Monday, January 12, 2009

Salam Maal Hijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009

Salam Maal Hijrah 1430H dan selamat tahun baru 2009... semoga tahun baru ini, permulaan, perjalanan dan akhirnya penuh dgn kegembiraan. tak spt thn 2008 yg penuh dgn dugaan dan kenangan pahit yg memilukan. diharapkan apa yg berlaku pd thn lepas adalah panduan utk melalui thn ini. kembalinya dua ahli keluarga yg disayangi ke rahmatullah adalah kenangan pilu dan kelahiran baby aina nur izazi dan baby nur farisa alia (permata tinggalan arwah uji) adalah kenangan manis penutup thn 2008. semoga thn baru ini penuh keberkatan utk kita semua.


**************



baru transfer gambar baby aina, pd malam kelahirannya di putra specialist hospital, 18 nov 2008 yg lalu...



baby aina 40 hari



baby aina 53 hari

**************

sekitar majlis ulangtahun nur adrianna amani, anak adik aku pd 27 dec 2008 yg lepas...



birthday girl



lena dipangkuan nenek pesta



nyenyak dipeluk nenek yah



wajah gembira dapat duit drp mak yah sempena persaraannya

*****************



aiman... yg sekarang dah naik pangkat abg aiman. semakin nakal dan mulut semakin bijak bercakap. asyik nak usik baby adik aje. tp malas nak belajar. last weekend belikan dia buku ABC, suruh blaja tulis. baru tulis satu huruf A, dia kata haus, nak susu dulu. lepas susu sambung lagi. tp baru dpt 3 huruf, dah start malas. bengkang bengkok garisan huruf A. sedangkan yg mula2 tadi elok cantik je dia tulis. lepas 5 minit, alih2 aku nampak, kat huruf a kecik, dlm bulatan, ade lukis 2 bijik mata, ada mulut, siap ada misai lagi! hmm... sabo je la. suka2 dia je lukis muka org kt bulatan huruf a kecik tu. geram betul lah. dia bole buat, tp malas. kat gambar tiger pulak, dia tambah lukis hitamkan mata tiger tu. dia kata mata tiger tu kena tampal plas ter sbb luka. aduhai aiman... naik darah aku bila nak ngajar dia. lain yg org suruh, lain yg dibuatnya.

2 comments:

Anonymous said...

bulatnya muka aina!!! hehehhe...pipi dia macam pau kukus!

so, bila nak bwak aina jejalan kl, bole jumpa achik noha dan kakak nurin :)

Xura'Z Craft said...

dah pipi mama dia mcm pau pesta, jd pipi aina cam pau kukus la.. :D

x tau la bila nk ke kl. mama aina tgh pening carik keja nih sbb nk pi kl, kena tuang minyak, byr tol segala... :(