Wednesday, January 14, 2009

kesal di hati ku

dah lama aku nak buat entry ni, tp tiap kali aku sign in je, tiba2 otak jadi beku, tak tau apa yg nak ditaip sedangkan bila sendirian, banyak sgt yg nak diluahkan. dua episod kematian yg berlaku thn lepas amat memilukan. sehingga kini, aku masih tak dapat melupakan dua org insan itu. aku ingin tinggalkan episod hitam itu bila melangkah ke thn 2009 ini. kematian yg berlaku memang banyak hikmahnya. pertamanya ia lebih mendekatkan diri aku pd Allah... meratapi permergian mereka menjadikan aku mengingati Allah. kematian itu menyebabkan aku semakin insaf.. bila2 masa aku akan pergi meninggalkan dunia ini... tinggalkan harta, keluarga.. tak kira bila muda atau tua... masih kah aku ada waktu yg banyak utk bertaubat dan beramal?... masih belum cukup persediaan aku utk ke alam akhirat. selama ini aku membuat berbagai2 perancangan utk masa depan yg belum pasti... tp sebenarnya ada satu yg pasti aku lalui pd masa depan iaitu kematian yg telah pun ditetapkan sejak azali lagi. apabila telah sampai kematian itu, maka ia tak kan tercepat atau terlambat walau sesaat.
keduanya, ia membuatkan aku lebih menyayangi semua yg ada disekeliling, keluarga, suami, anak2... aku nak gunakan sebaik mungkin masa yg ada utk menyayangi mereka dan menunjukkan kasih aku pd mereka sbb aku tak tau aku ada berapa banyak masa lagi utk semua itu.. kalau bukan mereka yg akan pergi meninggalkan aku, aku pulak yg akan meninggalkan mereka kerana kematian itu pasti.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
satu yg aku pendam dan terbuku dalam hati ini ialah rasa kesal. kesal kerana pd masa mereka sakit, keadaan aku lemah. aku tak kuat utk menghadapi saat getir pd masa itu. masa arwah ucu di hospital, cuma beberapa kali saja aku dpt melawatnya. dua minggu dia di icu, aku tak ada kekuatan utk masuk, walaupun utk temankan mak yah di luar bilik icu yg tetap setia menanti suami tercinta setiap hari. cuma sesekali aje aku dtg menunggu di luar. nasib baik satu hari tu, aku ada kekuatan utk masuk ke bilik icu. pertemuan yg sekali itu rupanya pertemuan terakhir kami walaupun ketika itu arwah tak sedarkan diri. itu lah kali terakhir aku menatap wajahnya.
begitu juga dgn arwah uji. masa dia di hospital jb, aku dah merancang akan melawatnya pd deepavali lepas. tp sampai waktunya aku tak dapat pergi sbb keadaan aku yg selalu pitam sbb uri kat bawah menyebabkan aku tak boleh pergi. aku tak ada kekuatan utk bercakap bertanya khabarnya masa dia di wad. aku kira aku masih ada banyak waktu lagi utk bercakap dengannya. rupa2nya, aku tak sempat melakukannya. tak ada sepatah perkataan pun yg sempat aku ucapkan di saat2 akhir arwah. aku kesal, aku tak berkesempatan. aku terlalu ikutkan perasaan sedih yg menyebabkan aku tak mampu bercakap walau sepotong ayat ketika hayatnya. mungkin masa itu arwah ternanti2 aku call dia.
semua episod pahit itu sering bermain2 di ruang mata, macam tayangan filem yg menyebabkan tiba2 aku rasa spt nak baling cermin kenangan pahit tu dgn batu yg besar. biar ia pecah berderai... kerana ia amat memilukan. sakit, pedih, perit, lara hatiku.
aku harap ini adalah entry terakhir utk episod duka ini. biarlah ia tersimpan dlm diari kehidupan thn 2008 aku. Al-Fatihah...

4 comments:

noha chomel said...

u have to move on my dear...first of all learn to forgive urself, kita ni lemah, sebab tu kadang2 kita buat silap, tapi kita ada Allah yang bantu kita untuk meneruskan kehidupan. have faith with HIM, u'll be stronger , insyaAllah.

Xura'Z Craft said...

thanx noha... sukar betul utk terima hakikat satu kematian walaupun sblm ni dah pernah kehilangan atuk n nenek yg disayangi... ada aje kekesalan setiap kali berlaku kematian.

mommamia said...

mar percaya kehilangan arwah ucu n uji benar2 tinggalkan kesan kt zura..apatah lg dgn kekesalan yg terbuku tu-takpe la zura,jgn di kenang2 lg,life needs to go on,bkn slh zura pun cuma keadaan zura masa tu yg tak mengizinkan,just ingt ada hikmah disebalik setiap kejadian, cuma kita jer yg tak tahu..hope u'll be better..

Xura'Z Craft said...

thanks mar.. lps zura buat entry ni, ada rasa lega dan lapang dada... rupanya makin dipendam, makin sakit. ikut hati, mati... ikut rasa, binasa... :)