Tuesday, November 24, 2009

sekali lagi...

setelah jiwa kacau berada di pesimpangan T, keputusan dah dibuat. aku akan melangkah keluar skali lagi dr company ni setelah 8 bln di sini. kdg2 rasa mcm bersalah sbb meninggalkan company ni. hubby kata mayb sbb di saat2 aku perlukan kerja, company ni yg sedia ambik aku smula. sebenarnya bukan soal diorg ambik aku kerana simpati, tp aku datang tepat pd masa diorg memerlukan. Allah telah aturkan begitu.
aku harap kali ni aku terus melangkah keluar dr sini. mudah2an Allah tentukan sini adalah hentian sementara saja bagiku. buat apa aku nak rasa bersalah sbb resign?? sbb diorg pun ambik kesempatan dr keadaan aku masa tu untuk ambik aku bekerja dgn gaji yg kecik. potongan epf pun sikit, elaun pun tak de potongan epf. bukan ke tu maknanya diorg pun bukan baik sgt?? kalo lah diorg pentingkan aku, diorg takkan buat begitu pd aku. kontrak pun tak ade. annual leave pun sampai sekarang tak ada jugak. tak ada jaminan langsung.
aku masih dibayangi peristiwa lepas, yg aku kira aku dah buat satu kesilapan yg amat besar dlm hidup aku dgn resign dr sini, kemudian keja kat tempat baru yg aku bertahan cuma 4 bulan aje. last2 aku dibuang gitu je, yg menyebabkan aku kehilangan pendapatan selama sethn. sehingga lah aku terpaksa keja semula kat sini. nasib baik kat sini ade kosong, kebetulan budak yg replace aku dulu tu resign, so aku just replace dia pulak. rasa mcm terhutang budi kan??.. skali pikir, mcm tu la, tp byk kali pikir, tak begitu sebenarnya. tu semua ketetapan Allah. hanya Allah aje yg tahu hikmahnya.
aku harap kali ni, aku takkan berpatah balik ke sini semula. harap2 tak ade sesuatu yg menyebabkan aku terpaksa berpatah balik ke sini. cukuplah apa yg berlaku dulu. trauma dibuatnya. hmm.. sejarah takkan berulang kan?? kalo berulang pun, jalan citernya pasti berbeza.
aku pasrah dgn ketentuan Allah. aku hanya mampu merancang, tp Allah ada perancangan yg lebih baik utkku. tak semestinya apa yg aku anggap terbaik itu benar2 baik utk aku. tentu ada sebab knape Allah aturkan begini hidupku. aku pasrah dan redha. Allah dah pun membuka satu jalan lain untukku. aku kena pikir positif. lagi pun setelah aku timbang2, mmg lbh byk yg pros dr cons nya. mudah2an semuanya baik2 saja. insya-allah...

No comments: