Wednesday, August 31, 2005
31 Ogos...
Saturday, August 27, 2005
Strategy Part II
Startegy Part I
Friday, August 26, 2005
Mase kecik Vs Dah Besar...
Thursday, August 25, 2005
Thursday
Aku: ??????.....
Bos: Sunday... Monday.... Tuesday... eh, panggil ape?
Aku: (oh, nak tau Khamis in Eng) Thursday.
Bos: Ha... bgtau dia, Thusday I datang sana.
Wednesday, August 24, 2005
Kuih
Tuesday, August 23, 2005
Blurrrr....
Saturday, August 20, 2005
Thursday, August 18, 2005
Present
Wednesday, August 17, 2005
Gelap
Monday, August 15, 2005
Contest

Saturday, August 13, 2005
Opsss....
Friday, August 12, 2005
Keja time cuti
Thursday, August 11, 2005
Awek scooter
Wednesday, August 10, 2005
Selamat Bertunang
Setia
Semenjak kau di sisiku
Segalanya berubah
Hidupku penuh bermakna
Kau tunjukku ertinya cinta
Kuinginkan kasih sayang
Dari dirimu selalu
Siang malam hanya untukmu
Kaulah satu-satunya
Kekasihku
Aku cinta padamu
Seumur hidupku
Kanku setia pada
Janji suci kita
Ke akhir hayat
Kanku setia padamu
Tenang jiwaku ini
Damai duniaku bagaikan syurga
Bila kau ada
Hidupku ini sungguh indah
Kau tunjukku ertinya cinta
Vokal: Naufara
Lagu/Lirik: Iman Wan
** Kalau dah jodoh, tak ke mana. Semoga bahagia selamanya....
Monday, August 08, 2005
Juara AF3
Walaupun ada minority group yg tak suka Mawi, tapi group kecik ni tak mampu nak menewaskan majority votes. Besar sgt beza % vote Mawi nak dibandingkan pelajar2 lain. Itu lah yg dikatakan Mawi ada aura +ve. Biasalah kalau ade yg tak suka sebab Siti Nurhaliza yang dianggap perfect pun, ada yg tak suka. Ini kan Mawi, pendatang baru.
Aku pelik lah tengok orang dok komen2 Mawi menang. Konspirasi lah kononnye. Kalau pun Mawi menang tu one of the Astro's strategy, yg kita dok 'layan' jugak buat ape. Still sanggup perabis duit voting. Pasal dia menang vokal n persembahan terbaik, dah peminat vote dia, menang lah. Orang kalau dah suka, ape pun nampak bagus n baik. Pada aku, Mawi patut jadi belia contoh sebab dia ni tak de imej Rock ke, Hip Hop ke, Rap ke... Imej bersih cam tu memang bagus untuk belia yg sekarang ni suka sangat berambut panjang, dye kaler merah, kuning, biru; bersubang, bertindik dan mcm2 lagi lah yg dah jauh dari budaya Melayu kita. Mayb ini lah salah satu sebab Mawi diminati oleh semua lapisan masyarakat.
** Ape pun, aku suka sgt lagu Aduh Saliha.. lagu2 M. Nasir memang best!
Semut merah
Teringat kaki kanan aku bengkak sebab kena gigit banyak semut merah. Mase tu aku tinggal kat Tmn Sri Serdang. Malam tu aku p 7Eleven, tak ingat plak aku nak beli ape. Aku jarang keluar malam, tp ntah nape malam tu aku gatal keluar plak. Turun je dari keta, aku terus menonong nak masuk 7Eleven. Kalu tak silap, mase tu aku tengah cakap kat hp. Tu yg mata ke lain tu. Tetibe rase something merayap kat kaki. Bila aku tengok, dah banyak semut naik ke kaki. Aku ape lagi, nak menjerit, tp nasib baik sempat kontrol sebab ramai orang. Nak tak nak, tahan je lah. Aku hentak2 kaki. Dah tu cepat2 masuk keta. Balik rumah. Sampai rumah, aku tengok kaki dah merah. ape lagi, satu kaki bengkak.
Esoknye p keja, pakai selipar. Jalan terdengkut2. Selipar pun ketat sebab kaki dah bengkak sangat. Pagi tu terus p klinik. Nasib baik tak de ape. Tp berhari jugak lah sakit dan gatalnye...
** Moral of d story : Kalau jalan, jeling2 skit kat bawah... Tengok2 ape yg ade...
Sunday, August 07, 2005
Expo...
Sampai je kat Dataran BP, hati dah berkobar2 nk turun. Dah lama tak p ekspo cam ni. Dulu mase dok kat KL, slalu p Mega Carnival kat Bkt Jalil. Baru jalan tak sampai suku, tetibe "Ehek... ehek..." Alamak, dia dah buat dah. Patut lah, dalam keta tadi dah brape kali menguap! Nak tido lah ni... Leceh betul. Hubby plak dokong. Makin lama, nangis makin kuat. Muka hubby dah semacam, bengang kat orang ramai. So, sebelum dia start perform high tone dia, better kitorg blah... Hmmm... nak buat camne, cancel je lah plan nk jejalan kat ekspo!
Masuk je keta, Aiman terus tido. Nyenyak betul. At the end, kitorg p rumah parents hubby je. Itu pun, masuk je dalam rumah, Aiman dah menjerit. Yang pelik tu, dekat je pintu, nak keluar rumah, terus senyap. Siap boleh gelak2 lagi bila dah kat luar! Ishhh... last weekend pun cam ni, tak nak masuk rumah makcik aku. Bila keluar je, dia gelak. Geram betul lah.... dah pandai berlakon!
Friday, August 05, 2005
13th Love Anniversary
Aku kenal hubby mase kitaorang Form 2. Banyak sangat kenangan yang mencuit hati nak diimbas mase tu. Maklumlah first time bercinta, rase dunia ini ana yang punye! ;)... Mase tu kat BP ni belum ade GSC lagi. Yang ade, Cathay, Rex and Odeon. Zaman aku bercouple dulu, time filem Sembilu, Putera, Kekasih Awal & Akhir... Kalau keluar, mesti ramai-ramai. Ingat lagi first time naik motor ngan hubby, dia pakaikan helmet... Mase tu aku rase bangga giler.. Maklumlah dilayan bagai Puteri! heheheee...
Dulu2 tak de sms ke e-mail. Yang ade, cume telefon ngan surat. Mase tu aku banyak sangat koleksi writing pad yang wangi-wangi. Even envelope pun colourful. Surat bukan setakat sehelai dua, tapi berhelai-helai. Dah macam cerpen! Hubby pulak akan call selang 2 ari. Antara pukul 9 - 9.30 mlm sebab time sekolah, pukul 10 mlm, aku dah tido. Tiap kali gayut 15 min je. Itu pun dah cukup. Janji dapat dengar suara.
Cinta, cinta jugak....even aku masih sekolah, aku tetap tak lupe study tau! PMR still score 8As.. Dok kat TKC seminggu, aku balik sekolah biasa sebab homesick. After SPM, aku masuk matriks kat KMS, S'ban. Itu lah first time berpisah ngan hubby. So, tiap-tiap hari call, sehari 2 kali, petang n malam. Public phone kat kolej tu dah macam aku yang punye. Mana taknye, everyday pukul 8 je, sure dah terpacak, q nak call. Mula2 call mak, after that call hubby lak. Lama skit, hubby bagi handphone untuk aku guna. So that, aku tak yah susah-susah q. Mak aku pun boleh call aku skali. (Mase tu handphone NEC, besar giler, berat. Aku the only student yang ade handphone kat kolej tu! So, aku pun secara tak langsung terglamor!) tiap2 hari dapat surat daripada hubby. Bukan pakai pos biasa, tapi pakai kurier. Kadang2 dapat phone card skali. Pernah gak dapat hadiah. Seronok giler masa tu.
Dipendekkan citer, kitaorang tunang mase besday aku tahun 2000. Hampir 2 tahun tunang, kitaorang kawin, after kenal 9 tahun 9 bulan. And baru last April, aku bersalinkan Aiman. Tak sangka, cinta zaman kanak-kanak kekal hingga ke hari ni. Until now, kitaorang dah sharing separuh daripada usia hidup ni. Aku harap cinta ini akan terus kekal hingga ke hujung nyawa.
** Buat Abang... love u so much, more than words can say...
Thursday, August 04, 2005
PHD...
Buat ape lah nak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang. Aku rase orang jenis ni memang jeles n jaki sebab betis di sebalik kain kita ni cantik, gebu... sedangkan diorang punye tu berkudis, berkurap; macam hati diorang!
Aku sebenarnye malas nak layan orang-orang yang cam ni, maklumlah, otak diorang ni aku rase dah tak betul. Atau dengan kata lainnye, diorang ni ade mental problem. Nanti kalau dilayan, aku pun jadi cam diorang plak. Ishhh.... aku ade maruah diri, tak nak lah buat menda2 yang menunjukkan kebodohan diri sendiri. So, oleh kerana aku masih boleh sabar, aku akan diamkan je sampai satu masa nanti, aku dah tak boleh tahan, baru diorang tau sape aku!
One thing, aku takkan biarkan orang musnahkan hidup aku senang-senang gitu je.... Aku yakin Allah akan balas balik kat orang yang PHD ni... mudah-mudahan semakin banyak bilangan PHD dia kat aku, semakin banyak jugak rezeki aku... Insya-Allah....
** Untuk korang yang ade PHD ni, yang tak senang tengok aku senang, Allah akan balas ape yang korang dah buat kat aku.... so, TUNNNGGGUUUU....... ;)
Wednesday, August 03, 2005
Sehari di opis....
8.34 pg: park keta. Ishhh... opis belum bukak lagi! Punye lah kelam-kabut. Penat je... Eh, Francis n Ms Lee dah datang. Opis dah boleh bukak. Cepat2 turun. Tengok2 diorang pun terpacak kat depan pintu. Hmmm... sah masing-masing tak de kunci. Kunci tak ade????.... Kalau diisytiharkan tak keja kan ke bagus! Bertuahnye! Sejam berdiri, tukang kunci sampai. Keja jugak akhirnye....
2.45 ptg, nak ambik air. Tengok2 air dah abis. Tukar air, skali ternampak ade semut kat dalam, dok terapung2.. ishhh.... dah lah berat, sesia je ngangkat. Cari2 no. tel kat buku, ternampak - "Water".
Terus dail. "Ini Stead Fast ke?"
"Nak cakap dengan sape?"
"Nak call company Stead Fast"
"Ini SAJ (Sykt Air Johor)"
"Opsss... soriii..."
At the end, tanye 103.
Ape??? Tak ade orang nak hantar air? Kena ambik sendiri? Masing-masing dah haus ni. Nak tak nak, p ambik kat kedai. Beratnye nak angkat 1 tong air, naik opis! Semput! Berpeluh-peluh!
5.57 ptg: Bila nak balik ni???? Bila la nak pukul 6 ni???? Lambatnye.....
Tuesday, August 02, 2005
God gave me what I asked for...
Monday, August 01, 2005
Awan Yang Terpilu...
Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar
Melintas laut
Mencari pohon
Untuk berteduh
Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih
Paling setia
Sepasang sayap
Tak terlihat
Umpama mimpi
Yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan
yang terpilu
Puisi ini
Tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadamu
Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa
Dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari keadaanku
Yang memujamu
Nyayian: Ning Baizura
** Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya; dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindui sehinggalah ia datang... - drp fw e-mail.



