Thursday, December 29, 2005

FaMiLy Day BR 2005

Agenda: Hari Keluarga BR 2005
Tarikh: 17 – 18 Disember 2005
Tempat: Peranginan Tamukami, Pantai Balok, Pahang.


Pukul 5.30 pg aku dah bangun, nak bersiap sbb semua staff opis hubby kena berkumpul kat opis pukul 7 pg. Breakfast kat restoran sebelah opis hubby. Kitorg semua bertolak dari BP pukul 8.30 pg.

Pukul 9.30 pg, kitorg break kat Segamat, persimpangan ke Muadzam, Pahang. Tujuannya supaya mana2 yg tercicir dr konvoi boleh saing smula untuk teruskan perjalanan ke Pahang. Anyway, ade sebijik kereta yg dah salah jalan, ikut syok sendiri. Semua orang ikut jalan Segamat, dia ikut jalan Tangkak! Pada hal, sebelum bertolak, bos dah bagi taklimat. Sebijik kereta pulak dah terbabas ke Muadzam. Mentang2 wife dia orang Kelantan, so dah biasa lalu jalan ni, dia buat suke dia! Gasak lah..

Masuk ke persimpangan ke Muadzam, hujan mula turun. Walaupun tak berapa lebat, tp cukup susah nak berkonvoi. Nasib baik, Aiman sambung tido smula.

Pukul 1 ptg, nampak lah signboard ni….

Alhamdulillah, dah sampai. Sakit pinggang dok 5 jam dalam keta. Nasib baik lah Aiman still tido lagi… Tetiba handphone hubby berbunyik…
Ko tunggu situ. Nanti aku patah balik ke Bandar. Ko kat mana tu???…. Aku ambik ko.


Aiman baru bangun tido, mase tengah tunggu kawan hubby yg tersesat; kat Shell Beserah...


Hampeh!!!… Kitorg tak check-in pun, tp kitorg patah balik ke Bandar Kuantan. Ambik kawan hubby yg tersesat. Ntah camne, konvoi yg sepatutnye disertai lebih kurang 25 bijik keta, dah bercerai2… jadi kumpulan kecik. Yg kelakar tu, yg tersesat tu pulaknye orang yg incharge security. Camne lah dia sendiri boleh tersesat???…. Last2 hubby pulak yg dok selamat kan dia! Hubby kata, kena ambik dia sbb dia ni jenis jarang berjalan. Kesian. Kalo takat bg direction, nnt dia tak paham. So, kitorg sampai semula ke resort pukul 2 ptg. Dah lah penat, lepas tu, management resort tu kata bilik kitorg belum ready lagi. Kena tunggu. Tunggu punye tunggu, last2 dah pukul 3 ptg.

Masuk ke bilik, ingatkan nak lepak2… golek2 atas katil. Badan dah penat. Pinggang dah rase nak patah! Skali bukak pintu, laaa…. Katil single 2 bijik… ok lagi tu, boleh la dirapatkan.. Tp yg buat ati panas, bumbung bocor! Banjir kat dalam bilik. Bukak paip, nak mandi kan Aiman, air panas pun tak de. Bayang tv pun tak ade jugak! Dah lah aktiviti petang tu dibatalkan sbb hujan, nak guna dewan, dah ade orang booked. Kesian Aiman, mandi menggigil2. Anak aku ni dah lah tak tahan sejuk. Kat rumah pun mandi, ade heater, ni kat resort, kena mandi air sejuk pulak! Dah lah kettle pun tak de!

Malam tu, dinner pun biasa2 aje. Memang tak best langsung. Makan pun tak puas. Cam makan kat restoran biasa je. Ade pertandingan ikat tie, tp aku kalah. Ade orang ikat lagi kemas dan cantik. Hubby masuk pertandingan karaoke. Tema tahun ni, lagu dangdut.

Senyum lah, senyumlah… Ahai, chek mek molek…

Hubby menari ala2 Dato’ M Daud Kilau…. Gelek punye gelek…. and the winner is…. my hubby!!!… Yey..yeyyy.. tak sangka this year dapat 1st prize!

Esok paginya, kitorg tak mandi sbb ari hujan, air panas tak de. Terus turun breakfast, and then sukaneka kat tepi pantai… antara acara yg ade: acara untuk couple – baling n tangkap telur, baling gelung ke pasangan.. acara kanak2 – rebut jajan paling banyak… acara individu – lari dalam guni (lelaki), lari bawak bola ping pong guna chopstick (pompuan)… dan macam2 lagi acara..

Kitorg dalam group biru. Hubby jadi leader. Ni lah muke2 kitorg yg tak mandi pagi!

Tetap maintain gituu....

Petang Ahad, kitorg bertolak balik dari sana pukul 2.30 ptg. Sampai rumah pukul 7. Penat sangat. Lepas tu, hati memang tak rase puas mcm family day yg lepas2.. Kali ni memang hampeh! Semua org merungut. Nak buat mcm mana, dah tersilap pilih tempat…

6 comments:

Anonymous said...

family day suppose to be happy kan? tapi kalau bnyk halnya macam ni, baik bercuti sendiri jek.

takpe la zura, byk pengajaran yg bole dikutip, paling2 pun aku rasa, u just having a great time with ur family, rite?!

apa pun budak kecik tu mmg comel!

Xura'Z Craft said...

at least happy jugak la sbb event nye boleh tahan best. lg2 karaoke mlm tu, semua ceria. sbb markah based on performance + sambuatn drp penonton.

mommamia said...

waaa!karaoke daud kilau tu!caya la hubby zura, teringat lak zahid masa konsert AF2 dulu-hubby gelek tak?hihi-aiman ni pandai posing la, senyum je manjang, tang pipi yg tak thn tu!

mommamia said...

mar penah gak gi area balok ni sbb abg mar stay sana, tp masa we all gi tu lepak kat de rhu beach resort, not bad gak la tmpt dia-perasan gak peranginan tamukami ni, tp tak sangka lak teruk tmpt dia, takpe la bak kata noha, janji zura happy ng family sendiri, lg2 hubby dah jadik juara karaoke!

Xura'Z Craft said...

mar: part hubby jd juara karaoke tu yg buat zura 'kembang' tu! heheh.. hubby gelek lembut2 sebijik cam daud kilau! gelek tu buat dia menang kot!

tang pipi aiman tu, ke mana tumpahnye kuah kalo x ke nasik??.. heheh.. sama tembam ngan pipi zura x???..

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » »