Wednesday, December 03, 2008

alangkah bagus andai pemergiannya cuma satu mimpi ngeri..

dah lebih sebln arwah ucu meninggal dan dah 3 minggu arwah uji meninggal. aku masih rasa mcm baru terkejut dr mimpi ngeri. mcm antara percaya dgn tidak. susah betul nak terima hakikat yg kedua2nya dah tak ada. tak pernah pun sehari berlalu tanpa aku memikirkan mereka.
lebih sedih bila dengar citer arwah uji di saat akhir hayatnya. dia sempat pesan pd adiknya utk jaga baby yg baru lahir. semua tu mengingatkan aku pd pertemuan2 terakhir 2 minggu sblm dia meninggal. andai pd masa tu aku tahu dia akan pergi.... arwah sempat mintak kuih raya utk dibawa balik. dia ambik setiap jenis kuih dlm balang kuih atas meja. pd hal dia tak pernah pun nak makan sgt kuih raya. masih terbayang di ruang mata aku dia duduk di meja makan, makan nasi goreng kampung yg pedas. hmm... alangkah bagus andai permergiannya cuma satu mimpi ngeri...
pemergian arwah ucu meninggalkan kesan luka yg amat dalam bg makcik aku. mak yah dah semakin kurus. dah tak ada wajah ceria mcm dulu2. memang susah nak terima hakikat org yg hidup bersama kita selama lebih 30 thn, tiba2 tak ada di sisi. sedangkan aku yg tak tinggal serumah pun terasa kehilangan, inikan pula makcik aku. hmm... alangkah bagus andai pemergiannya cuma satu mimpi ngeri...
yg bila aku terjaga dari tidur yg panjang ini, segala2nya masih tak berubah spt dulu... ya allah, kembalikan lah keceriaan dalam hidup keluarga kami walaupun tanpa mereka yg disayangi kerana antara kami yg hidup ini masih banyak kasih sayang yang ingin dicurahkan... al-fatihah utk arwah hj harron bin jailani dan arwah ziana binti askin.... abadilah kamu di sana... semoga rohmu dicucuri rahmat.

1 comment:

noha chomel said...

Al-Fatihah.

mmg pahit utk ditelan tapi itu la hakikat hidup. kita yang masih hidup ni amik la iktibar daripadanya.

apa pun aku harap dengan kedatangan orang baru, si comel aina pasti dapat mengubat luka di hati ko sekelaurga, tabah ya!