sejak masuk wad ari tu, every week aku masuk wad, masuk air. kelmarin kali ke-3 aku msk wad. tp bila blk, keadaan balik semula spt asal. ntah la. org kata 3 bln nnt dah ok. tak tau la. mudah2an sbb skrg ni aku ade tanggungjawab spt seekor ayam! kais pg mkn pg, kais ptg, mkn ptg! aku dah resign!
tahun 2008 yg aku anggap byk rezeki, tp byk betul dugaan. pintu rezeki aku terbukak dgn keja di tempat baru, tp itu jugak rupanye penutup rezeki aku kat situ. morning sickness yg teruk ni, menyebabkan aku tak dpt keja dah seminggu. zack pulak sejak keja acc bulan lepas dah settle, bila hubby call dia bgtau nak msk wad lagi, dia terus lepas tangan, cakap dia tak tau ape2 lagi sbb skrg HR dah ambik kes ni. dulu dia kata nak cover, tp skrg dah lain jadinya.
dipendekkan citer, baru aku tau yg kalo keja kat situ lepas 2 tahun baru bole pregnant. kalo pregnant dlm mase tu, maternity leave tak ade. unpaidleave ke mc tak dibenarkan. hmm.. kerja di syarikat besar dan ternama kepunyaan org Islam, rupanya mcm tu! bila dah senang dan kaya, lupa pada masalah org bawahan. yg penting keuntungan, pd hal keuntungan tu yg generate nye staf jugak!
aku dinasihatkan resign. lagi pun medical report ngan surat cuti 2 minggu yg doktor bagi, big bos tak accept. so, aku rasa itu bukan rezeki aku lagi. hmm... babay ni rezeki, tp buat aku konpius, rezeki ke bala???..... sbb mcm2 sgt dugaan aku pregnant kali ni smpi kena resign.
kebetulan br deal nak beli rmh yg dekat ng rmh mak aku ni 2 ari lepas. nampaknya tak de rezeki nak beli rmh tu. dgn aku yg tak keja, mcm mana nak tanggung kos2 hidup ni??... aku buntu jugak. tp kdg2 aku pikir, mungkin ade hikmahnya. mungkin ni la pembuka jalan untuk aku mulakan sesuatu yg baru dlm hidup aku. teruskan cita2 aku nak bisnes yg selama ni aku tak dpt nak concentrate.
so buat mase ni aku terpaksa la usaha sendirik, turun naik pejabat gomen, carik projek2 utk company aku yg aku dah set up sethn yg lepas, tp tak aktif2. kawan2, doakan aku semuanya berjalan dgn lancar. mudah2an senang perjalanan hidup aku ni, walaupun ia nampak terlalu sukar utk aku tempuhi.
mcm kata sorg kawan aku "tuah apa agaknya yg anak zura ni bawak sbb byk sgt dugaan masa pregnant ni"... insya allah... ade tuah dan rezeki, cuma aku yg kena usahakan..
.... atau kalo aku pikir negatifnya - ini ke zaman kejatuhan aku??.... skrg adalah waktu aku berada di bawah... ntah bila aku akan dpt naik semula. bukan senang nak carik keja lain sbb company2 slalunya tak nak ambik org yg tgh pregnant. so, aku dah get ready yg aku tak keja smpi aku bersalin nnt. hmm... lama tuuu...
btw, aku ade byk mase utk aku try out everything yg aku rase aku nak buat mcm bisnes ke ambik lesen secretary ke... ntah la, itu plan je...

2 comments:
kadang2 dengan sebab jadinya mcm ni, lagi semangat ko berbara-bara dan ko sanggup buat apa je, tak kira sakit ke, tak sihat ke, asalkan duit yg halal dpt ko cari mengenangkan baby yg bakal lahir.
sebab tu org selalu ckp, anak bawak rezeki, bukannya betul2 baby tu dtg bwak rezeki tergolek2, tapi kita ni as a parents, bila dah tahu nak ada org baru, kita akan berusaha untuk tambah pendapatan. siapa yg berusaha, pasti akan berjaya, cuma lambat atau cepat je kejayaan tu dtg.
jgn kata baby bawak bala, tak baik, dia tak tahu apa2, kita ni yg bertanggungjawab bawak dia ke dunia, sabar la. mmg senang aku ckp, ko juga yg menanggung, sekurang2nya aku faham keadaan ko sebab aku pernah lalui saat2 itu masa pregnantkan nurin
aku berhenti kerja, baru aku tahu aku pregnant, pastu duduk kat kl, an sorang je yg kerja. tiap2 mlm aku nangis mengenangkan nasib aku, tiap2 mlm juga sejadah dgn telekung aku basah, hanya Allah tempat aku mengadu. mak bapak jauh, itu pun takkan nak susahkan diaorg. bila aku kenang2kan saat tu, insaf sgt rasanya. sebab tu skrg aku kerja bersungguh2.
Alhamdulillah, kita ni takkan selama-lamanya susah. setiap kesusahan pasti ada kejayaan. think positive, sekurang2nya ko tak perlu mengadap zack, ko boleh fokus dgn business ko dan ini mungkin turning point untuk ko lebih berjaya!
hadis nabi ada kata, 'doa senjata org mukmin' Allah pun ada bersabda yg maksudnya lebih kurang berdoalah, akan dimakbulkan bagi setiap org yg berdoa.
buat masa ni, bykkan rehat, kuatkan semangat, minta dipermudahkn segala urusan. think positive, ko masih ada yusman, aiman dan mak bapak ko dekat dgn ko. bila dah ready, dah sihat/kuat, boleh mula semula.
p/s: partner aku skrg, sorang kakak mengandung 5 bulan, ligatnya kalah org yg tak pregnant, malu aku. aku betul2 ter'inspired' by her. so, kalau kakak tu boleh buat keja, kita pun boleh, yakin boleh!!
p/s/s: sori ler, komen panjang lebo mcm blog aku sendiri ;P
tersgtla betul apa yg noha ckp tu zura,mar bila baca entry yg ni sakit hati ke amat,tp pikir blk mmg sentiasa ada hikmah di sebalik semua kejadian, and mana tau dgn apa yg dah jadik ni sebenarnya jln kpd pembukak rezeki yg lg luas utk zura n family.
but al least mar lega bila baca semangat zura dgn plan bisnes sendiri tu,maybe ni lah masanya,ni lah pembakar semangat utk zura berusaha maju dgn bisnes sendiri,n masa ni terus mar teringat noha,noha dulupun start ngan bekerja mkn gaji but dia bulatkan tekad buat bisnes sbb dia yakin rezeki dia kt bidang ni n alhamdulillah,she proves it well,dia berjaya dgn apa yg dia buat,so mar rasa kalu zura perlukan sokongan/tips/pendapat noha is the best person to refer to,mar ni tak reti bab2 bisnes but sekadar boleh bg semangat utk kwn2..
zura dont give up k,take it positively,demi aiman n baby yg bakal lahir,kita sama2 berusaha mencari rezeki yg halal,yg lain terserah pd Allah..
Dont give up and All the best!
p/s:co beras tu mmg hampass,mar tak sangka betul mcm tu skali kejamnya kt staf bwhan,blacklist la beras dia ni..
Post a Comment