Friday, April 24, 2009

highly motivated

betul2 menduga, betul2 mencabar kesabaran!
dah lah berjalan dlm panas terik, melangkah dgn penuh semangat dan harapan. hasilnya... zero! jangankan dpt projek, jumpa orgnya pun tidak. pd hal 5 min sebelum tu, dah call dulu, dan confirm dia ada. dah lah berpeluh2, termengah2 berjalan dr parking masuk ke opis, alih2 suka2 je PA dia suruh jumpa org lain.
dah lah tu, baru jd PA dah berlagak. 2 kali aku bagi salam, baru lah nak sahut, lepas tu ngan muka masam, cakap pun nak tak nak je. agaknya dia marah sbb aku ganggu dia yg tengah dok 'sibuk' menaip. hmm... dia je ada keja??.. aku ni tak de keja ke?? sib baik la dia tu perut memboyot, kalo ikutkan hati dan badan yg dah panas tu, nak je aku sound dia! gitu ke cara melayan 'pelanggan'??... tak mesra langsung. senyum pun tak. mcm la aku ni dtg mintak sedekah kat dia.
hmm.. mayb jugak sbb masa tu aku tak properly dress up in corporate attire. sbb tu diorg perlekehkan aku je. tak pe, tak pe... tengaok la.. next time, aku akan dtg as a 'businesswoman' yg ada class. ingat aku cam ni aku tak mampu ke buat keja org lelaki?? bila marah dah menguasai diri, kupon parking yg harga rm1.20 tu pun dah rasa mcm rm120!... jangankan park 2 jam, baru 15 min je dah kena balik! hmm.. pd hal kupon tu pun bukan aku beli, org yg bagi free.
kesian noha... terpaksa 'baca' rungutan aku. i'm very lucky having a best fren like her. kalo tak, tak tau la nak lepaskan perasaan ni kat sapa. hubby pulak kata, tak pe la.. tak de rezeki kali ni. lain kali bole cuba lagi.
nampaknya personaliti aku belum mantap, hebat, bagus dan cemerlang lagi. camne aku nak jadi org yg terbilang yg mcm dr hm tuah tulis dlm buku tu?? aku tak berjaya kawal emosi, baru gagal sikit, aku dah putus asa. baru rasa penat dan usaha gagal, aku dah marah2. teruk betul aku.
so aku pun baca buku dr hm tuah "membina personaliti terbilang".... bagus buku ni. last2 aku berjaya kawal emosi negatif aku yg dah hampir seharian dlm diri aku ni. aku berjaya tukar yg negatif kpd positif. rasa bersemangat semula n then rasa betapa 'bodoh' nya aku seharian ni melayan perasaan negatif tu.
**********
alhamdulillah projek bisnes yg aku pernah sebut dlm entri sblm ni dah pun start. order pun dah dpt, dr individu n penjual. 50% usaha ke arah menyediakan produk2 tu dah settle. next week akan serahkan produk2 pd yg order. n hopefully cepatlah duit masuk utk cover modal yg dah kuar ni. nasib baik 'bertemu' kawan yg memang interested in bisnes, n bole diajak join. opss... lupa nak bagitau, aku skrg membekal dan menjual produk2 dr sarawak. so sapa2 yg interested atau nak suruh aku carik produk sarawak, sila lah. jgn takut, harga reasonable.
aku ade satu lagi plan bisnes. yg ni khas utk someone yg aku ternampak talent dia, tp dia tak tau nak exploit utk mendatangkan keuntungan. aku belum diskas lagi dgn yg empunya badan. kalo dia interested ngan offer aku, aku akan invest utk dia mulakan bisnes sbb aku sedang mencari2 sesuatu yg unik utk dibisneskan. aku dah bagitau plan ni kat hubby, and biasa lah, dia lah the first person yg always support me, before my best fren noha. Happy
kalo that person agree, i won't wait anymore. aku nak mulakan je apa yg aku plan ni. try dulu, baru tau hasilnya. org kata, kalo nak buat something tu jangan pikir byk2 kali, nanti tak jadi. kalo tak jadi, aku yg rugi sbb belum try dah gagal.
huhhh... tengah highly motivated ni! this emotion really good for me. i like it. that's y today i dress up to work, just to show how good my emotion - happy and positive! tukar handbag kpd yg lebih formal n pakai kasut pump shoes, tambah keyakinan diri. thanx noha, for ur advice.
lagi satu, like my client said "keja sini, keja jugak. bisnes pun buat. ambik peluang." hmm.. i like this apek botak sbb kepalanya yg botak itu always think abt bisnes. and his words motivate me in doing bisnes.
***********
another thing is, something which make me very happy cos my 'bulat' and chubby baby aina, dah start rolling malam selasa lepas. sebelum ni dia punya lah pemalas, tak de effort nak try rolling langsung. lebih suka baring terlentang, then asyik dok nangis je mintak org angkat. i was very worried cos kawan2 dia dah start angkat2 punggung, tp my baby dok relek2 mcm nak baring je selamanya! org kata dia lambat rolling sbb badan dia berat. ntah la.. aku pun tak sure, mcm tak berat mana pun, baru 6.4 kg, tp skrg dia pakai baju baby 6 bulan.
selasa tu aku pun dah tensen sbb org asyik la dok tanya baby dah pandai apa... tp jawapan aku just "pandai merajuk, lps tu mintak pujuk. selagi tak pujuk, dia akan nangis tak henti2!" that's my baby girl. kecik2 dah ngada2. tp pandai melaram cos letak la segala apa kat kepala, dia tak kan usik. pakaikan rantai n gelang, tak pernah tarik2 nak cabut. n alhamdulillah, malam selasa tu setelah diajukan berkali2 ngan soalan "baby dah pandai apa?"... balik dr boling, baby aina terus je rolling, n terus berjaya membuat gulingan yg pertama. bravo! bravo!... akhirnya, baby. one thing, she likes "twinkle twinkle little star" very much. dengar je, dia dah senyum2.







4 comments:

noha chomel said...

lupa nak bagitau hari tu, sebelum jumpa org, siapa2 pun ko dah kena bayangkan jawapannya....mesti la nak jawapan positifkan?

cthnya masa ko nak jumpa PA tu. sebelum jumpa, kiranya masa dok berjalan dari tmpt parking tu, ko dah bayangkan dia akan sambut kedatangan ko, pastu ko bayangkan dgn mesra dia invite ko masuk jumpa org yg nak jumpa tu. utk ko pulak, ko kena la senyum, ready nak ckp apa. biasanya, kalau kita senyum kat org, mesti org senyum balik kat kita, sebab kalau dia tak senyum, nanti dia yg malu. kalau kita dah senyum, dia tak senyum juga, mmg 'sengal' la orang tu. kita jgn mengharap org senyum kat kita kalau kita pun taknak senyum kat org.

jadi, intinya di sini, sebelum kita jumpa/communicate/tel/contact dgn org, kita send the vibration first. cthnya, penah tak ko ingat kat aku, tetiba aku tel atau sms ko? mesti penah kan? maknanya, masa ko ingat kat aku tu, ko dan send the vibration, bila sampai kat aku, tu yg aku tel/sms ko. simple kan?

lepas ni, cuba ko praktikkan....mesti jadi :)

Xura'Z Craft said...

aku rasa aku senyum, jrg aku nk communicate ng org kau x senyum. tp mungkin senyum aku x cukup lebar kot. tp yg bengang tu aku dia jwb salam aku pn dia x toleh tgk muka aku! camne dia nk nmpk aku senyum kt dia??

lps tu aku jumpa staff lain, bdk tu siap senyum melebar ng aku, bkn main mesra lg. aku rasa PA tu mmg sindrom pregnant kot! biar muka baby dia nnt mencuka je! heheh

mommamia said...

noha mmg boleh jadik mentor zura,ye lah even nature of business lain2 tp asam garam dunia bisnes maybe dah sebati ng noha and dia tahu mcmana nak tackle each situation/problem,kalau tak,takde la noha dpt awardkan,mmg terbukti dah tu-baby aina pandai dah mntk org pegang ya?esok skit lg dah pandai nak ikut mama ng papa jalan,nnti pntng tgk org pakai cantik,dia pun nak ikut

Xura'Z Craft said...

noha la tmpt zura nk ngadu, mar. sbb zura x ramai kawan.

x yah tunggu esok, skrg pn aina dh tau kalo zura pakai tudung je, mesti nk jln. terkapai2 tgn dia mintak angkat!