Thursday, April 16, 2009

Happy 4th Birthday

anak mama, muhammad alim aiman sayang....
begitu cepat masa berlalu
dari tapak kaki mu selebar dua jari mama
kini tinggi mu separuh tinggi mama
dah besar anak mama...

mama rindu masa kecil mu
walaupun penat, lelah
bersengkang mata mama dan papa menjaga mu
sewaktu orang lain lena dibuai mimpi
namun kami bersyukur dapat membelai mu
itulah detik paling berharga yang kita
kongsi bersama...

melihatmu membesar di depan mata
adalah pengalaman yang paling indah
kalau boleh kami tak mahu melepaskan
walau sesaat pengalaman itu kerana
setiap saat yang berlalu hanya berlaku
sekali sahaja dalam hidup ini
kasih sayang kami jangan dipersiakan

doa dan kasih sayang mama dan papa
akan sentiasa bersama mu
jadilah anak yang soleh
yang akan mendoakan kami
setelah kami tiada nanti

siapa pun yang aiman akan jadi
pada masa hadapan
yang penting, jadilah
anak yang soleh
seorang yang hebat, luar biasa bagus,
cemerlang...
agar aiman muncul sebagai orang yang terbilang
menjadi kebanggaan keluarga

ya Allah...
aku bersyukur atas anugerah mu yang satu ini
bersyukur kerana diberikan seorang permata hati
yang elok paras rupanya
sempurna kejadiannya
cerah fikirannya
panjangkan usianya dengan kesihatan yang baik
cerdik akal fikirannya
dekatkan hatinya kepada Mu
menjadi anak yang soleh
taat kepada perintah mu
taat kepada ibu bapa
berakhlak mulia dan baik budi pekerti
Amin....









No comments: