Tuesday, October 18, 2005

Kasih Ibu...

Malam tadi aku tengok segmen 'Bersamamu' kat TV3. Tetibe hati rase sedih, hiba, pilu bila mengenangkan nasib si anak kecil yg menghidap JE ni. Bila aku dah jadi 'mama', baru lah aku lebih sensitif tentang perasaan seorang ibu kepada anak. Aku asyik terpikir macam mana lah kalau2 perkara yg sama terjadi pada Aiman, baby kesayangan aku ni.... Tidak... Tak sanggup langsung aku memikirkannya. Aku rasa kagum dengan ketabahan si ibu yg sanggup mengendong anaknya ke hospital sejauh 3 km... kemudian mengendong meniti titian buluh yg sesukar itu.... Begitu lah kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Ohhh... alangkah bersyukurnya kerana aku bernasib sebaik ini... Hidup yg dah senang, masih lagi mencari2 kesenangan duniawi... slalu lupa untuk bersyukur dengan kurniaan-Nya.
Hati dihambat rasa pilu dan hiba bila mengenagkan betapa sakitknya bila si anak kecil mengalirkan air mata tatkala tiub getah dimasukkan ke hidungnya. Aku dapat rasakan betapa sakitnya dia sehingga begitu keadaannya. Tika rakan sebaya bersukaria bermain ke sana ke mari, si anak kecil ini terbaring kaku.... Itu lah dugaan Tuhan kepada hamba-Nya... supaya yg diuji lebih tebal keimanannya... supaya yg senang, lebih bersyukur dengan kurniaan-Nya...
Masih aku ingat.... hari Sabtu, 2 minggu lepas aku ke nursery, ikut mak aku beli bunga. Ah Soo kedai bunga tu geram tengok Aiman. Dia kata, "1 juta ringgit pun, tak mau jual kalau ada baby ini macam."
Dalam hati aku kata, "Jgn kan 1 juta, walau aku ditawarkan hidup diseliputi emas permata sepanjang hayat pun, aku tak kan BAGI anak aku kepada orang lain. Jauh skali nak JUAL! NO and NEVER!"
Sembilan bulan mengandung, aku dapat rasakan betapa pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Patut lah "Syurga itu letaknya di bawah tapak kaki IBU"... Itu belum lagi campur dengan jerih perih membesarkan anak. Baru aku dapat rasakan betapa mak aku susah membesarkan aku dan betapa besarnya kasih sayang dia terhadap aku. Mungkin sebab itu juga, hak hadhanah (penjagaan anak) diletakkan di bawah jagaan ibu dan atuk nenek sebelah ibu... kerana seorang wanita yg bernama IBU itu terlalu besar impaknya dalam memberikan kehidupan kepada seorang anak. Nabi pernah menyebut IBU sebanyak 3 kali, barulah bapa....
Sebab syurga itu di bawah tapak kaki ibu juga lah, even dia seorang anak angkat, dia wajib dipertemukan dengan ibu kandungnya. Walau sebesar mana kasih si keluarga angkat kepadanya, namun tanggungjawab si anak tadi masih terhadap ibu kandungnya sendiri. Syurganya masih di bawah tapak kaki ibu kandungnya, bukan ibu angkatnya.
Setelah aku rasa betapa besarnya kasih aku terhadap Aiman, aku rasa kagum dengan IBU yg sanggup menyerahkan anaknya kepada orang lain atas sebab2 tertentu (bukan sebab memang nak buang anak - kisah ibu kepada anak angkat cousin aku yg terpaksa serahkan anaknya kpd cousin aku utk dijadikan anak angkat) Bukan senang nak melepaskan anak sendiri di bawah jagaan orang lain, setelah 9 bulan bersama. Betapa tabahnya dia untuk melihat kesenangan hidup anak tersebut, sanggup berkorban kasih.
Aku yakin, semua wanita yg sudah bergelar IBU, pasti tahu betapa kasih sayang untuk anak yg dikandung tak terucap dengan kata-kata... betapa setiap saat yg menuntut pengorbanan, IBU lah orang yg pertama rela dikorbankan... Aku harap aku jadi IBU yg terbaik untuk anak-anak aku.... dan jadi ANAK yg terbaik untuk mak aku... Insya-Allah....

3 comments:

mommamia said...

betul ckp awak, pengorbanan ibu priceless, and bila kita dah jadik ibu baru kita tahu betapa besar jasa seorg ibu tu..perasaan pun lebih sensitif..anyway,slm perkenalan.

Anonymous said...

xura : mommamia ni, kawan sekatil kat sains muo dulu...tak gitu mar..;)

aku tak sempat tgk bersamamu completely, sbb terawih, tapi mmg sedih, siap mengalir air mata lagi...huhuh..

Xura'Z Craft said...

mommamia: slm perkenalan too. :) nnt kita visit blog awak plak ek?

noha: aku pun tgk separuh je, lps tu t'tido...