Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-48....
Korang dah pasang jalur gemilang? Td aku dah pasang untuk opis. Hmm... macam tahun2 lepas, aku je lah tukang pasang jalur gemilang. Bukan diorg yg lain ni tak leh buat, tp saje malas nak buat. Dah buruk pun kaler jalur gemilang tu. Dah pudar. Dah tak cantik. Dah bertahun2 digunakan, tak pernah ganti.
Kalau dulu, mase sekolah, every week, nyanyi Negaraku, every week jugak menatap jalur gemilang. Tp sejak dah keja ni, jangankan lagu Negaraku, nak tengok jalur gemilang pun setahun skali, time cam ni lah, time nak sambut hari kebangsaan. Terase dalam diri ni dah tak rase semangat patriotik...
Nak pergi ke stadium tengok sambutan Hari Kebangsaan, jauh skali. Mana lah nak bangun pepagi buta semata2 nak p stadium. Nak tengok sambutan kat tv pun, tak. Lain lah dulu, mase sekolah, sebulan sebelum 31 Ogos, dah terase meriahnye. Mana taknye, sebulan tu, everyday dok praktis tarian. Terase seronok sangat nak buat performance. Tp sekarang dah lain. Semangat patriotism dah semakin hilang....

No comments:
Post a Comment