mental 'ill', physical 'ill'...
emosi aku sakit... jd fizikal aku pun turut sakit. menghadapi fasa 'kejutan'.. kemudian berhibernate kejap.. mencari ketenangan untuk menguraikan kekusutan.. rupa2nya apa yg dipendam, selagi tak terluah akan bernanah, dan akhirnya meletup juga... betul kata dr tuah yg dipendam ni, lama2 akan meletop mcm bom jangka.
panas tak semestinya bertahan sampai ke petang. hujan di tengah hari pulak tak semestinya akan berterusan. kadang2 pelangi indah akan muncul di waktu petang... gitu lah hidup aku dan aku percaya hidup org lain pun gitu juga.
banyak pengajaran dan iktibar dari apa yg berlaku ini. kalo sebelum ni aku tak pernah kenal 'dia' secara peribadi, namun kerana ujian ini, ada rasa hormat dan kagum dgn peribadinya. "ujian tuhan dlm pelbagai bentuk. ujian ni mesti ada hikmahnya, dik"... tutur katanya begitu tersusun dan mampu menasihati. hati aku jadi lembut. tak sangka kata2 itu keluar dr mulut seorang lelaki yg selama ni sentiasa berada depan mata aku, tp aku tak pernah kenal hati budinya. jelas kematangannya sesuai dgn usianya.
banyak hikmahnya... kerana aku, ada air mata lelaki yg tumpah utk pertama kalinya. aku mohon maaf, mohon ampun. mula2 aku sangka dgn memendam dan cuba memadam episod pahit itu, aku akan dpt ketenangan dan ia adalah langkah bijak. rupa2nya tidak. akhirnya aku tak dapat menahan perasaan lalu telah bertindak bodoh. pd masa tu aku tak sedar kebodohan aku yg aku tunjukkan, tp sekarang aku dah sedar. sungguh tidak bijak!
hari ni aku dah mintak maaf pd semua yg menjadi mangsa ketidakbijaksanaan aku. aku insaf. aku malu atas apa yg aku dah buat kerana pada masa tu bukan aku yg kawal emosi tp emosi yg mengawal diriku. sesungguhnya memang betul ada hikmahnya yg Allah datangkan ujian ini. Alhamdulillah atas nikmat yg Kau berikan setelah Kau uji aku dgn ujian getir itu. sesungguhnya bersama2 ujian itu adalah pahala kesabaran dan pengajaran yg amat berharga utk aku. lebih mendekatkan aku kepada-Nya. sesungguhnya Allah berikan aku ujian ini kerana Dia tahu aku mampu menghadapinya, supaya aku menjadi lebih kuat dan beriman kepada-Nya.
ada lagi seorang yg aku belum mintak maaf dan aku akan lakukannya. sekarang ni separuh dr hati aku dah tenang kembali dan rasa lega. rupa2nya kalo kita blaja maafkan org lain, kita akan dpt ketenangan yg kita cari2. aku mungkin tak dapat lupakan apa yg telah berlaku, namun aku bole memaafkan kerana utk memaafkan atau tidak, itu adalah pilihan aku dan aku dah buat satu pilihan yg tepat iaitu utk memaafkan. tiba2 hati aku terbukak utk memaafkan hanya kerana kata2 seorg abg- "jgn la simpan dendam. semua org buat silap. kita pun tak tahu mungkin kita akan buat silap juga pd masa depan"... terima kasih kerana 'abg' menyedarkan aku dan mengajar aku erti 'maaf' sbb selama ini aku tak tahu bagaimana utk memberi maaf kpd org yg telah melukakan hati ini.
* edited: alhamdulillah aku dah pun mintak maaf dan memaafkan. aku rasa lega, tenang. rasa hebat perasaan ni. even dia lah punca segalanya, tp aku at the first place ambik inisiatif utk mintak maaf sbb aku dah bertindak secara tidak bijak terhadap dia. tanpa mengambilkira apa yg dia dah buat pd aku. btw, aku rasa malu sbb tindakan aku yg langsung tidak bijak itu, tak sesuai rasanya dgn diri aku yg ingin jd seorang yg hebat emosi. betul kata org, lidah tu lebih tajam dr mata pedang sbb aku telah buktikan yg lidah aku terlalu tajam sehinggakan org terpegun melihat diri aku ketika itu.

No comments:
Post a Comment