raya je, tak sempat nak ambik gambar makanan. sedar2 je, makanan tu semua dah selamat dlm perut. kat periuk pun dah licin!



so, memandangkan raya haji tak lah sibuk mcm raya puasa, sebelum sarapan, better aku ambik gambar dulu. beza skit kat sambal goreng, slalunya kalo raya puasa, sambal goreng yg dibuat ialah sambal goreng tempeh, tauhu kicap. tp kali ni sambal goreng kacang panjang. raya kali ni tak de sape yg sanggup nak buat ketupat, so guna nasi impit je. mak cuma masak sambal kacang ngan ayam masak bombo. dua2 ni hidangan resipi keluarga yg kalo tak de, mcm tak best je raya. lain2 tu catering je. nak masak untuk hantar 10 buah rumah keluarga dekat2 sini, memanglah penat, tak larat.



ikut pusingan jam - nasi impit, sambal kacang, sayur lodeh, sambal goreng kacang panjang, ayam masak bombo, rendang daging dan serunding kelapa. semua ni hidangan wajib di pagi raya.

Friday, December 21, 2007

celoteh aiman

nenek pesta: cow cakap ape?

aiman: cow tak bole cakap

papa: bunyik cow camne?

aiman: moooo...

***************
aiman: mama, mama uduk bakang. epan sempit mama.

***************
mama: letak lah atas tu
aiman: tak bole mama... tinggi. aiman tak sampai

***************
aiman: sape beli kekmes (kismis), mama? papa beli??

mama: tak lah. aji beli.

aiman: tak mama. aji tak pandai beli kekmes. aji pandai beli mainan.

**************
mama: aiman nak masuk school tak? mama ngan papa keja. aiman kat school ade kawan.

aiman: kawan sape mama? ade abang?? ade kakak??

mama: ade. ade kawan ramai.

aiman: kawan ape mama??

mama: kawan aiman la.

aiman: kawan ape mama??

mama: ????.....

Monday, December 17, 2007

ZoO MeLaKa

ni aiman nak citer aiman jaln2 pi zoo melaka semalam ngan papa n mama. dah lama aiman dengar mama ajak papa bawak aiman pi zoo, tp papa tu asyik sibuk je. bila weekends, ade2 je aktiviti papa. skali tu last saturday tetibe je papa ajak pi zoo. aiman slalu cakap kat mama nak naik horse, bila tengok iklan A Famosa Safari kat tv. hmm... aiman akan make sure aiman dapat naik horse kat zoo!
aiman rase teruja bila tengok bird ni... cantiknye. lama aiman tenung bird ni. tengah syok layan, tetibe aiman terkejut bila ade sorg abg ni alih2 je cross depan aiman, jerit "MAKKK!!!..." hmm.. sabo je lah!
kat zoo ade banyak animal. best! papa suruh aiman pegang horse, eeeiiii.. aiman geli! takut aiman! tak nak lah. tapiii... bila aiman tengok ramai org naik horse, aiman nak sangat. ni lah impian aiman! dah lama aiman berangan nak naik horse tau, mcm dlm tv tu. so, aiman cakap kat papa aiman nak naik horse. aiman tak takut naik horse ngan papa. tp aiman kangkang besar2, jadi kaki aiman tak kena badan horse ni. aiman geli.
ni 'burung sarawak'. beso nye dia. mase papa ambik gambar ni, tiba2 burung ni berbunyik. eee... takut aiman.
ni pulak 'pak belang' tengah sleep kat padang. ala cam lagu yg slalu aiman tengok kat vcd tu, "pak belang, pak belang. pak belang cari apa? pak belang pak belang. pak belang cari angsa..."
papa, mama, aiman nak akelim.. penat aiman jalan. aoshhh..


nyum nyummm... best tau akelim milo ni. kat sebelah tu mama yg tengah kepenatan memeluk beg aiman.




ok, aiman dah nak balik. best pegi zoo. sebelum balik aiman nak posing dulu. penat, penat jugak, tetap kena control macho gitu!

Friday, December 14, 2007

hari raye???

al kisah last monday birthday bapak aku, so part nak bagi hadiah, dah siap2 ajar aiman cam ne nak cakap mase bagi nanti. aku ajar dia start dr beli je hadiah tu sampailah nak turun keta kat rumah. suruh dia cakap "selamat hari jadi"
sampai je rumah, aiman meluru masuk rumah.
"mama, aji dah sleep"
"kejut lah"
"aji, aji..."
"ni adiah aji."
"amat ari ayeee" (selamat hari raya) ROTFL
aduhhhh!!!.... bila mase pulak lah aku cakap HARI RAYA???





Monday, December 10, 2007

gemuk??

