Saturday, November 08, 2008

Al-fatihah

seminggu dah berlalu... pakcik aku dah meninggal pd hari jumaat 31 Okt yg lepas. sedih. pilu. walaupun aku dah jangka hayatnya pendek, tp rasa sedih tetap tak dapat digambarkan. sekejap aje dia sakit, tiba2 terus kritikal, meninggal. penat menghadapi debaran2 sepanjang lebih 2 minggu dia di ICU dah berakhir, tp rasa sedih dan luka di hati atas pemergiannya pulak yg timbul. aku terkilan dia tak sempat pakai baju yg aku hadiahkan raya yg lepas. masih terbayang wajah dia sehari sebelum operation, juga masa dia di ICU. mcm tak percaya dia dah tak ada sbb dia selalu tak ada kat rumah, meeting sana sini.
ptg tu makcik aku balik dr hospital, alih2 dia terbongkok2 menangis, memanggil2 nama aku. aku terus peluk dia. "mcm mana ni wa.... mak yah tinggal sorang...".... berderai2 air mata kami menangisi takdir. tak pe, walaupun anak2 mak yah jauh, aku ada. aku akan sentiasa ada bila dia perlukan. aku akan jaga dia, mcm mak aku. sedih bila mengenangkan yg mak yah tak sempat berkongsi masa berdua dgn suaminya. 10 hari lps mak yah bersara, suaminya pergi menghadap ilahi... hajat pergi haji tahun ni jugak tak kesampaian sbb pakcik aku sakit sejak raya ke-3 yg lepas.
dada aku rasa sempit, sebak mengenangkan dugaan keluarga aku. tahun ni memang byk sgt dugaan. aku jadi penat, lelah... rasa mcm takut utk teruskan hidup ni. saat2 arwah pakcik aku kritikal, uji yg rapat dgn aku pulak disahkan leukimia tahap 2. doc kata dia ada tempoh 5 thn. luluhnya hati memikirkan org2 yg disayangi menghadapi saat genting dlm hidup. sedangkan aku sendiri tak tau apa pulak nasib diri sendiri. apa pun, aku tetap berdoa agar kami tabah hadapi dugaan hidup ini. sesungguhnya allah menguji kami dgn dugaan ini sbb Dia tahu kami mampu menghadapinya...
Al-Fatihah utk arwah pakcik aku Hj Harron Jalani.. semoga rohnya dicucuri rahmat.... Ucu akan sentiasa ada dlm ingatan ini...

No comments: