
......tiada kata yang dapat diungkapkan bila melihat kegembiraan di mata aiman bila kami dapat meluangkan masa bersamanya.... pagi tu celik mata, soalan pertama yg kelaur dr mulut aiman "mama tak keja???"... "tak, ari ni kan ahad. esok baru mama keja". ada senyuman terukir di bibir comelnya. aku dapat bayangkan betapa dia rasa gembira kalau aku ada di rumah sepanjang hari. hmm... anak ku, mama pun asyik sgt menanti saat2 di mana mama tak perlu lagi bekerja. kalau boleh mama nak bersamamu sentiasa...



petang tu balik dari jemputan kahwin, kami ke fountai dataran penggaram. hari selepas hujan, dataran dan rumput2 sekitar masih basah. tak ada sesiapa kecuali sebuah keluarga merakamkan gambar di fountain. selepas itu tinggalkan kami tiga beranak di situ. hmm... seronok. hari pun tak panas, redup sesejuk mata memandang. so apa lagi, dah bawa kamera, why not rakamkan detik2 kegembiraan aiman.

landmark bandar Batu Pahat







seronok aiman berlari2 sbb tak de orang kat sini. ni baru lepas jatuh tersungkur. baju ngan jeans kotor, tali kasut pun terbukak.

No comments:
Post a Comment