"ayg dah gemuk. cuba tgk kat cermin. pipi tu dah gemuk."
hahhhh??? almost 6 years married to this beloved man, baru ni aku dgr dia kata aku ni gemuk. ooohhh.... this is not good for me. hmm... abg, ade intention nak carik awek lagi ke??...
aku betul2 risau yg amat. selama ni dia tak de lah pulak komen2 figure aku ni, tp this time aku dah nampak cacat celanye di mata dia. huhhh... aku tak bole berdiam diri. must make something to make myself look gorgeous and sexy. mana bole aweks lain lagi 'delicious' dr aku! tak boleh, tak bolehhh.... bahaya nihhh...
so i made the first move asap. the day after he said that, i was on my diet again. promise to myself, makan cuma 1 sendok nasik sahaja sekali makan. have to say NO to nasik lemak during breakfast and no chewing2 kuih muih or biskut time ptg2. kalo nak pun, limited to 2 bijik kuih sahaja. so, during lunch hour break, aku pun pi kedai, beli milo ngan nestum. aku akan minum nestum secawan je time ptg2 nnt kat opis. hubby was in a big surprise when i told him that i bought that nestum and will on diet again. so he has no partner to makan2 kat kedai di malam hari, dah order nasik + tomyam + kailan ikan masin + telur dadar, still order lagi satay!. i'll accompany him, but just makan yg light2 aje. kalo makan nasik pun, limited to 1 sendok only. haaa... sape suruh komen2 bini dia ni gemuk??

Wednesday, December 05, 2007

Zaza tagged me

1. Name one person who made you laugh last night.
My son - Aiman.

2. What were you doing at 0800?
Just woke up from bed.

3. What were you doing 30 minutes ago?
Sorting docuemnts and chewing pineapple tarts.

4. What happened to you in 2006?
Gain weight. Dulu size S, but now M! Waist line sama mcm mase pregnant 3 mths.

5. What was the last thing you said out loud?
Nothing. Today me so soft spoken, ala2 perempuan melayu terakhir gitu.

6. How many beverages did you have today?
One – plain water.

7. What color is your hairbrush?
Orange.

8. What was the last thing you paid for?
Tudung bawal doremon.

9. Where were you last night?
At home.

10. What color is your front door?
Beige.

11. Where do you keep your change?
Wallet.

12. What’s the weather like today?
Raining.

13. What’s the best ice-cream flavor?
Chocolate.

14. What excites you?
Shopping, even a window shopping will do.

15. Do you want to cut your hair?
Not yet.

16. Are you over the age of 25?
… but below 30. (still nak rasa muda belia! heheh)

17. Do you talk a lot?
Yes.

18. Do you watch the O.C.?
No.

19. Do you know anyone named Steven?
No.

20. Do you make up your own words?
No.

21. Are you a jealous person?
Of course! There’s only ONE space in my heart for one person I loved. Can’t be replaced with anybody else.

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Asma.

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kerry (Khairiyah).

24. Who’s the first person on your received call list?
Hubby.

25. What does the last text message you received say?
Geram aku! (mengumpat pasal sorg bet*na yg gediks n getiks)

26. Do you chew on your straw?
No.

27. Do you have curly hair?
No.

28. Where’s the next place you’re going to?
Home for lunch.

29. Who’s the rudest person in your life?
Don’t want to think about them. Boleh blahhh!

30. What was the last thing you ate?
Pineapple tarts.

31. Will you get married in the future?
No and never.

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Nothing.

