Anehnya org melayu berasa hina dan malu utk menjual barang, tp tak berasa malu utk meminjam wang - Dr Hm Tuah
bisnes... bila aku jual barang, slaunya aku ambik untung sikit je. kadang2 tu aku cuma dapat rm1 je utk setiap barang yg aku jual. sikit??.. memang sikit and setiap kali tu jugak org selalu kata "takat untung seciput cam tu, buat apa jual? buat penat je"... or else.."ada ke org nak beli??... kat kedai pun banyak jual"... dah lah cakap2 yg melemahkan semangat, lps tu kdg2 tu ia keluar dr mulut seseorg yg begitu rapat dgn kita, yg tak nak bagi sokongan langsung. amat menyedihkan. tak pe, mcm noha kata, aku kena jd "katak yg pekak". kalo nak tau citer katak pekak, kena lah tanya noha.
arwah atuk aku pernah bercita2 nak jadi businessman. tp cita2 dan impian dia terkubur begitu saja. dia end up jd cikgu, tp alhamdulillah dia berjaya sehingga jd guru besar. kenapa cita2 dia terkubur gitu je??... sbb pd masa tu dia telah kehilangan seorg bapa, tempat bergantung. masa tu umur dia baru je 12 thn. dan sebagai anak sulung, tentunya dia terpaksa menanggung adik2 yg masih bersekolah. walau begitu, citernya dia pernah berniaga menjual sayur yg dibawak ke bandar dgn menggunakan sampan.
hmm... rasa cinta pd bisnes, walaupun bisnes kecil2an dlm diri aku mungkin diwarisi dr darah arwah atuk. dia jugak cikgu dlm hidup aku. balik pd citer bisnes, aku start bisnes masa aku drjh 3. masa tu aku jual hair band yg diperbuat dr benang kait bulu. aku anyam dlm pelbagai warna, n then aku jual pd kawan2 sekolah aku. lps tu, bila 'produk' aku tu mcm ada yg tak terjual sbb ada yg tak berkenan dgn kombinasi kaler yg aku gunakan, aku ubah marketing strategy. aku ambik order pulak. so, customer aku boleh pilih kaler ikut citarasa diorg. masa tu kalo tak silap aku, 1 hair band paling mahal pun baru 50 sen. kadang2 tu aku jual lagi murah dr harga kat pasar malam/ kedai. sebenarnya aku tak keluar modal pun utnuk bisnes ni sbb benang2 tu memang ada stok kat rumah. jd kiranya aku telah menggunakan benang lebihan mak aku mengait utk dijadikan produk yg mendatangkan duit. pd masa tu, untung yg sekadar sen2 pun, begitu besar nilainya bagi aku. selain tu aku jugak dpt gunakan kretiviti aku utk menghasilkan hair band yg dijual.
masa aku kat U pulak aku bisnes brooch. dpat banyak jugak untung. tp tak kurang jugak ada yg rugi sbb org tengah yg tolong jualkan lesap dgn duit n brooch skali. hampeh tul!
aku slalu berangan2 nak ada bisnes sendiri. sekarang aku dah ada company sendiri, even kecik, belum ada opis, tp aku rasa skit bangga sbb aku berjaya ada sebuah bisnes dgn nama aku. walaupun ia secara kecil2an, tp aku ada cita2 dan impian yg amat besar utk bisnes aku ni. walaupun ia takkan memberi apa2 makna pd org lain, tp ia amat bermakna utk aku. sbb ia membuktikan yg aku dah pun berjaya memulakan cita2 aku utk jd realiti. masih jauh lagi perjalanan aku dlm bidang ni.
aku pun sedang ingin memulakan satu lagi bisnes. nanti lah kalo dah start aku akan citer. takut tak de customer, tp belum cuba, mana nak tahu kan? kalo dah try jual, tp tak de jugak org beli, tak pe. at least, i've tried something. n aku tak rugi apa pun utk try bisnes ni.
Jika anda ingin kaya, berfikirlah sebagaimana org kaya brfikir. Org kaya berfikir untuk membina kerjaya utk org lain, sedangkan org yg tak ingin kaya selesa bekerja utk org lain - Dr. HM Tuah

Jika anda ingin kaya, berfikirlah sebagaimana org kaya brfikir. Org kaya berfikir untuk membina kerjaya utk org lain, sedangkan org yg tak ingin kaya selesa bekerja utk org lain - Dr. HM Tuah

4 comments:
apa yg aku perasan, org yg suka business ni, dia akan cuba segala jenis business, sampai la dia jumpa yg sesuai dgn diri dia, baru dia fokus on that business....
dlm family aku sorang jek pakcik yg kerja sendiri, buka warung kedai makan. itu pun setakat menyara kehidupan sendiri. yang lain semua makan gaji. jadi aku tak tahu darah siapa yg mengalir dalam tubuh aku nih utk berbusiness. cuma apa yg aku tahu aku suka byk duit, dan cara terbaik untuk dpt byk duit ialah dengan berniaga.
Alhamdulillah, aku bersyukur sgt bila buat takaful ni. Nak kata dah berjaya sgt tu belum lagi, tapi hasilnya mmg terbaik! sebab aku tak pernah berangan nak dpt apa yg aku ada skrg ni dgn makan gaji dulu.
apa pun, aku doakan ko akan berjaya dan tidak akan berputus asa. sebab napoleon hill cakap, nak berjaya kena gagal dulu, sbb gagal adalah tangga kejayaan.
mar rasa noha adalah org yg terbaik utk bg kata2 nasihat psl bisness ni sbb dia mmg dah melalui pengalaman jatuh bgn dlm hal berniaga-mar lak hnya mampu bg kata2 perangsang dan semangat utk zura-yakin pd diri dan kebolehan yg zura ada,after all zura pun mmg expert hal2 akaun ni kan,so at least the basic is there,byk membantu nnti tu
mar ni skill dah la takde,determination ada tp mcm hangat2 taik ayam,paling obvious skali mar ni orgnya not a risk-taker,suka play safe,takut risiko yg perlu diambil,sooo mkn gaji ajer laa-hope zura akan berjaya dlm bisnes y diceburi mcm noha gak
noha: kena tgk jugak bisnes apa yg nk dibuat. ada yg keja skit, tp dh bole dpt untung byk, cuma nk ambik peluang tu kena usaha yg agak payah. some bisnes pulak, dr kecik, untung skit2, lama2 jd besar, untung pn bertambah. depends on apa bisnesnya. tp insya-allah setiap yg dibisneskan akan ada untung.
mar: atr zura ng noha byk beza. bisnes zura perlukan modal, lg high risk. kalo x btl2 modal ke mana, untung ke mana, rugi yg dpt. kalo zura nk buat bisnes takaful cam noha, zura x reti. so, zura buat je apa yg zura bole. heheh
btw mar, kalo nk play safe, mkn gaji tu teruskan je. bisnes, mar selit2kan masanya. :)
tumpang lalu eh xura...
mar,
belum jadi yg terbaik baik lagi cuma aku buat sehabis baik...dari segi motivasi bole la share, management tak semenggah lagi...heheheh....kena menuntut ilmu lagi nih...
Post a Comment