Pagi ni aku terlambat masuk opis (actually aku memang slalu lambat pun. aku kan 'big boss' kat sini! ;) ) Tp reason pg ni memang tak slalu. Suppose bapak aku hantar aku sbb hari ni aku tak de keta. Keta hubby bawak p course malam tadi. Tunggu punye tunggu, tak sampai2. Last2 aku p naik scooter Ego merah yg slalu hubby bawak p keja. Macam biasa, aku pun babai Aiman. Muka Aiman nampak pelik. Mayb dia heran napelah hari ni mama dia naik motor sbb slalu naik keta.
Dah lama aku tak bawak motor.. kalau tak silap since August last year, since aku pregnant. Nak tak nak, pagi ni aku terpaksa gak beranikan diri bawak motor. Alhamdulillah selamat sampai kat opis. One of opismate aku pelik tengok aku bawak motor. Maklumlah dia ni baru keja kat sini, ni lah 1st time dia tengok aku bawak motor. Anyway, dia tak tau yg aku ni memang terer bawak motor. (dulu2 la, zaman muda remaja)
Zaman aku kat U, ke sana ke mari, naik motor. Dari BBB sampai ke Serdang, aku bawak motor. Setakat bandar Kajang tu memang dah biasa. Mase tu aku aku bawak scooter Suzuki V100 kaler biru. Time tu tak ramai yg bawak scooter kat U. So, glamourlah aku di kalangan kengkawan ngan gelaran "**ra Scooter".... Orangnye kecik, tapi naik motor ada gaya nak race. Banyak kali jugak mamat2 U ajak aku race mase tengah jalan. Tapi aku ni pemandu yg beretika, race2 ni... sori la...
Paling aku tak dapat lupa bila p kelas waktu malam. Jalan dari fakulti nak keluar balik rumah, memang gelap n sunyi. Kalau aku keluar lambat dr kelas, alamatnya aku akan keseorangan. So, bila dah sorang2 dok atas motor, jalan plak gelap, harapkan lampu motor je, maka, aku pun memecut lah. Dah tak pandang kiri kanan lagi. Nak pandang side mirror pun takuttt... Bukan ape, aku slalu teringat citer orang, kalau naik motor malam2, sorang2, kadang2 ade 'orang' tumpang kat belakang! Itu sebab aku pecut. Mana tau tetibe rase berat je...
Satu kelemahan aku, aku memang expert bawak keta either manual ke auto (cehh... masuk bakul angkat sendiri..hehehee..) sbb dulu aku slalu travel sengsorang dr KL ke Johor; tapi aku hanya boleh bawak scooter, bawak motor ade gear, aku tak reti. Setakat lulus dapatkan lesen je. Lepas2 tu aku dah tak pernah bawak motor biasa. Lagipun, aku tak reti nak start pakai kaki. Mesti kena guna starter!
Mula2 aku blaja motor, bapak aku jadi cikgunya. Dia bawak aku p kat area sekolah sebab kat situ jalan sunyi, lapang, so sesuai untuk amatur macam aku. Aku memang paling tak suka blaja ngan bapak aku. Dia ni pemandu yang berhemat dan cermat. Aku tau dia sayang kat anak pompuan sorang dia ni, that's y dia buat cam tu. Tp mase tu aku rase tersangat la malu ngan orang yg lalu kat situ sbb 1st step yang dia ajar aku - aku kena dok atas motor, lps tu kena pandai2 balen sambil dia tukang tolak motor tu. Enjin motor tu tak hidup pun. Ishhh.... boring betul. Banyak kali aku tarik muka masam, tp asyik kena 'sekolahkan' ngan bapak aku. Last2 aku pun ikut je la apa yg dia suruh buat sbb nak mintak green light dia, ambik lesen motor.
Time aku blaja motor ngan driving school plak, hubby akan tolong startkan motor dulu (hubby slalu hantar aku. Motor untuk buat blaja kat situ semua buruk giler, memang enjin susah nk start). Teringat kat pakcik yang ajar motor, muka ala-ala pelakon vateran Ibrahim Din, slalu marah aku "Bawak motor macam lipas kudung! Cuba slow2 skit." Alhamdulillah, skali test je, aku dah lulus. Dapat lesen kelas B2. Dan bermulalah zaman sebagai awek scooter. ;)
** Teringat abang mekanik motor kat Shell BBB... muka ala-ala pelakon Zuraini Kasim...

No comments:
Post a Comment