33. Is there anyone you like right now?
Hubby.

34. When was the last time you did the dishes?
Last month – raya dishes for marhaban. (nampak sgt le pemalas)

35. Are you currently depressed?
No.

36. Did you cry today?
No.

37. Why did you answer and post this?
have been tagged by zaza.

38. Tag 5 people who would do this survey.
Only one I know – mar. (masih stay low profile. ;) )

Tuesday, December 04, 2007

demam carik akal

a week off from office - minggu demam. aiman start bawak virus demam, jangkit ke mama ngan nenek. lepas 3 hari aiman demam, bawak dia pi urut, rupa2nye ade urat bersimpul kat bahu kanan ngan tangan kanan. hmm... lepas urut, alhamdulillah petang tu dia dah ok. demam urat rupanye. tp last sabtu, urut lagi skali sbb mase kitorg pi makan, aiman tido, bangun tu tetibe je dia kata kaki kiri sakit. bila pegang je kaki kiri, sakit. so, urut lagi. dlm last week je dah 2 kali kena urut. tu lah dia kalo taksub ngan ultraman & power rangers. kaki tu sakit sbb melenting2, jadi power rangers, ucu baru belikan dia topeng power rangers yg dia dah lama mintak kitorg, tp tak pernah dpt.
aiman pulak sejak lepas demam ni, mcm2 akal dia. pantang dengar word yg sensored, dia akan ulang. ni sbb ikut hubby pi bowling, lps tu ade lah member hubby yg dok cakap bod*h, lepas tu balik tu asyik lah sebut menda tuh! eeeiii... geram tul. ade jugak kena cili satu ari nih! dah tu sekarang ni kalo nak ape2, suke cakap, "nak satu, boleh???" dgn terang dan nyata, tanpa kepelatan.
skali tu aku mintak hubby belikan air kelapa. mase hubby nak turun dr keta, tetibe je aiman cakap "papa, pisang satu"... mase nak pop corn pulak, "mama, nak pop corn skit boleh??".... betul ke aiman nak beli pop corn??... dia jawab "iya lah, nak beli pop corn bolehhh???"
ade skali tu kitorg tengok drama kat tv, ade citer psl org nak bersalin. so aku pun terangkan lah yg dulu2 dia dlm perut aku, lps tu bila dah besar, dia pun keluar, mcm dlm citer tu. skali tu, one day mase aku demam, perut aku bunyik angin sbb tak makan, so aku pun cakap kat dia, perut mama bunyik angin. dia kata "perut mama sakit. ade baby kat dlm perut mama. baby nak keluar." hahahaaaa..... tak sangka dia boleh cakap cam gitu!
betul lah mak aku kata, aiman demam nak carik akal. hmm... lepas baik je demam, mcm2 menda baru yg di luar jangkaan. cuma nak toilet training dia je yg susah sgt nih. kalo buang air besar, pg2 dah bole pi toilet. tp kalo bab buang air kecik, jenuh lah tadah, tak kencing2, kembang kempis perut dia, tp tak keluar2. asyik dia kata "tak dapat mama"
tadi mase lunch pulak, dia citer kat kitorg "mama papa, tadi aiman dengar lagu mawi. mawi nyanyi CINTAAKUUU.." beriya2 dia melagukan perkataan 'cintaku' tuh. kitorg ape lagi, tergelak lah. tak sangka boleh dia nyanyi keluar perkataan tuh! actually, itu lirik lagu Iris, aiman suke sgt lagu tu sbb ringtone papa guna lagu tu, lps tu kalo tgk citer Iris, mesti dia pun ikut nyanyi sama. ish ish ishhhh... anak ku.
last week jugak start naik pejabat gomen, register utk masuk tender. dpt lah settlekan hal bisnes skit2 sbb dpt mc 3 ari, lepas tu sambung ngan leave 2 ari. tp sehari kena unpaid, cuti dah abis utk this year! uwaaahhh... so kena top up ngan mendapatkan projek tender. ishhhh... lari budget bulan nih!

Monday, November 19, 2007

hundreds of journey begins with the first step

alhamdulillah... my application to register my company with the Treasury under e-perolehan already approved. i'm lucky because they also gave me the taraf bumiputera. now i'm waiting for the license, they sent it by pos laju. tak sabo, tak sabo..
the first step is settled already. now have to move to another step - register my company with the government departments. have to take annual leave... i need at least 1 day off to round all the departments in bp. hahhh... i got only 1 day annual leave left. how? how? hmm... seems like i've to get mc. ohhh.... doctor, pls, pls... give me 1 day mc... pls, pls... do i need to pretend sick??... y not???
frens, pls pray that everything will go on smoothly for me to start this small business.. this is the biggest thing i'm gonna do in my life. i'm nervous. i'm trying very hard to always think positive.

Sunday, November 18, 2007

wangian kasih


... because I like the 'truth' - hubby's birthday present given in Oct.

... "red delicious"... thanx abg. gonna make myself 'delicious' for u. Couples








Thursday, November 15, 2007

mood

huhh.. looking at those below entries make me sickening. like dr fadzilah said, kemarahan boleh dikawal. kita kena kawal kemarahan. that's it. i'm practising it now. i don't bother about her anymore, she's invisible at my eyes. the more i think about her, the more stresss i'm. so better not let her spoil my mood and my life in this office. i've to keep on thinking that she's immaterial in my life. and now, i'm getting happier and happier... Happy
*****************
so much in my mind now... i'm tired n exhausted. Thinking
******************
times fly really fast. it's coming to the end of the year. just entering the no. 29 last sunday and trying very hard to catch the times to complete my mission.
no celebration on my birthday. just a wish from hubby. more than enough for me. hubby was busy with the exams and now busy with the coming bowling tournament @ sunway and nasyid competition this saturday, also will then busy with sukan wilayah in december. how i wish i'm as busy as him.





Tuesday, October 30, 2007

en. sentosa??

mcm mana nak spell nama en. sentosa?
sentosa?? ade ke org nama sentosa?? S.E.N.T.O.S.A.
i tak tau betul ke tak. hmm... tak pe lah. i takut salah.
5 minutes later....
ok. u call en. sentosa. betul nama dia en. sentosa.
Thinking ade ke nama cam tu???.. melayu ke jepun ni??
... later i found out that - en. sentosa is en. SETIAUSAHA @ Majlis Daerah
cehhh.... nasib baik check dulu fail. sabo je lah.





