Kalau dulu "dah demam?"... kini.."dah jatuh hati?"... Dek kerana dah jatuh hati dengan program realiti ni lah, sales Astro meningkat. Mana taknya, dengan harga yang rendah, makcik-makcik kat kampung asal arwah atuk aku nun kat Kg Pt. Jawa, Pt. Sulong, dah jadi peminat setia AF. Ada yang minat sebab hensem, ada yang minat sebab selalu bawak lagu sedap... hmmm... macam-macam lah. Kekadang tu kelakar bila makcik yang tua ni dah pandai mengkritik, ala-ala Syafinaz gitu! ;) Tak campur lagi yang sanggup perabis credit semata-mata nak vote. Itu lah penangan AF! Hebat.
Kali ni aku tak ikut sangat diari AF. Aku cuma tengok konsert every week, itu pun half way je. Maklumlah bila dah ada si kenit tu, terpaksa lah tolak tepi AF. Anyway, aku tertarik sangat sbb AF3 ni hebat betul citer pasal Mawi. Aku pun tertarik dengan citer-citer dalam e-mail pasal jejaka WORLD ni.
Ini cuma pandangan aku je. Apa lah nak disibuk-sibukkan pasal Mawi berbakat ke tidak. Layak dapat Suzuki Swift ke tak. Apa nak dipertikaikan jumlah vote yang Mawi dapat? Namanya pun vote. Setiap orang admire Mawi dari sudut berbeza. Kalau kita tak suka, ada orang lain suka. Ala.. senang citer, macam masa kita dah jatuh hati ngan hubby kita, or bf kita dulu, yang buruk pada mata orang lain, still nampak perfect giler kat mata kita. Semua orang ada kelebihan dan kekurangannya.
Susah jugak ek.. ye lah, Mawi dapat top ranking sebab vote peminat pun, orang tak puas hati; Zamarul Hisham menang Pelakon Filem Lelaki Terbaik hasil daripada penilaian juri pun kena pertikai gak. Jadi mana yang menyenangkan hati kita? Ada aje yang tak kena.
Btw, aku nak end celoteh aku dengan satu soalan untuk korang semua..."AF, AF jugak.... citer pasal AP korang expert tak?" ;)
** Psstttt..... korang vote sape????.... Aku???.... Nak top-up pun tak ada duit, ini kan nak vote budak-budak AF!
Thursday, July 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
zura, citer la sikit pasal AP, aku bukan tahu sgt, nak lagi bila di'politik'kan, lagi aku menyampah nak amik tahu...lagi pun skang ni tgh update blog kan?..mana la ada masa nak baca benda lain..heheh...
pasal AF, takyah la vote, buang masa, buang duit!, yang kaya astro, bukan kita!
AP ni ade yg dialibabakan. bumi dpt AP utk import keta luar, then AP tu dia bg kat non-bumi. ade tu yg tak de showroom, tp dpt AP. So keta nasional kena compete ngan keta import. dh tu citer psl org yg dpt Ap ni declare harga keta masa nk import murah, tp jual harga tinggi. utg b'lipat ganda!
dr M nk lindungi industri otomobil kita. lambakan keta import ni m'jejaskan penguasaan pasaran proton.
itu yg aku tau. klu salah, sori ek??.. company aku prnh buat application utk AP tp bkn utk import keta, import steel.
zura, buat la entry pasal AP, citer panjang lebar, masukkan sekali apa rafidah kata, apa pm kata, apa dr m kata...baru la best..
p/s: itu pun kalau ko tak bz la ...ehhe
hmm... good idea la. anyway, klu ade mase aku buat. ye lah, kena buat research skit...
Post a Comment