Friday, August 05, 2005

13th Love Anniversary

Dah 13 tahun aku kenal hubby. Kiranye today is our 13th love anniversary. Sekejap je masa berlalu. Banyak sangat dugaan sepanjang 13 tahun perjalanan. Ingat lagi mase 4th anniversary, hubby bagi cincin emas. Cute je cincin tu, ade 3 bijik loves. Beli kat Poh Kong Center Point, Seremban sebab mase tu aku matriks kat Kolej MARA Seremban. Sampai sekarang cincin tu still ada, still boleh pakai. Cuma, sejak pregnant dan lepas bersalin ni, cincin tu dah tak muat kat jari manis, kena pakai kat jari kelingking pulak.

Aku kenal hubby mase kitaorang Form 2. Banyak sangat kenangan yang mencuit hati nak diimbas mase tu. Maklumlah first time bercinta, rase dunia ini ana yang punye! ;)... Mase tu kat BP ni belum ade GSC lagi. Yang ade, Cathay, Rex and Odeon. Zaman aku bercouple dulu, time filem Sembilu, Putera, Kekasih Awal & Akhir... Kalau keluar, mesti ramai-ramai. Ingat lagi first time naik motor ngan hubby, dia pakaikan helmet... Mase tu aku rase bangga giler.. Maklumlah dilayan bagai Puteri! heheheee...

Dulu2 tak de sms ke e-mail. Yang ade, cume telefon ngan surat. Mase tu aku banyak sangat koleksi writing pad yang wangi-wangi. Even envelope pun colourful. Surat bukan setakat sehelai dua, tapi berhelai-helai. Dah macam cerpen! Hubby pulak akan call selang 2 ari. Antara pukul 9 - 9.30 mlm sebab time sekolah, pukul 10 mlm, aku dah tido. Tiap kali gayut 15 min je. Itu pun dah cukup. Janji dapat dengar suara.

Cinta, cinta jugak....even aku masih sekolah, aku tetap tak lupe study tau! PMR still score 8As.. Dok kat TKC seminggu, aku balik sekolah biasa sebab homesick. After SPM, aku masuk matriks kat KMS, S'ban. Itu lah first time berpisah ngan hubby. So, tiap-tiap hari call, sehari 2 kali, petang n malam. Public phone kat kolej tu dah macam aku yang punye. Mana taknye, everyday pukul 8 je, sure dah terpacak, q nak call. Mula2 call mak, after that call hubby lak. Lama skit, hubby bagi handphone untuk aku guna. So that, aku tak yah susah-susah q. Mak aku pun boleh call aku skali. (Mase tu handphone NEC, besar giler, berat. Aku the only student yang ade handphone kat kolej tu! So, aku pun secara tak langsung terglamor!) tiap2 hari dapat surat daripada hubby. Bukan pakai pos biasa, tapi pakai kurier. Kadang2 dapat phone card skali. Pernah gak dapat hadiah. Seronok giler masa tu.

Dipendekkan citer, kitaorang tunang mase besday aku tahun 2000. Hampir 2 tahun tunang, kitaorang kawin, after kenal 9 tahun 9 bulan. And baru last April, aku bersalinkan Aiman. Tak sangka, cinta zaman kanak-kanak kekal hingga ke hari ni. Until now, kitaorang dah sharing separuh daripada usia hidup ni. Aku harap cinta ini akan terus kekal hingga ke hujung nyawa.

** Buat Abang... love u so much, more than words can say...

5 comments:

Anonymous said...

mesti kecik je jari manis ko masa tu ek...takpe, ada la reason nak beli kena beli cincin baru

Xura'Z Craft said...

cincin aku saiz budak. bila dh jd mak bdk ni, saiz dh bsr skit.

Anonymous said...

huhuhu....kak wa~!!
sejak jadik mak budak ni...
saiz da ++ sket ek... ;p
btw, syahdu+romantik sungguh blog anda yang ini...

Xura'Z Craft said...

rina: nk slimkn perut yg boroi! nk nmpk cam anak dara lg...

Anonymous said...

Keep up the good work 10$ month cell phone plans Ferrari replica kit car locking license plate frames Color percription contact lenses saab 9 3 Cadillac sts ipod Us tournment poker saab sunroof motor 2006 lexus lx470