Monday, October 29, 2007

rase cam nak pecah dada ku ini....

address nak tengok mana??
ikut dlm cover letter. u ade buat cover letter tak??
ade. mcm mana??
mcm mana ape??
cawangan nak taip tak??
taip la. kalo tak, mana org tau u nak submit dept mana. kastam ade byk dept.
aaa... jab kastam diraja malaysia.... nak taip tak??
taip lah. kalo tak mcm mana posmen tau u nak hantar pd kastam??
ape ke bangang lah engko ni??... ko ingat ape?? cawangan industri tu kat jabatan bapak ko ke??

eh, knape tak boleh???....

ade ke patut dia tanye aku soalan ni masa dia cop tak terang. (yg aku bulatkan tu) lepas tu, dia cop skali lagi kat atasnye rupanye. aduhhh... sakit, sakittt.... sakit hatiiii.... mase tanye dia ape lagi yg dia tak tau khamis lepas, lepas brief dia psl keja ngan opis, dia kata, tak de ape. semua ok. tp knape ade lagi soalan2 sebod*h itu???.... tolong lah. aku dah tak larat dah ni. ngadu kat bos pun tak guna. bos aku jwb "kesian dia. dia balik pun lambat. pukul 7, kita semua dah balik, masih lagi tunggu kat bwh, tunggu mak dia dtg ambik. dia budak baru. memang mcm tu. lambat skit balaja."

SO WHATTT???..... kalo bangsa aku yg buat gitu, salah skit je, ko dah nak fire. tp bila bangsa ko lagi teruk, ko maafkan. soooo.... nak aku ajar dia smpi pandai???... sori la.. dah lah lembab. memang aku akan biorkan dia lembab slamanye. lagi byk dia buat salah, lagi bagus. bior bos aku tau ape kesalahan2 yg dia dah buat. dah bagitau pun tak ingat, baik tak yah bagitau. bior otak dia jalan skit, jgn malas nak pikir sendirik, harapkan org suap semuanye, naik lemak lah. gaji dpt byk, tp keja serupa aku yg buat. banyak cantekkk muke ko amoi oiiii....

Wednesday, October 24, 2007

"............"

ya allah, ya allahhhhh....... tak pernah aku jumpe manusia yg sebengong ni! mintak2 allah jauhkan lah aku dan anak cucu aku jadi cam manusia ni.
first time aku keja, aku pun zero. tak pernah tau ape2. even mesin photostat pun aku tak pernah guna. tp aku blaja samada org ajar, ataupun dr pemerhatian, tengok camne org lain buat atau pun try n error sendirik. last2 ape2 hal kalo kertas tersangkut ke, toner abis ke, aku dah boleh buat sendirik. gitu juga kalo bab keja, blaja sendirik, jgn nak tunggu org suap. tak paham, tanye. kalo org tanye paham ke tak, jawab ngan sejujurnya kalo tak paham, so that org boleh ajar kita sampai paham.
tp manusia yg sorg ni, tak tau aku nak describe. dah ramai staff aku train, t'masuk budak baru lps spm. tp tak de yg seteruk ni. slama ni kalo diorg tak paham, diorg akan tanye balik sampai paham.yg sorg ni, ntah le dr spesis mana, asyik menaikkan darah aku je. baik2 aku slalu kena low blood pressure, skrg ni aku agaknye dah kena high blood pressure pulak.
gini citernye ngan makhluk sorg ni.
ms tan kata barang rejek ni, utk barang yg beli mungkin dlm bulan julai. i carik import form julai, tp tak jumpe.
carik lah jugak bulan2 sblm tu. jun, u carik tak??
ade. tp tak jumpe.
so????.... u dah bagitau ms tan?
tak.
knape u tak bagitau dia???
sbb dia pun kata tak ingat bulan berape.
u kena bgtau dia yg u tak jumpe import form utk beli brg tu.
tp dia kata dia tak ingat bulan berape.
eeeiii..... DEGIL. yg ko bgtau aku pun, bukan aku keja kat kilang klien tu. ape kejadahnye??? dah tu tak nak ikut cakap aku pulak. lantak ko lah. kalo salah, ko jawab sendirik.
correction bulan april punye mcm mana??
mcm mana ape???
dah siap, nak buat ape?
knape??? u tak submit pd kastam??
tak. (sambil tersengih2 mcm kerang busuk)
knape tak submit? abis tu u buat lps tu simpan je, tak submit pd kastam??
tak. i tak simpan. ade atas meja.
abis tu buat ape i suruh u buat correction kalo bukan utk submit kastam?? semua rekod kan kastam simpan.
(diam. tersengih2 cam kerang busuk tgk muka aku)
astaghfirullahalazimmm.... ape ke bongok nye lah. punye lah dah lama aku suruh dia buat, agaknye dalam 2 bln lepas kot. baru skrg, tanye rekod2 tu nak buat camne. aku ingatkan dah selamatlah rekod tu sampai ke tangan kastam. aku bukan takat dah tinggi suara, tp punye lah geram sgt dan terkezut giler sbb rekod tak submit, sampai aku rase cam nak terpengsan je. slama ni budak2 sblm ni tak pernah pulak buat correction, lps tu peruk, tak submit. yg paling tak tahan tu bila aku tanye dia, dia simpan je, dia boleh jwb tak simpan, ade kat atas meja. memang lah tak simpan dlm file, tp kalo dah tersadai je atas meja tu, kira simpan jugak lah tu! bod*h tul lah!

Tuesday, October 23, 2007

1 & 2 Syawal 1428

Syawal kali ni sama je spt tahun2 lepas. Masih belum berkesempatan berjumpa dgn sedara-mara yg dtg pd raya ke-2 sbb ikut family hubby balik ke kg nyai. Tunggu je lah next year, kalo diizinkan Allah, dpt lah jumpa.


family mama

papa, aiman, mama

4 generasi - family mak


3 generasi - family mak

3 generasi - family hubby

4 generasi - family abah hubby


ni budak yg kegembiraan sbb dpt first duit raya pd pg 1 syawal

Wednesday, October 10, 2007

ring & beads

kebizian menjahit beads kat baju raya.. ade sepasang lagi yg masih menanti.. mudah2an siap lah hendaknya.




cincin hubby bagi utk replace cincin yg dia bg mase 4th love anniversary sometimes in 1996; yg kalo nak masuk jari kelingking, longgar sgt, tp bila masuk jari manis, ketat sgt. thanx abg. luv u so muchhh... muahhh...

Tuesday, October 09, 2007

otromen, raksasa

mama, akittt.... uishhhuishhh... adoiii..
tu lah, lain kali kalo jalan, pimpin tangan papa. camne boleh jatuh? aiman langgar ape??
akcace olak. (raksasa tolak)
tolak sape??
otomen. akcace olak otomen. otomen atuh. arah. edih. (otromen. raksasa tolak otromen. otromen jatuh. darah. pedih)
hmmm.... mama start risau semula. asyik2 otromen, raksasa. jgn sampai nanti mama betul2 jadi RAKSASA!

Friday, October 05, 2007

pose

di meja makan, waktu berbuka....
"mama, papa, nak beli thomas & frens.. nak mama, nak beli.."
"haaa??... dah beli lori simen, nak thomas pulak?? mama dah tak de duit.
"nak mamaaa... nakkkk...." sambil merengek2, dah start keluar air mata.
"kan mama cakap, kalo pakai pampers lagi, mama tak nak belikan thomas. jangan harap!"
"mamaaa... nak thomasss.... nakkkk...." dah buat perangai dah.
"dah. dah. nanti mama belikan. aiman makan chicken ek??" nenek pulak mencelah
"NANAK. ACE!"
HAHAHAAAA...... semua org ketawa. slalu bila tanye aiman pose ke tak, mesti jwb tak. ni tetibe je pose. org dah buka, dia pose pulak. last2 aiman pun ketawa skali. hilang merajuk. lepas tu aiman pun makan chicken. nenek tanye aiman
"eh, aiman dah buka ek??"
"ha ahhh..." sambil angkat2 kening.

Thursday, October 04, 2007

loya

UWEKKKK!!!.... UWEKKKK!!!.....
tekak kembang. perut rase memual2. loya tekak. rase air liur yg ditelan pun, semacam je. kepala jadi pening.
korang ingat knape?? ape dah jadi ngan aku?? pregnant ke aku?? teka lah, teka lah....
hehehe.... aku tak pregnant la. syukur kalo allah nak bagi aku rezeki. jadi knape pulak aku berkeadaan sedemikian??
pg tadi aku rase perut aku memulas2, selain dr aku dah mula rase tak comfortable sbb period, so aku pun nak ke toilet. tp toilet yg cangkung tu ade org. so, aku jengah dr luar toilet duduk kat sebelah. nampak very clean. so, aku pun siap2 tadah air kat sink dapur, nak angkut masuk sbb tangki toilet ni dah seminggu rosak. tp bila aku melangkah masuk je, tengok2 ade something kat dlm lubang toilet tu. ade something cam buih terampai2, n then kaler air nye kuning kecokelatan. eeeiiii... automatik tekak aku kembang, loya, memual2. so aku pun tahankan aje lah hajat nak membuang. even aku dah ambik sebaldi air, aku tak jirus pun toilet tu sbb aku terbayang kalo aku jirus, sure air dlm tu membuak2 mengeluarkan sesuatu yg lebih dahsyat. tak pasal2 aku terpengsan kat dlm tu pulak!
biasalah, kat opis ni aku lah org yg akan kecoh2 bila toilet kotor. so, setelah dibuat post mortem (betul ke aku eja nih??), maka kitorg dpt membuat satu conclusion - ade seseorg yg berkepala hitam, mempunyai tempurung kepala, tp yg kesiannye dia tak mempunyai otak, jadi dia tak ade akal, telah memuntahkan isi perutnye yg terdiri drp air carlsberg ke dlm mangkuk toilet itu! yg kemudiannya baru lah dia sedar flush tak berfungsi ketika dia cuba utk menghilangkan bukti2 yg dia telah mabuk2 di opis ini. oleh kerana dia tak berotak, maka dia tak ade inisiatif spt mengambil sebaldi air utk disiram ke dlm toilet itu. atau pun, mungkin juga dia sememangnye pemalas dan pengotor. maka, terkantoi lah aktiviti tak bermoralnye. alasan ini lebih kukuh apabila 6 bijik botol carlsberg yg kosong telah ditemui di sebuah bilik network di opis ini. soooo... sape punye keja lah ni agak2nye??... mesti lah salah sorg bos beserta ngan member2 nye!
mase operasi membersih dilakukan oleh kak H, tetibe si bos kecik menjengah dan berkata "tak pe. i ade cara nak bersihkan.", sambil tersengih2. persoalannye: adakah DIA si pelakunye???.....

Monday, October 01, 2007

makan, makannn...

hv been tagged by zaza... minat pd makanan dah berkurangan skit sejak aktif berdiet ni. bulan pose makan nasi sekali je. itu pun lepas terawih. buka makan yg ringan2 je. hasilnye memang menakjubkan. jeans lebih longgar, sampai terpaksa pakai belt.

btw, tag zaza ni membuatkan nafsu makan skit2 wujud semula. hmm... mcm kena carik lah pulak ptg nnt.


NAME 5 FAVORITE FOOD THAT YOU FEEL LIKE HAVING NOW

1. Black Paper Lamb Chop (yummmyyy…)
2. Martabak Singapore (the one yg kat sebelah Petronas Muar)
3. Sup Kambing (at least once per month. tak pekena, rase tak complete idup nih!)
4. Mee Racun Bonesteak (dah lama sgt tak makan ni…, cicah roti pun best)
5. Nasi Tomato (yg bapak masak. org lain masak, even mak pun tak sesedap tu. hmm… patut curik secret recipe bapak, commercialise kan, bole untung kot?? )

NAME 5 FOOD YOU WOULD LIKE TO HAVE FOR BREAKFAST IF YOU COULD

1. ubi rebus + sambal tumis ikan bilis + ikan terubuk masin (dah terase2 pedas sambal tumis tu kat lidah sekarang ni)
2. cempedak goring (terbau2 pulak wangi cempedak tu)
3. nasi lemak (the one yg my mom cook. sambal tumis ikan bilis + fish ball)
4. lempeng + sambal ikan bilis cili padi (boleh meleleh air mata kalo makan. pedas tapi sedaappp…)
5. pisang goreng (cicah sambal kicap. nyum nyummm…)

NAME 5 FOOD YOU WOULD MOST LIKELY BUY FOR BERBUKA TODAY

1. Ayam Percik (this craving start bulan pose this year)
2. Popia Sambal (tak bulan pose pun, memang feveret)
3. Putu piring (mana nak carik ni???…)
4. Nasik kerabu kaler biru (tp tak nak solok lada (betul ke namanye ni??.. teringat mase kat serdang dulu, ade ulat besar dok bertapa kat dlm tu)5. Tuka bakar (ratah pun sodaappp….)

Friday, September 28, 2007

Wajah Aiman

Thursday, September 27, 2007

mulut non-stop

ni ape ni, mamaaa???.... mama, ape ni???...
bangunan.
unan ape, mamaaa???
pejabat, opis
abat, opishh... abat ape, mamaa???
pejabat tanah!
oooo.... abat anah! (hmm.... mcm paham!)
....................
kita nak egi ane mama???
nak pegi summit.
ooo... amit. nak eli ape mama???
nak beli langsir nenek.
nenek ikut mama??
tak.
..................
nak ikut mama tak?
nak egi ane mama???
nak pegi rumah auntie.
ooo.... nak amik murma. epan umah auntie, amit. aiman nak pegi amit, mama. (nak ambik kurma. depan rmh auntie ade summit.)
nak buat ape???
nak eli oli acir, elitopter. (nak beli lori pasir, helikopter)
mama tak de duit. papa pun tak de duit.
aiman, umpul uit. anyak2. nak eli oli acir, elitopter.
.............
mama, jom acak2. mama adik akcace. aiman adik otomen. (mama, jom gasak2. mama jadik raksasa, aiamn jadik otromen)
mama jadik otromen lah. aiman jadik raksasa.
noooo.... aiman otomen. otomen uwat. (otromen kuat)

