dah 17 hari kita di bulan syawal... sekejapnya masa berlalu. syawal tahun ni penuh dgn dugaan bagi family aku. pakcik yg dah mcm bapak sendiri tiba2 aje sakit di minggu akhir puasa yg lps. sakit yg mula2 doktor sahkan sbg radang usus yg tak merbahaya dan tak perlukan pembedahan, alih2 bertukar menjadi sakit yg serius.
pakcik aku ni husband makcik aku iaitu adik ipar mak aku. dah lah mak aku cuma dua beradik je, jd hubungan kekeluargaan sgt rapat sehinggakan makcik dan pakcik aku tu spt ibu bapa ke-2 utk aku. begitu juga mak bapak aku di sisi anak2nya.
lps operate rabu lps, pakcik aku terus dimasukkan ke icu. darah tak stabil. byk sgt pendarahan berlaku masa operation. doc kata dia tak de harapan utk sembuh. usus besar dah frozen, rosak. sedangkan masa di pantai medical center masa bulan puasa lepas, radang cuma sekaki aje. tp sejak lebih seminggu di hospital bt pahat, tanpa apa2 tindakan susulan, rupa2nya radang dah merebak menjadi 3 kaki. doc kata kalau umur panjang, dia ada lebih kurang 6 bln aje utk hidup, dan paling lama sethn. tp doc kata pikir jangka pendek.
sehingga hari ni, aku masih tak de kekuatan utk tengok dia di wad. aku cuma tunggu kat luar aje. aku rasa tak sampai hati nak tengok dia. lagi pun dlm keadaan aku yg pregnant ni, aku mcm lemah, tak boleh terkejut sgt. jantung akan cepat rasa berdebar2 dan rasa nak pitam. sehari sblm operate, dia nampak spt tak kritikal, cuma keadaannya aje yg lemah. masih terbayang wajahnya di mata aku. sblm operate, doc pun tak de kata yg operation tu ada risiko serius. doc cuma kata akan guna beg najis kat luar dlm masa 6 bln sehingga sembuh. sape sangka alih2 bila operate, terus kritikal.
aku n hubby sempat jumpa imam yg pandai berubat secara batin. tp apakan daya dah takdirnya operation akan dibuat esoknya. jd tak sempat nak cuba perubatan alternatif tu. apa pun, kami tengah byk2 doa agar pakcik aku selamat dan akan berlaku keajaiban.
tahun 2008 ni, mcm aku kata dulu, byk sgt dugaan berat yg aku tempuhi. kdg2 rasa amat takut utk menghadapi hari esok sbb memikirkan mungkinkah akan ada lagi dugaan yg di luar jangkaan tiba2 datang. doakan kami tabah hadapi hidup ni....

5 comments:
zura...
bykkan bersabar...
sampaikan salam aku kat makcik puziah ko...
take care...
sabar k zura,ni semua dugaan dan setiap dugaan yg diberi terselit hikmah yg kita tak tahu..harap zura dan family sentiasa di lindungi dan beroleh kesejahteraan,semoga pakcik zura cpt sembuh..
sabar k zura,ni semua dugaan dan setiap dugaan yg diberi terselit hikmah yg kita tak tahu..harap zura dan family sentiasa di lindungi dan beroleh kesejahteraan,semoga pakcik zura cpt sembuh..
takziah di atas kembalinya palcik ko ke Rahmatullah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman.
semoga ko sekeluarga tabah menghadapinya
takziah, zura...from k.huda
Post a Comment