Entry yg dah terlalu lama, dah lebih sebulan, tp baru ada masa nak citer kat blog ni.. Entry ni adalah sempena hari bahagia Uji (pangkat makcik), teman sepermainan aku sejak aku kenal dunia dan sama-sama membesar… Masih lagi rapat seperti dulu…
Aku sampai tengahari Sabtu, 04hb. Uji dah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat 03 Mac 2006, iaitu semalamnya. Dah bergelar ‘isteri’ orang dah… dan tak lama lagi, kalau ada rezeki, bakal bergelar ‘ibu’ pulak.
Semua preparation dah ready. Cuma perlu touch-up skit je.. Part kelambu katil yg nampak very dull.. Aku suggestkan lekatkan small red rose buds atau pun small green ribbon. Tp semua menda2 tu tak de. Nak beli pun, Uji kata kat situ memang tak ada jual. Ye lah kawasan Felda, menda2 mcm ni memang tak de supply. Even bunga orkid hidup untuk gubahan di meja makan beradab pun, aku yg beli dari sini, bawak ke sana!
Yg ade cuma balance2 brown ribbon, baki buat gubahan hantaran. Hmm… ok lah drp tak de, aku pun pandai2 lah bagaikan kat kelambu tu… Haaa… baru lah nampak berseri skit!

Tolong Uji kembang2kan bunga telur.. Aiman interframe..
Malam tu, acara berinai besar… Lebih kurang pukul 8 mlm, hubby sampai, dr Melaka. Disebabkan kaki hubby yg bengkak akibat terseliuh lawan futsal siangnya, dan kebetulan Aiman pun dah tido awal, aku pun join skali diorg tido kat bilik. Kat luar orang tengah sibuk ngan acara berinai besar… Pengantin bersanding… berbaju serba hijau epal.. Sedara-mara silih berganti menepung tawar pengantin.. Aku memang tak larat, alih2 migrain. So, aku lelap jap kat bilik…

Tengah tunggu pengantin lelaki sampai… Muka dah berminyak.. dah tak larat… migrain.

Esoknya pulak adalah majlis persandingan.. Pengantin berbaju coklat… Cantik..
Sayangnye gambar ni blurr…

Gubahan buah-buahan penyeri di meja makan beradab pengantin....

2 comments:
Selamat pengantin baru Uji(errr..skang dah tak berapa baru kan?hihi)semoga berbahagia dan dpt baby cpt2,boleh gang pulak ng aiman,dulu mak2nya gengkan?skang turn anak2nya pulak.
Best regards from NY! »
Post a Comment