Wednesday, September 26, 2007

aiman & puasa

)aiman puasa tak??
takkk.... aiman cicik, ecar oce. hmm... aiman cicik. (aiman kecik. besar baru puasa.)
..............
mama ngan papa tak leh dokong aiman. mama ngan papa puasa. kalo mama ngan papa dokong aiman, nanti mama ngan papa pengsan.
mama... nak kokong. (nak dokong)
dokong???
takkk... mama, papa oce. mmm... anti mama, papa engcan. aiman aik oller. (tak. mama, papa puasa. nanti mama papa pengsan. aiman naik stroller.)
.............
mama, papa.... nak akan eci. nak? nakkk???.... (nak makan kfc)
mama ngan papa kan puasa.
oyeh akan... oyeh inummm.... aiman??... aiman tak oce. aiman nak akan chiken. jommm...(tak boleh makan, tak boleh minum. aiman tak puasa. aiamn nak makan chicken. jom.).
amboi, amboiiii... jadi, mama ngan papa tengok aiman makan chicken je ke??? aiman makan sorang2???
ha ahhh... (sambil angguk2 kepala, tersengih2)

Wednesday, September 19, 2007

sequel kurma

dah lebih 2 minggu bisnes kurma aku berjalan. alhamdulillah smooth. sales this year nampknye cantik dan memberangsangkan. jangan tanye untung brape sbb untung memang tak seberape. aku bukannye main supplier. tp yg penting kepuasan yg aku dapat, tak dapat nak digambarkan. i always dream to be a businesswoman one day. so even bisnes ni "ape lah sgt" bg org2 lain, tp bagi aku bisnes yg kecik ni amat besar maknanye dlm hidup aku. even kecik, tetap terasa penat fizikal n mental n i really enjoy doing it. bukan sbb untung, tp sbb kepuasan yg dirasai.
drp bisnes yg kecik ni aku blaja manage financial n stok aku. slama ni aku buat utk klien2 aku, tp skarang ni aku rase gembira sbb aku boleh buat utk diri sendiri. walaupun tak melibatkan ribu riban, tp financial management mmg penting, even kita jual goreng pisang kan. silap manage, duit modal ngan untung abis semua skali. at the end of the day, habuk pun tadak. maka, terapply lah skit sebanyak ilmu accounting aku slama ni.
ati rase gembira je bila stok yg ade, makin ari makin skit. bila stok dah abis, pening pulak bila ade org order, stok tak de. terpaksa pulak nak menambha stok, maka timbul lah persoalan brape banyak yg nak dibeli. kalo beli skit, takut tak cukup, kalo beli banya, takut tak abis pulak. pening, peninggg.... bila stok dah beli, kerisauan mula melanda sbb takut tak abis. gitu lah, berpusing2 situasi yg sama. naik pusing kepala aku ni.
btw, i got plan for next year if this year sales ade potential market. bergantung jugak pd sales representative (bunyiknye gempak je kan?? heheh) yg ade sekarang, nak buat lagi utk next year ke tak. mana tau satu ari nanti aku boleh jadi cam yusuf taiyoob kan???.. hehehee... (tinggi sungguh angan2 cik kak sorg ni!)
alhamdulillah atas nikmat mu ya Allah... walaupun amaunnye skit, tp nikmat dan keberkatan drp setiap sen yg ku perolehi amat aku syukuri.
i'm trying very hard to think +ve. abaikan semua cakap2 yg -ve supaya aku boleh sampai ke kemuncak. buat mase ni, brape amaun keuntungan yg aku dapat, tak penting. yg penting aku ade untung, tak rugi. aku sedang membina tapak utk mase depan. target aku nak survey market, nak survey demand. so, kalo in the future korang tengok aku still the same, tak jadi2 lagi saudagar kurma, jangan lah korang gelakkan aku pulak. aku sedang mencuba dan berusaha. tp yg menentukannya, Allah jua.... doakan aku berjaya.
aku amat berterima kasih atas dorongan dan semangat yg diberikan kawan aku yg seorang ini dlm aku menjalankan bisnes kurma ni. dlm diam, dia menjadi sumber inspirasi aku. terima kasih juga pd hubby yg bg dorongan dan sokongan dari segi fizikal (angkat kurma) and mental. juga pd aiman sbb jadi peneman setia tiap kali ambik dan hantar kurma. sesungguhnye bisnes ini mungkin immaterial pd org2 lain, tp amat besar dan agak sukar bg org yg kecil tp berhati besar spt aku.

Tuesday, September 18, 2007

otromen pulak

hilang kisah cicakman, aiman fanatic ngan spiderman... at last aku dah sembunyikkan vcd citer tu. alih2 timbul pulak otromen. asyik tengok citer ni je kat tv. sekarang ni aiman dah tak minat thomas & friends ke ollie ke.. tp minat kat power ranger n otromen. bila tengok otromen, dia pun ikut buat ape yg otromen tu buat.
.... dlm keta....
aiman iyak ke???
takkkk....
lepas beberapa saat....
papa, papaaa... otromen iyak!
haaa???... otromen iyak??... bkn aiman ke??
bukannn... otromen iyak
sebenarnya dia, tp dia kata diri dia tu otromen, bkn aiman. sabo je lah.
.... kat kedai jam...
aiman nak jam tak? ade spiderman.
nanak. nak jam... nak jammm... nak jam... (sambil pikir)
jam ape? batman?
tak
power rangers??
bukan
abis tu ape??
hmm.... jammm.... otomen!
huh. nasib baik ade. mama ngan papa pun tak perasan ade ke tak. nasib baik ade. lain yg org offer, lain yg dia nak.

Tuesday, September 11, 2007

kurma

aku ade penyakit baru - pening2 lalat. sakit ni start sjk last 2 weeks.
ni baru kecil-kecilan... belum lagi jadi 'saudagar kurma'... harus aku kena tanam pokok kurma sendirik!
selamat menyambut ramadhan al-mubarak ari khamis ni... makan kurma, ingat yusuf tayub. ingat yusuf tayub, ingat2 lah aku ek???...
diharapkan dgn sekotak kurma yg aku jual, akan datang keberkatan dan rezeki utk setiap kurma yg dimakan... insyaallah

Friday, September 07, 2007

depan

aku tengah pikir......

"MAMPUKAH APA YG KITA BINA HARI INI MEMBAWA KITA KE HADAPAN?" - Iklan Petronas

jika satu ari nanti aku 'bebas', tak perlu lagi bergantung ngan org lain, mampukah ape yg aku buat selama ni membawa aku ke hadapan???... Thinking








Thursday, September 06, 2007

si bong*k

againnnn... i wanna blog bout this bong*k amoi.... i'm blogging with full of emo today. tensen, tensennn... so ape2 bahasa kasar yg terkeluar kat sini, aku just nak lepaskan tensen ni je, ok???
last month, aku dah ajar camne nak baca kastam form no. 1 & 2. dah 2, 3 kali gak lah dia key in figure form tu. tp ni still tanye lagi. tak tau mana satu amount yg nak kena ambik. tadi pg, aku pass invoice kat dia utk key in. guess what??.. dia tanye aku mana form kastam 2??... dia carik no. kastam 2 (export form) kat dlm invoice, sedangkan invoice tu utk sales jual kat customer dlm malaysia! giler hape???....
aku pun explain, there's no export for this company. so, no kastam 2. only local sales, that's y got invoice. then she asked me "nombor invoice nak letak yg mana???" WHATTTT???!!!!..... "knape ngan no. invoice??" dia terdiam, tenung invoice tu. tak kan mana satu nombor invoice pun tak tau! boleh sakit jiwa aku tau. last month dah pernah key in invoice, even utk company lain, rupe bentuk berbeza, tp particular n details invoice kan semua sama je! how come she still doesn't know how to read the document???
how to prepare a full set of acc if the first step - documentation pun tak tau nak read???... tp ade LCCI. even that's only a cert, tp i'm sure she should know the basic. ni, bdk form 4 pun dah blaja how to read an invoice. which one is the number, date, amount, quantity etc. even know who is issuing n to whom. aku dah tak larat. tak koser nak layan dia ni.
ade ke carik file yg kes dia buat, kat dlm bilik aku ni???... ape kejadahnye aku nak guna file yg tak de kena mengena ngan kes yg aku buat???.... beng*ng betul lah!
cam ni cam ne nak bagi confirmation??.. keja nak kena suruh one by one. tak tau tanye, bukannye diam. dah lah sombong, bod*h plak tu! mana lah tak bong*k jadinye!
ya allah, ampunkan lah keceluparan mulut ku ini... No





Wednesday, September 05, 2007

panahan cicakman

Dulu-dulu:
aiman nak jadi ape???
cicakman.
nak jadi APE???...
nak adi CICAKMAN!
even kalo kita marah dia pun...
AIMANNNN.... nak jadi APE NIIII???!!!.... Grrr
CICAKMAN!
Crazy
Since last sunday:
mama nak pi keja ni. bye.
aiman??.. aiman nak gi jije.. kat ban (aiman nak pi keja, kat bank)
keja jadi ape??
adi BOSS!!...
alhamdulillah... naluri keibuan aku sungguh risau bila sblm ni aiman asyik kata nak jadi CICAKMAN. ajar suruh cakap jadi dokter ke engineer ke... ape2 lah asalkan bukan CICAK. dia tak nak. sampai lah ari ahad lepas, mase ikut hubby singgah opis, aiman sibuk kata dia pun nak keja kat tempat keja papa. so, aku ok kan aje. BUT he must be the BOSS!!... bukan kuli cam mama ngan papa dia ni! start from that day, dia ari2 cakap nak keja jadi bos! Thumbs Up lega... lega...
hmm...cam tu lah anak mama! kalo nak jadi CICAKMAN, maknanye aiman nak jadi anak si apek senario tu! anak mama kan ke orang, bukannye cicak!